TeknologiCara Mudah

Cara Dengar Lagu / Zikir / Ceramah Di Youtube Walau Skrin Off, Senang Tak Tertekan Lain Nanti

Cara Buka Youtube Walaupun Skrin Telefon Ditutup Untuk Jimat Bateri

Sekarang ni teknologi dah maju, nak dengar lagu, bacaan al-quran atau zikir ataupun tengok ceramah boleh buat di hujung jari je. Tekan dekat telefon tu terus keluar semua yang kita nak. Aplikasi paling senang nak guna adalah Youtube. Bukan apa dia percuma dan tak perlu nak log masuk ataupun langgan dengan bayaran bulanan sebagainya.

Tapi Youtube ni adalah aplikasi video, jadi bila nak pasang tu memang kena buka skrin telefon. Kadang-kadang tu kita hanya nak dengar je kan, contohnya macam nak tidurkan bayi waktu malam, atau nak dengar lagu sambil memandu. Sebenarnya ada cara nak pasang video di youtube dengan skrin telefon yang tertutup.

Cara Buka Youtube Walaupun Skrin Telefon Ditutup Untuk Jimat Bateri

Jadi cara nak buka lagu atau video di Youtube walaupun skrin telefon ditutup mudah je. Ikut langkah berikut yang dikongsikan saudara John Olasiman di media sosial:

1. Buka youtube di aplikasi Google Chrome ataupun pelayar lain.

2. Klik pada tiga titik di belah atas kanan skrin ataupun ‘Setting’

3. Tandakan pada kotak ‘Desktop Site’

4. Lepastu bolehlah cari video yang ingin dilihat dan klik ‘Play’

5. Setelah itu boleh klik menu utama atau butang ‘Home’

6. Kemudian tarik skrin dropdown atau notifikasi dari atas skrin dan klik pada butang ‘Play’ yang ditunjukkan seperti gambar di bawah

7. Sekiranya tiada, boleh pergi pada ‘Setting’ telefon, klik pada application dan pilih Google chrome atau pelayar yang digunakan, Klik ‘Allow Notifications’

Mudah je kan nak buat? Lepasni tak perlu risau kalau anak tak tidur malam nak pasang zikir di telefon tapi skrin menyala terang pulak kan. Nak dengar lagu atau ceramah dalam kereta ke LRT pun boleh guna Youtube je tanpa perlu on kan skrin. Kalau nak tahu tips jimat ruang storage telefon boleh baca lanjut di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button