KesihatanInformasi

Rupanya Nak Beli Kasut, Kena Ikut Jenis Kaki. Ikut 5 Tips Cara Beli Kasut Ni Untuk Tahu Kasut Yang Sesuai Untuk Korang!

Cara Beli Kasut Mengikut Jenis Kaki Agar Selesa Dan Tak Sakit

Pemilihan kasut bukan hanya terletak pada gaya dan warna saja, tapi kita juga kena cari kasut yang selesa untuk kita pakai dan tahu cara beli kasut yang sesuai. Apa guna kalau kasut yang kita beli tu nampak cantik, tapi setiap kali kita pakai mesti kaki akan rasa sakit dan kadang-kadang boleh sampai melecet. Pemakaian kasut yang salah bukan je akan membuatkan kaki tak selesa, tapi ia juga akan memberikan kesan buruk dalam jangka masa yang lama seperti korang boleh menghidapi sakit artritis ataupun penyakit sendi dan saraf.

3 Jenis Bentuk Kaki yang Korang Kena Tahu

Perasan tak kadang-kadang, walaupun kasut yang dibeli tu saiznya dah sesuai dengan kaki, tapi kita masih juga rasa sakit setiap kali memakainya. Ini disebabkan kasut yang dibeli tu tak sesuai dengan jenis kaki korang. Kaki manusia ni mempunyai berbagai bentuk, dan ia terbahagi kepada 3 kategori, iaitu:

Sumber Gambar Quora

  • Lengkung semula jadi (neutral arch)
    • Lengkung semula jadi ni adalah jenis kaki yang normal dan kebanyakan orang mempunyai jenis kaki yang macam ni. 
    • Kalau korang ada kaki yang begini, nak cari kasut senang je sebab kebanyakan kasut memang direka untuk kaki jenis ni.

Sumber Gambar Urgently Ortho

  • Lengkung rata (flat arch)
    • Kalau nak tahu kaki korang ni lengkung rata atau tak, bila berdiri atau letakkan kaki di atas permukaan rata, semua permukaan kaki akan menyentuh lantai dan tak ada ruang lengkungan.
    • Kasut yang sesuai untuk kaki jenis lengkung rata adalah kasut motion control, di mana tapak kasut diperbuat daripada foam yang padat untuk memberi kestabilan pada pemakainya.

Sumber Gambar Tread Labs

  • Lengkung tinggi (high arch)
    • Tengok pada bahagian dalam kaki, antara ibu jari kaki ke tumit. Kalau jarak antara lantai dan tapak kaki di bahagian situ besar, maksudnya korang mempunyai jenis kaki yang lengkung tinggi.
    • Orang yang mempunyai kaki lengkung tinggi ni selalunya kakinya akan terarah ke dalam. Jadi kasut yang jenis cushioned adalah sesuai bagi membuatkan si pemakai lebih selesa semasa berjalan.

Macam Mana Nak Tahu Jenis Bentuk Kaki Kita?

Sebenarnya ada cara yang mudah untuk pastikan jenis kaki korang. Cara-caranya adalah:

  • Sediakan sebekas air dan sekeping kertas.

Sumber Gambar ERKE Malaysia

  • Celupkan kaki ke dalam bekas tersebut.

  • Kemudian tekapkan tapak kaki kepada kertas tadi selama 15-20 saat.

  • Angkat kaki dan korang boleh padankan bentuk tapak kaki dengan jenis-jenisnya.

Sumber Gambar UCONN Health

Cara Beli Kasut yang Sesuai di Kedai

Selain daripada mengetahui jenis kaki, ada beberapa tips dan cara beli kasut yang korang kena tahu sebelum nak pergi beli kasut yang sesuai di kedai.

Pergi Beli Kasut pada Waktu Petang

Kaki kita sebenarnya akan membesar apabila digunakan dengan kerap. Jadi kalau dah berjalan seharian dari pagi sampailah ke petang, saiz kaki akan berada di tahap maksimum apabila tiba di kedai nanti. Korang perlu pastikan kasut yang dibeli tu selesa walau apa pun keadaan atau saiz kaki. Jadi lebih baik kalau beli kasut masa kaki berada pada saiz yang paling besar.

Pakai Stoking yang Biasa Dipakai

Masa tengah cuba kasut di kedai, pastikan korang pakai stoking yang biasa dipakai supaya nanti tak adalah tiba-tiba kasut jadi tak muat pula sebab pakai dengan stoking lain yang lebih tebal.

Berdiri Semasa Mencuba Kasut

Adalah sangat penting untuk korang meletakkan tekanan yang paling tinggi semasa mencuba kasut sebelum membelinya. Jadi pastikan korang berdiri dan berjalan-jalan semasa mencuba kasut tersebut untuk memastikan ia selesa dan mampu menampung berat badan.

Tinggalkan Sedikit Ruang di Bahagian Jari

Kitorang syorkan untuk tinggalkan sedikit ruang di bahagian jari, dalam lebih kurang setengah inci. Sedikit ruang ni yang akan memberikan keselesaan pada kaki semasa korang berjalan. Jangan pula korang tinggalkan ruang yang besar, nanti tercabut pula kasut tu masa berjalan.

Rasakan Kelebarannya Juga

Kebanyakan orang kalau beli kasut, mesti hanya perhatikan pada bahagian tumit dan hujung jari kaki je. Ramai tak sedar yang kelebaran kasut juga penting bagi memastikan ia selesa dipakai. Jadi pastikan kelebaran kasut pun bersesuaian dengan saiz kaki korang.

Dah tahu cara beli kasut sesuai ni korang kena ingat yang kasut tak akan meregang ataupun membesar apabila digunakan banyak kali. Jadi pastikan kasut yang dibeli nanti tu betul-betul sepadan dan melekap sempurna dengan kaki. Barulah tak menyesal di kemudian hari! Ramai juga yang tak tahu kalau duduk terlalu lama seperti di pejabat boleh menyebabkan sakit belakang. Baca keterangan lanjut dan tips untuk mengelak perkara ini daripada berlaku di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button