PermohonanCara Mudah

MyKad Hilang/Rosak? Mohon Gantian Kad Online/Telefon Tak Perlu Beratur Lama! Ini Cara Ganti MyKad

Cara Mohon Gantian MyKad Online Atau Melalui Telefon

Kad pengenalan adalah dokumen peribadi kita yang paling penting kalau hilang perlu tahu cara ganti MyKad. Ia adalah bukti kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Malah banyak urusan-urusan rasmi seperti nak membuat pinjaman dengan bank, ketika melalui sekatan jalan raya, ataupun nak memohon kerja, memerlukan kad pengenalan. Jadi bila kad pengenalan rosak ataupun hilang, ia dah jadi satu benda yang menyusahkan sebab banyak benda kita tak boleh nak buat.

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), setiap orang yang kehilangan kad pengenalan (MyKad) hendaklah memohon kad pengenalan gantian dengan segera. Jadi kalau kad pengenalan korang hilang atau rosak, cepat-cepatlah gantikannya dengan yang baru.

Tapi dah jadi satu kerja pula kita nak kena ambil nombor dan beratur lama untuk membuat kad pengenalan baru di pejabat JPN, lagi-lagi ketika musim pandemik sekarang. Kalau boleh kita tak nak merisikokan diri berada di tempat ramai orang lama-lama. Nasib baiklah ada cara nak gantikan kad pengenalan yang rosak ataupun hilang secara online. Jadi tak perlulah korang menunggu lama di JPN.

Antara jenis-jenis permohonan penggantian kad pengenalan yang boleh dilakukan secara online adalah:

  • Gantian kad rosak.
  • Gantian cip rosak.
  • Gantian naiktaraf cip (dari 32k/64k kepada 80k).
  • Gantian kehilangan kad (untuk kali pertama).

Tapi, kalau korang nak tukar alamat ataupun gambar, tak boleh nak buat secara online. Perlu hadirkan diri ke pejabat JPN juga.

TERKINI: MyKad Siap 30 Minit

Menurut JPN, permohonan gantian MyKad tidak bermasalah boleh diproses dalam tempoh 30 minit sahaja di pejabat-pejabat yang disenaraikan.

Bagi permohonan gantian bermasalah seperti cap jari rosak dan kehilangan kali ketiga, permohonan akan diproses dalam tempoh 3 bulan.

Video Panduan

Cara Ganti MyKad Kad Pengenalan yang Rosak atau Hilang secara Online

  • Layari laman web MyGOV di SINI untuk permohonan penggantian kad.
  • Daftarkan akaun dengan mengisi maklumat yang diminta.
  • Lepas dah aktifkan akaun, korang akan diberi link. Klik link tersebut dan log masuk.
  • Kemudian untuk membuat permohonan penggantian kad, korang boleh klik SINI dan klik Log Masuk.
  • Di bahagian kanan skrin, boleh klik bahagian Ganti MyKad.
  • Baca Akuan Penafian dan klik Setuju.
  • Kemudian isikan maklumat yang diminta dengan lengkap. Korang boleh pilih jenis penggantian dan negeri mana korang berada. Bila dah selesai boleh klik Teruskan.
  • Semak maklumat yang telah diisi. Pastikan semuanya tepat. Klik pada kotak Saya Setuju dan kemudian klik Teruskan.

  • Ia akan membawa korang kepada laman baru untuk pembayaran. Selesaikan pembayaran dan kemudian simpan resit sebagai bukti pembayaran dan selesai!
  • Tunggu dalam sehari dua untuk permohonan korang diproses. Kemudian boleh semak melalui SMS dengan cara taip JPN MYKAD dan hantar ke 15888.
  • Apabila korang terima SMS mengatakan kad dah boleh diambil, bolehlah pergi ke cawangan JPN yang telah dipilih untuk mengambil kad tersebut. Ya, masih perlu ke pejabat JPN untuk urusan cap jari dan pengambilan kad, tapi masa korang di situ taklah lama macam nak membuat permohonan di situ.

Nak Tukar MyKad Rosak Melalui Telefon Pun Boleh Juga!

Punyalah JPN nak mudahkan kita, selain daripada melakukan secara online, penukaran MyKad juga boleh dibuat melalui panggilan telefon! Cara ni sangat sesuai untuk ibu bapa kita yang mungkin dah tua dan tak reti sangat kalau bab-bab Internet ni.

Korang bolehlah membuat panggilan telefon ke talian hotline JPN di 03-8880 8066. Pastikan korang menelefon semasa waktu operasinya supaya panggilan tersebut diangkat.

Waktu Operasi

  • Isnin hingga Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang
  • Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang

Jadi lepas ni kalau nak buat kad pengenalan baru lagi mudahlah sebab dah tahu cara ganti mykad boleh buat secara online ataupun melalui panggilan telefon je. Kalau korang baru nak daftar anak yang baru lahir, pun sama juga tak perlu pun untuk pergi ke pejabat JPN. semuanya boleh buat di rumah je secara online. Cara-caranya korang boleh rujuk di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button