KenderaanCara Mudah

Roadtax Asyik Tercabut? Ini Cara Tampal Roadtax & Cabut Roadtax Agar Gam Tak Melekat

Cara Tampal Roadtax Dengan Betul Dan Cara Cabut Dengan Mudah Agar Gam Tidak Melekat

Pernah tak roadtax yang korang tampal dekat cermin kereta tercabut sebab dia mengecut lepas tersidai di tengah panas sebab tak tahu cara tampal roadtax dengan betul? Ataupun roadtax lama yang susah nak dicabut sampai meninggalkan kesan gam pada cermin? Sebenarnya nak pasang roadtax pada cermin bukanlah satu tugas yang senang, kalau tak tahu cara yang betul. Kadang-kadang bila kita tersalah tampal, roadtaxnya jadi tak sekatalah, atau melekat dengan tak cantik. Kalau nak cabut untuk betulkan pula nanti roadtax tu boleh rosak.

Cara Tampal Roadtax dengan Betul

Roadtax ataupun cukai jalan adalah sesuatu yang wajib diperbaharui setiap tahun dan kita juga wajib menampalnya di cermin hadapan kereta di sebelah kiri. Tujuan utama roadtax ni adalah untuk memudahkan kerja pihak berkuasa untuk memeriksa status roadtax kereta korang. 

Mungkin korang tengah menggaru kepala, berfikir apa cara terbaik untuk menampal roadtax supaya nampak kemas, tak senang tercabut dan tak meninggalkan kesan gam jika mahu mencabutnya. Jangan risau, kalau ikut cara-cara dekat bawah ni, mesti korang takkan lalui masalah-masalah di atas:

Sumber Gambar Pandu Laju

  • Sediakan 3 benda yang penting ni: cukai jalan, pelekat cermin, dan sekeping plastik lutsinar. Plastik lutsinar ni korang boleh gunakan plastik pembalut buku anak je dan potongkannya supaya sama saiz dengan roadtax.

  • Letakkan plastik lutsinar tadi di bahagian hadapan roadtax.

  • Kemudian letakkan roadtax berserta plastik lutsinar tadi, dan letakkannya di atas pelekat cermin.

  • Dengan berhati-hati, pegang ketiga-tiga benda ni dengan kemas, dan lekatkan pada cermin depan belah kiri kereta korang. Ratakan supaya tak ada gelembung udara.

  • Dan, siap! Dengan cara ni, korang nak cabut nanti pun senang je dan takkan meninggalkan apa-apa kesan gam. Plastik lutsinar dan pelekat cermin tu pun korang boleh guna semula untuk tampal roadtax yang baru.

Macam Mana Pula Nak Tanggalkan Kesan Gam Roadtax (Cara Cabut Roadtax)?

Kalau sebelum ni korang dah tersalah cara tampal roadtax pada cermin dan apabila mencabutnya ada kesan gam, jangan marah lagi. Korang boleh gunakan salah-satu bahan di bawah ni untuk tanggalkan kesan gam pada cermin kereta:

Air Sabun dan Kad

Sumber Gambar Sureplify

Rendamkan kain di dalam air yang bersabun dan lapkan pada permukaan yang terdapat kesan gam. Kalau gunakan air suam pun lebih bagus sebab lagi mudah nak tanggal. Kemudian bila dah agak-agak kesan gam tu lembap, ambil kad yang tak digunakan lagi, lalu kikiskan kesan-kesan gam tersebut. Ulang sampailah ia hilang.

Minyak Masak

Rendamkan kain ataupun tisu di dalam minyak masak dan gosok di bahagian kesan gam sampai tertanggal. Bila semua dah hilang, lap pula dengan kain dan air sabun, sebelum bilas dengan air bersih.

Pelarut Goo Gone

Sumber Gambar Sureplify

Pelarut ni memang khas untuk buang gam dengan mudah. Korang boleh beli di Mr. DIY ataupun beli secara online di Shopee pun boleh. Tuangkan sedikit ke atas kain dan lapkannya pada kesan gam sampai hilang.

Pemadam 

Pemadam pun boleh menghilangkan kesan gam dengan berkesan! Gosokkan je pemadam tu pada kesan gam tadi macam korang memadam kesan pensel. Nanti kesan gam tu akan melekat bersama sisa-sisa pemadam yang jatuh. Jangan lupa bersihkan sisa-sia tu pula!

 

Gunakan Roadtax Holder

Selain daripada ikut tips di atas, korang boleh juga beli dan gunakan roadtax holder ini agar lebih senang untuk menampal dan tidak tercabut serta mudah juga untuk menanggalkannya kemudian hari nanti. Boleh beli dekat SINI ataupun di SINI.

Jadi, mudah je kan bila dah tahu cara tampal roadtax yang betul ni? Cara cabut roadtax pun dah tahu jadi lepas ni dah tak perlu nak susah-susah menenyeh kain pada cermin untuk hilangkan kesan gam. Walaupun roadtax fizikal ni tak lagi diwajibkan untuk tampal, tapi lebih senang kalau ada kan jadi waktu ada sekatan jalan raya tak perlu buka aplikasi MyJPJ untuk semak. Kalau nak tahu cara simpan duit untuk bayar roadtax dengan mudah tanpa kita sedari pula, korang boleh bacanya di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button