RumahInformasi

Jiran Selalu Bising? Ini Apa Yang Perlu Buat & Hak Kita Sebagai Jiran

Hak Sebagai Jiran Dan Tindakan Boleh Diambil Jika Jiran Selalu Bising

Pastinya ada dalam kalangan kita pernah mempunyai pengalaman jiran selalu bising. Sebagai jiran pun kita sebenarnya mempunyai hak begitu juga jiran lain mempunyai hak ke atas kita. Ye lah kita ni hidup dalam masyarakat bukan nya duduk seorang dalam hutan ke apa kan. Bila duduk berhampiran dengan orang lain, pastinya ada adab dan juga hak yang perlu kita ketahui.

Mesti ramai yang pernah mengalami situasi jiran membuat kacau tidak kira dari segi apa sekalipun. Contohnya apabila ada jiran yang pasang lagu kuat-kuat ataupun berkaraoke tengah malam sehingga mengganggu ketenteraman orang lain nak tidur. Kalau begini dah kira membuat kacau kepada jiran lain dari segi bunyi dan pastinya ada tindakan yang boleh dibuat termasuklah dari segi undang-undang untuk memperbetulkan keadaan.

Hak Sebagai Jiran Dan Tindakan Boleh Diambil Jika Jiran Selalu Bising

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), kita sebenarnya boleh membuat tindakan sekiranya terdapat gangguan bunyi bising yang melampau di kawasan kediaman. Tapi tindakan tu bukanlah korang pergi marah atau ambil sendiri terhadap jiran yang bising tu. Ini saranan pihak PDRM:

“Adakah anda tinggal di kediaman yang kurang menyenangkan akibat bunyi bising? Membuat bunyi bising yang keterlaluan adalah sejenis kemudaratan (nuisances) dan merupakan satu kesalahan jenayah”

Menurut pihak polis, membuat bunyi bising yang keterlaluan di tempat kediaman adalah sejenis kemudaratan (nuisances) dan merupakan satu kesalahan jenayah.

“Jika anda mempunyai jiran yang selalu buat bising seperti bermain mercun, rem motor dengan kuat, gelak ketawa dengan kuat, memasang muzik secara kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam, anda boleh laporkan di balai polis berdekatan kawasan perumahan untuk tindakan pihak berkuasa. Sesiapa yang membuat bunyi bising yang keterlaluan boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.”

Contoh Perkara Yang Dianggap Buat Bising

Perkara seperti berikut yang dibuat sehingga mengganggu ketenteraman awam:

  • Bermain mercun
  • Rem Motor dengan kuat
  • Gelak ketawa dengan kuat
  • Memasang muzik secara kuat

Cara Ambil Tindakan

Sekiranya terdapat jiran di kawasan kediaman korang yang membuat salah satu daripada perkara kurang menyenangkan seperti di atas, bolehlah membuat tindakan berikut:

  • Hadir ke balai polis berhampiran
  • Buat laporan kepada pegawai bertugas
  • Tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa

Hukuman Kepada Pesalah

Bagi mereka yang membuat bunyi bising yang keterlaluan, boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahn Kecil 1955. Seterusnya jika tertuduh disabitkan kesalahan, denda yang boleh dikenakan adalah tidak kurang dari RM100

Jangan Ambil Tindakan Sendiri 

“Jangan pula anda ambil tindakan sendiri apabila tidak berpuas hati dengan jiran yang membuat bunyi bising. Akhirnya anda pula didakwa atas kesalahan jenayah.
 
Kita sebagai rakyat Malaysia, sama-sama menjaga semangat kejiranan agar tidak menyebabkan gangguan kepada penghuni-penghuni tempat kediaman.”
 

Tambahan pihak PDRM, elakkan pula daripada mengambil tindakan sendiri sekiranya tidak berpuas hati dengan jiran yang membuat bunyi bising. Takut nanti kita pula yang didakwa atas kesalahan jenayah contohnya menimbulkan perbalahan sehingga bergaduh dan sebagainya.

Justeru sebagai jiran yang bertanggungjawab dan rakyat Malaysia yang prihatin, marilah bersama-sama kita menjaga semangat kejiranan agar tidak menyebabkan gangguan kepada penghuni-penghuni tempat kediaman yang lain.

Apa Itu Kacau Ganggu?

Menurut Majlis Bandaraya Seberang Perai, Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) memberi tafsiran “kacau ganggu” sebagai:
  • Sesuatu perbuatan, ketinggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan, bau atau pendengaran atau membencanakan atau berbahaya atau yang mungkin membencanakan atau berbahaya kepada kesihatan atau harta atau yang menjejaskan keselamatan atau hak-hak penduduk-penduduk umum
  • Kacau ganggu adalah sesuatu yang umum dan boleh terjadi mengikut keadaan, situasi, persekitaran dan penempatan sesuatu lokaliti

Info Tambahan

  • Kacau ganggu yang boleh dibuat aduan adalah dari waktu tengah malam sehingga jam 6 pagi
  • Disarankan membuat aduan kepada Majlis Perbandaran ataupun Pihak Pengurusan (bagi rumah strata; flat, apartment, kondominium)
  • Waktu dibenarkan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah lazimnya dikeluarkan oleh pihak pengurusan bagi rumah strata
  • Untuk kebenaran ubahsuai rumah ‘landed’ pula, perlu mohon kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)

 

Jadi lepasni kalau ada jiran yang buat bising seperti dinyatakan kat atas tadi bolehlah korang buat laporan pada polis. Sekurang-kurangnya polis boleh ambil tindakan dan korang tak perlu pun bergaduh dengan jiran tu. Kalau ada kereta jiran yang selalu parking depan rumah sehingga menghalang lalu lintas korang boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button