KesihatanCara Mudah

5 Cara Nak Elak Mulut Berbau Semasa Puasa, Antaranya Dengan Banyak Memakan Yoghurt!

Tips Elak Mulut Berbau Busuk Semasa Berpuasa

Macam mana cara nak elak mulut berbau busuk semasa puasa? Mungkin korang pernah dengar hadis riwayat Bukhari, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Demi diriku berada di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi”. Tapi memandangkan kita masih berada di dunia, bau yang keluar daripada mulut korang semasa berpuasa, tidaklah seharum bau kasturi pada hidung orang lain kan. Jadi untuk mengelakkan diri daripada dipandang serong orang sebelah disebabkan mulut yang berbau, lebih baik korang lakukan sesuatu untuk menghilangkannya.

Apa Penyebab Mulut Berbau?

Sumber Gambar MStar

Sebelum tu, korang kenalah tahu dulu apa yang menyebabkan masalah mulut berbau boleh terjadi. Antara sebabnya adalah:

  • Kebersihan oral yang tak dijaga: Kehadiran bakteria pada mulut disebabkan tak menjaga kebersihan rongga dalam mulut adalah antara punca mulut berbau.
  • Makanan yang terselit di celah gigi: Cebisan makanan yang melekat di celah gigi juga boleh mengundang pembiakan bakteria.
  • Pemakanan: Sesetengah makanan juga boleh menyebabkan mulut berbau seperti petai, bawang, dan rempah-ratus.
  • Mulut kering: Rongga mulut yang kekeringan air liur juga antara puncanya. Kondisi ni juga dikenali sebagai xerostomia.
  • Penyakit selain daripada yang berkaitan dengan oral: seperti sakit hidung, tekak, dan gangguan pencernaan.

5 Tips Elak Mulut Berbau Semasa Puasa

Walaupun sekarang ni musim memakai pelitup muka jadi bau mulut tu tak merebak sangat, tapi korang sendiri lah yang akan bau sekarang ni tengok busuk ke tak baru tahu kan. Haha. Jadi kalau dah tak tahan sangat dengan bau mulut korang sendiri, ikut langkah pencegahan seperti yang tersenarai di bawah ni:

Minum Air Secukupnya Semasa Sahur

Sumber Gambar EMC

Bagi mengelakkan rongga mulut kekeringan air liur di siang hari, pastikan semasa sahur korang dah siap-siap minum air kosong secukupnya iaitu sekurang-kurangnya sebanyak enam gelas sehari. Tapi kalau puasa macam mana nak buat kan? Ada caranya boleh baca lanjut di SINI.

Elakkan daripada Meminum Teh atau Kopi 

Sumber Gambar Pixabay

Teh dan kopi ni mengandungi bahan diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jadi kalau korang meminum air teh atau kopi, air dalam badan akan cepat habis kerana banyak dibuang melalui air kencing. Ini akan menyebabkan dehidrasi, lalu membuatkan mulut berbau. Jadi kurangkan lah minum air kopi atau teh tu dan banyakkan minum air kosong. 

Jangan Makan Makanan yang Berbau

Sumber Gambar Bola

Bagi penggemar ulam yang berbau seperti petai, jering, dan biji kerdas, bolehlah kurang-kurangkan pengambilannya semasa waktu sahur. Kalau nak makan pun, pastikan gigi dah digosok bersih sampailah baunya hilang.

Gosok Gigi dan Bersihkan Lidah

Sumber Gambar Apa Kata Orang

Seperti yang korang tahu, makanan yang terselit di celah gigi boleh menyebabkan mulut berbau. Jadi lepas dah selesai bersahur, gosok gigi untuk membuang cebisan-cebisan makanan yang terselit. Kalau nak lagi berkesan, flos saja gigi korang. Lidah juga antara tempat kuman dan bakteria membiak, jadi jangan lupa bersihkannya juga!

Makan Yogurt untuk Sistem Pencernaan

Sumber Gambar Gaya Tempo

Kalau korang banyak makanan proses seperti sosej dan nugget, ia akan menyebabkan bakteria baik di dalam usus digantikan dengan bakteria jahat lalu masalah pencernaan yang menyebabkan masalah mulut berbau. Untuk mencegah masalah ni, korang perlu banyak mengambil probiotic, dan yogurt banyak mengandungi bahan ni.

Jadi lepas dah ikuti tips-tips elak mulut berbau ni, tak adalah orang yang menjadi mangsa kepada mulut berbau korang tu. Dan korang sendiri pun takkan pengsan apabila menghidu nafas sendiri apabila memakai pelitup muka.

Tapi macam mana pula kalau korang kena makan ubat semasa bulan puasa? Lagi-lagi ubat tu perlu dimakan lebih daripada 3 kali sehari. Kalau nak tahu cara-caranya, bolehlah baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button