KenderaanCara Mudah

Hilangkan Calar Kereta Sendiri Je Boleh Buat Dekat Rumah. Dapat Jimat Duit Daripada Hantar Ke Bengkel

Cara Mudah Hilangkan Kesan Calar Pada Kenderaan DIY

Ada banyak sebab badan kereta boleh tercalar dan masih ramai tak tahu boleh hilangkan calar kereta sendiri. Tak kiralah sama ada sebab kereta lain melanggar, kita melanggar kereta lain, terlanggar tiang apabila nak parkir kereta, ataupun sebab vandalisme, kereta yang tercalar bukan saja boleh buat sakit mata, tapi sakit hati juga. Kalau nak hantar kereta ke bengkel untuk mengecat semula bahagian calar, kena bayar mahal pula, walaupun kesan calar pada badan kereta hanya kecil saja.

Sumber Gambar FMT

Daripada kena keluar duit yang banyak pergi bengkel, apa kata korang sendiri yang hilangkan kesan calar di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang mampu milik je seperti di bawah ni:

Cara Mudah Hilangkan Calar Kereta Sendiri Atau DIY

1. Ubat Gigi – Kat Rumah Pun Ada !

Selain daripada membersihkan gigi, korang boleh juga gunakan ubat gigi untuk menghilangkan kesan calar pada kereta. Cara-caranya adalah:

  • Bersihkan bahagian yang tercalar dengan air. Siramkan dengan air paip dan gosok dengan tuala untuk hilangkan habuk atau kotoran yang ada.
  • Picitkan ubat gigi bersaiz syiling 50 sen di atas tuala atau span yang bersih dan gosokkan di bahagian tercalar dalam bentuk bulatan.
  • Ulang beberapa kali sampai kesan calar tadi hilang. Kemudian bersihkan lebihan ubat gigi yang ada dengan tuala yang basah.

Sumber Gambar Detailxperts

2. Magic Sponge & WD-40 – Beli Dekat Mr. DIY je!

Magic sponge ni tak sama macam span biasa sebab ia disaluti dengan lapisan agen mencuci yang kuat. WD-40 pula korang biasa dengar orang gunakan untuk hilangkan karat, kan? Tapi sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan calar pada kereta. Kedua-dua barang ni korang boleh didapati di Kedai Eco ataupun Mr. DIY saja. 

Sumber Gambar FMT

Sumber Gambar FMT

Cara-caranya adalah:

  • Basuh bahagian calar dengan kereta untuk hilangkan kotoran.
  • Semburkan sedikit WD-40 pada bahagian calar.
  • Dengan menggunakan magic sponge, gosokkan perlahan-lahan dalam bentuk bulatan.
  • Ingat, hanya gosokkan secara perlahan sebab kalau tonyoh kuat sangat, takut cat kereta yang tertanggal pula.
  • Kalau masih ada kesan calar, korang boleh semburkan lagi WD-40.
  • Akhir sekali boleh cuci semula badan kereta dengan air untuk buang sisa WD-40.

3. Krim Hilang Calar – RM2.10 Je!

Ada satu barang ni, memang dijual khas untuk menghilangkan kesan calar pada kereta. Ia dikenali sebagai krim hilang calar, dan ia juga boleh didapati di kedai Eco dengan harga yang murah. Cara nak gunakannya:

  • Selepas bersihkan bahagian yang tercalar, picitkan sedikit krim pada kain mikrofiber (atau nak gunakan tuala biasa pun boleh).
  • Gosokkan pada bahagian calar. Tekan sedikit kalau nak lagi berkesan.
  • Bila kesan calar dah hilang, bolehlah bilas sisa krim yang ada.

Sumber Gambar Twitter

Cat Touch-Up Kereta – Tak Sampai RM10 !

Kalau kesan calar pada badan kereta hanya kecil, tak perlu nak ke bengkel pun untuk cat semula kawasan tersebut. Korang boleh beli saja cat touch up yang dijual dalam kuantiti kecil. Cari warna yang sesuai dengan jenama kereta korang. Memang akan tertulis pada label cat tersebut untuk jenama kereta apa dan warnanya sekali.

Sumber Gambar Kereta Info

Sumber Gambar Twitter

Caranya mudah saja:

  • Lepas dah bersihkan bahagian calar, ratakan saja cat touch-up di bahagian calar sampai dah tak nampak kesannya.
  • Biarkan hingga kering dan tiada lagi kesan calar!

Badan kereta korang ni sebenarnya terdiri daripada empat lapisan, dan tips-tips di atas ni hanya sesuai jika kesan calar tak melebihi lapisan pertama. Kalau kesan calarnya terlalu dalam, korang perlu bawa juga ke bengkel untuk hilangkannya.

Senang je kan cara hilangkan calar kereta sendiri. Pernah tak korang tengah seronok memandu, tiba-tiba ada batu melayang dan melantun terkena cermin kereta disebabkan oleh pekerja pemotong rumput di tepi jalan? Sampai habis retak cermin. Apa yang perlu dibuat kalau berada dalam situasi ni? Kalau nak tahu, boleh baca di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button