RumahTips Jimat

Basuh Baju Sekolah dengan Sabun Buku Je? Guna Tips Berkesan Ni untuk Cuci Baju Sekolah Tanpa Perlu Menyental

Tips Basuh Baju Sekolah Hingga Putih Bersih

Musim persekolahan dah nak mula semula, dan mungkin korang pun dah siap beli semua kelengkapan sekolah anak. Tapi ada satu benda yang bakal menghantui mak-mak di luar sana; bila tiba masa untuk mencuci baju sekolah anak. Yelah kalau baju tu masih elok buat apa nak beli baru kan, tinggal perlu cuci sahaja. Tapi kadang-kadang kotoran yang tinggal tu bukannya mudah nak dibersihkan. 

Bayangkan anak-anak balik dari sekolah dengan baju penuh kotoran disebabkan bermain. Ada pula kes yang lupa bawa baju sukan lepastu nak juga main bola kesudahannya habis baju warna putih tu bertukar warna coklat dipenuhi lumpur. Kalau pun baju nya bersih, mesti ada bahagian yang paling susah nak bersihkan iaitu kolar baju. Kadang-kadang dah sental sampai berapa kali pun masih tak hilang kesan keladak tu. Kalau nak guna peluntur, takut rosak pula baju. Kalau guna nila, nanti terlalu biru pula kalau terlebih tuang. Habis tu nak buat macam mana pula kan?

Tips Berkesan Cuci Baju Sekolah Anak

Dah macam-macam cara yang korang pernah cuba untuk cuci baju sekolah anak supaya jadi lagi putih dan tak kusam, tapi tak berjaya juga. Tahu tak, sebenarnya rahsia uniform jururawat semua putih-putih belaka, sebab diorang cuci baju dengan sabun buku je. Macam tak percaya kan?

Ya, sabun buku! Hanya dengan sabun buku, korang dah tak perlu lagi nak bersusah-payah menyental. Kalau nak tahu cara-caranya, korang boleh baca dekat bawah ni:

Sumber Gambar Mingguan Wanita

  • Sediakan sabun mandi buku Lux.
  • Kalau nak gunakan sabun buku lain pun boleh. Sabun-sabun lain yang kitorang cadangkan juga adalah:

Sumber gambar Sirap Limau

  • Sabun A1 (boleh dibeli di Eco)

Sumber Gambar Sirap Limau

  • Sabun Cap Kapak atau Cap Buruh (boleh dibeli di Mydin)

 

Sumber Gambar Mingguan Wanita

  • Dengan menggunakan penyagat, sagat sabun buku halus-halus. Untuk satu basuhan yang mempunyai 2-3 pasang baju sekolah, jumlah sabun yang digunakan lebih kurang 3 buku. Jadi lebih baik kalau korang sagat banyak-banyak sabun terus dan simpan dalam bekas kedap udara. Nanti tak perlulah nak menyagat setiap kali nak mencuci, kan?

 

Sumber Gambar Mingguan Wanita

  • Rendam uniform sekolah dengan serbuk sabun tadi semalaman di dalam mesin basuh. Jadi lebih baik kalau cucian ni dibuat pada hujung minggu.

 

Sumber Gambar Mingguan Wanita

  • Keesokan harinya, korang cuma masukkan sedikit sabun pencuci dan hidupkan mesin. Tak payah sental pun. Tapi kalau takut bahagian kolar masih kotor bila dah habis cuci nanti, boleh je gosok sabun di bahagian kolar tu sampai bersabun.

Tak perlu risau kalau serbuk sabun buku tu berketul sebab dah rendam semalaman. Jadi bila dah cuci dalam mesin basuh, serbuk tu dah mencair. Tips ni sesuai kalau korang ada alergi dengan sabun, memandangkan tak perlu nak menyental baju sekolah yang bersabun.

Tapi, kadang-kadang baju sekolah anak yang putih tu boleh jadi kusam atau kuning, boleh jadi disebabkan oleh mesin basuh yang tak dijaga dengan baik tau. Kalau nak tahu cara penjagaan mesin basuh yang betul, boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button