PermohonanCara Mudah

Cara Semak Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 Online & Syarat Kelayakan

Semakan Bantuan Kehilangan Pendapatan, Syarat Kelayakan & Soalan Lazim

Macam mana cara mohon bantuan kehilangan pendapatan? Ramai hilang kerja akibat pandemik COVID-19? Jangan risau kerajaan ada sediakan bantuan untuk korang yang diberhentikan ataupun dipecat daripada kerja. Inisiatif yang diumumkan di dalam Pakej PEMULIH ini diberi nama Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP). Tapi tak semua yang layak menerima bantuan ini, hanya mereka yang melepasi syarat kriteria sahaja. Bantuan ini juga tak perlu mohon, hanya perlu semak layak atau tidak.

Jadi macam mana kerajaan tentutkan sesorang tu layak dapat BKP ni kalau tiada permohonan baharu? Menurut FAQ BKP, kategori penerima yang layak mendapat BKP ini ditentukan menerusi data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Macam mana pula dengan syarat kriteria untuk menerima bantuan ini? Baca lanjut penerangannya di bawah ini.

Semakan Bantuan Kehilangan Pendapatan, Syarat Kelayakan & Soalan Lazim BKP

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Bantuan Kehilangan Pendapatan seperti cara semak, kriteria kelayakan dan lain-lain

Kriteria Kelayakan

Kelayakan penerimaan BKP ditentukan mengikut data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Syarat kelayakan pula adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan
  2. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021) 

Jumlah Bayaran

Untuk bayaran BKP ini, penerima yang layak akan menerima bantuan berjumlah:

  • RM500 secara one-off (sekali bayaran sahaja) 

Tarikh Bayaran

Bayaran BKP akan dibuat mulai tarikh berikut:

  • Secara berperingkat bermula 26 Oktober

Nota: Pemakluman pembayaran BKP juga akan dibuat melalui SMS mengikut nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan

Penunaian BKP di Bank Simpanan Nasional boleh dibuat mulai 28 Oktober 2021

Cara Semakan

Penerima BKP tidak perlu membuat permohonan baharu kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data KWSP & PERKESO. Untuk menyemak status ikut langkah berikut:

  1. Mulai 26 Oktober, layari laman web https://bkp.hasil.gov.my/
  2. Masukkan No Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) dan klik butang carian
  3. Masukkan Kod Captcha dan Klik butang Seterusnya
  4. Paparan kelayakan penerimaan akan ditunjukkan. Sekiranya layak, kaedah pembayaran akan dinyatakan iaitu melalui salah satu daripada dua kaedah:
    i. Pengkreditan ke akaun bank
    Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif
    ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif

Mudah sahaja kan untuk menyemak status kelayakan BKP ini. Kalau ada sebarang persoalan mengenai bantuan ini, boleh terus rujuk pihak LHDNM bagi mendapatkan penjelasan atau rujuk Soalan Lazim BKP. Untuk tarikh bayaran bantuan & inisiatif kerajaan boleh rujuk panduan di SINI.

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button