MakananCara Mudah

6 Cara Simpan Makanan Agar Tak Basi dan Boleh Dimakan Semasa Sahur!

Tips Simpan Makanan Agar Tak Mudah Basi

Tak semua rasa bertenaga untuk bangun awal untuk memasak sahur semasa bulan Ramadhan. Kadang-kadang, orang tu mungkin perlu bekerja hingga lewat malam, sampaikan tak larat nak bangun dua jam lebih awal daripada waktu subuh untuk memasak lauk sahur. Jadi mungkin korang ambil keputusan untuk memasak atau membeli lauk berbuka yang lebih untuk dijadikan lauk sahur.

Tips dan Cara Simpan Makanan Agar Tak Basi, Tahan Sampai Esok Masih Boleh Makan

Sumber Gambar Makanlena

Tapi selalunya, lauk yang dimakan pada waktu berbuka tak tahan lama sampai sahur. Apabila bangun awal pagi saja, makanan yang disimpan dah basi. Terpaksalah masak ataupun makan apa yang ada semasa sahur. Sebenarnya ada cara untuk pastikan makanan yang disimpan tak cepat basi dan tahan lama sampai waktu sahur!

Elak daripada Menggunakan Timun atau Tomato

Sumber Gambar Blog Wana

Macam yang kita tahu, timun dan tomato ni mengandungi banyak air. Apabila disimpan, air daripada timun dan tomato ni akan keluar dan melembapkan makanan korang. Lebihan air ni akan membuatkan kuman dan bakteria membiak dengan laju lalu membuatkan makanan cepat basi. Jadi kalau boleh, elakkan daripada menggunakan timun atau tomato dalam masakan. Kalau beli nasi ayam ke nasi kak wok tu boleh lah minta letak tomato atau timun tu asing.

Jangan Guna Sudu Basah ataupun Tangan Semasa Mengambil Lauk

Kalau nak menceduk lauk, elakkan daripada menggunakan sudu basah ataupun tangan. Air daripada sudu dan bakteria yang melekat di tangan akan mempercepatkan lagi pembiakan bakteria yang boleh membuatkan makanan basi, walaupun korang dah simpankannya dalam peti sejuk! Yang selalu terjadi juga korang guna sudu yang disuap makanan ke mulut untuk ambil lauk juga, ini lagi lah tak elok dan mudah buat lauk jadi basi. Jadi guna sudu bersih dan tak bercampur dengan lauk lain ya!

Hilangkan Wap Nasi Apabila Ia Masak

Sumber Gambar Murai

Bila nasi korang dah masak, cepat-cepat buka penutup rice cooker untuk melepaskan wap panas ke udara. Kalau penutupnya dibiarkan tertutup, air daripada wap nasi akan tersejat di bahagian bawah penutup lalu menitik semula pada nasi, menyebabkan nasi cepat basi. 

Kalau korang terlambat buka penutup pun tak apa, asalkan lap bahagian bawah penutup rice cooker dengan kain bersih sebelum menutupnya semula.

Masak Sehingga Garing dan Pecah Minyak

Sumber Gambar Keluarga

Pes makanan ataupun bahan tumis yang korang panaskan di atas kuali tu, pastikan ia ditumis sehingga kering atau pecah minyak supaya tak ada lebihan air yang tersimpan di dalamnya. Cara nak tahu bahan tumis sudah pecah minyak adalah apabila korang nampak warnanya berubah gelap dan banyak terpercik-percik dengan banyak.

Gunakan Asam Keping

Sumber Gambar Murai

Korang mesti perasan masakan yang menggunakan santan mesti cepat basi, kan? Ada cara nak bagi masakan bersantan tahan lebih lama iaitu dengan memasukkan 1 atau 2 asam keping ke dalam kuah apabila ia dah nak selesai masak. Masakan korang takkan rasa masam kalau cuma letakkan sekeping dua saja. Kalau letak lebih, baru ia beri kesan pada rasa makanan.

Panaskan Semula Lauk Makanan Atas Api

Pemanasan lauk atas api di dapur adalah lebih berkesan dan menyeluruh berbanding menggunakan ketuhar gelombang mikro atau microwave. Apabila menggunakan microwave, kemungkinan tidak keseluruhan makanan akan dipanaskan kerana ada bahagian yang tidak terkena khususnya di bahagian bawah atau dalam. Jadi kalau panaskan atas dapur boleh mengacau lauk tersebut dan memastikan semua bahagian dipanaskan

Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk

Antara cara paling senang nak pastikan makanan tahan lama adalah dengan menyimpannya di dalam peti sejuk. Tapi korang tak boleh simpannya sesuka hati, ada cara betul yang perlu diikuti, iaitu:

  • Panaskan makanan berbuka sebelum disimpan untuk membuat lauk sahur. Tambah air pada kuah yang dah berkurangan.
  • Setelah makanan siap dipanaskan, tunggu sehingga ia suam dulu. Biarkan sampai ia mencecah suhu bilik.
  • Jangan gunakan sudu atau senduk yang basah untuk pindahkan daripada periuk ke bekas. Elakkan daripada terkena tangan juga.
  • Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila nak makan waktu sahur nanti, baru panaskan semula.

Lepas dah tahu tips di atas, makin senanglah korang nak makan masa sahur nanti. Tak perlu bangun awal sangat untuk memasak.

Tapi kalau korang ada kerajinan nak memasak waktu sahur, apa kata sediakan pes masakan awal-awal supaya memudahkan kerja memasak nanti. Korang boleh rujuk jenis-jenis pes masakan yang boleh disediakan di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button