TeknologiCara Mudah

Cara Buat Aduan Masalah Coverage Line Internet Kat Rumah Teruk

Cara Buat Report Masalah Liputan Talian Kepada SKMM

Sekarang ni internet merupakan satu perkara yang amat penting dan kalau internet teruk dekat sesebuah kawasan tu mesti nak buat aduan masalah coverage line kan? Jika dulu internet ni guna untuk sekadar hiburan macam main game online, dengar lagu atau tengok video, sekarang ni ianya dah jadi keperluan sebab semuanya menggunakan internet.

Paling penting sekarang adalah belajar online di rumah atau PdPR juga pun memerlukan internet. Kadang-kadang cikgu buat kelas online di Zoom ataupun hantar kerja sekolah menerusi Whatsapp. Pelajar universiti pula kena jawab peperiksaan online juga kadang-kadang.

Cara Buat Report Aduan Masalah Coverage Line Kepada SKMM

Paling susah bila rumah kita duduk tu tak ada liputan atau coverage line yang kuat untuk akses internet. Ye lah bukan semua duduk di bandar yang ada sambungan internet tanpa wayar. Ada yang tinggal di kampung pedalaman yang kadang nak telefon orang pun susah.

Jadi apa boleh buat? Selain cuba cari line syarikat telco apa yang bagus dekat situ, korang boleh juga buat aduan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Mudah je caranya, ikut langkah di bawah:

1. Layari portal aduan SKMM

2. Pilih jenis aduan

  • Complaint

3. Pilih jenis perkhidmatan

  • Cellular Services

4. Pilih kategori

  • Network

5. Pilih Subkategori

  • No coverage atau poor coverage

6. Pilih Pembekal Perkhidmatan

7. Isikan Semua Maklumat Pengadu

8. Huraikan Maklumat Aduan dan Masukkan Jenis Model Telefon

9. Nyatakan Lokasi Masalah berlaku

10. Muat naik lampiran seperti screen capture atau tangkapan layar tiada line internet.

11. Masukkan kod captcha dan tandakan kotak

12. Klik Hantar / Submit

Aduan yang dibuat akan diterima dan diambil maklum oleh pihak SKMM. Tindakan lanjut seterusnya akan diambil oleh pihak mereka. Paling kurang pun mungkin diorang akan baiki masalah yang ada atau maklumkan kepada syarikat telco untuk tambah baik situasi.

Cara Lajukan Line Celcom

Berikut merupakan cara untuk melajukan line celcom menurut pengguna di media sosial. Mungkin ini salah satu cara yang boleh digunakan dan tidak semestinya pasti berkesan tetapi boleh dicuba. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  • Buka Access Point Name (APN)
  • Klik yang bertanda +
  • Isikan/Pilih:

i. Cara Pertama:

  1. * Nama
    = Celcom 1
  2. * Apn
    = celcom3g
  3. * Authentication type (pilih)
    = Pap
  4. * Tekan Save ✅

ii. Cara Kedua:

  1. * Nama
    = Celcom 2
  2. * Apn
    = celcom3gmcc
  3. * Authentication type (pilih)
    = PAP
  4. * Tekan Save ✅

iii. Cara Ketiga:

  1. * Nama
    = Celcom 3
  2. * Apn
    = celcom4g
  3. * Authentication type (pilih)
    = PAP
  4. * Tekan Save ✅

*Nota: Untuk APN Celcom, buat dengan huruf kecil

Menurut pengguna media sosial tersebut yang dikenali sebagai Nonoi, beliau menggunakan cara ketiga dan mendapati ianya merupakan cara paling laju.

Mungkin boleh ajak juga jiran-jiran atau kawan-kawan buat aduan agar lebih banyak laporan diterima dan lebih cepat proses atau tindakan dapat diambil. Kongsi pada mereka cara buat aduan masalah coverage line ini! Kalau nak tahu cara lajukan internet wifi kat rumah boleh tengok panduan SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button