KesihatanInformasi

Elak Buat Perkara Ini Sebelum Buat Ujian Kit Kendiri COVID-19 Di Rumah

Cara Guna Self-Test Kit COVID-19 Dengan Betul & Senarai Kit Ujian Kendiri Yang Diluluskan KKM

Kes COVID-19 yang masih tinggi kadang-kadang membuatkan ramai orang risau. Bukan apa, walaupun sudah lengkap divaksin, masih ada kemungkinan kita dijangkiti kerana virus ini sering berubah varian dan semakin mengganas. Walau bagaimanapun selagi mana kita amalkan SOP, lebih rendah risiko untuk dijangkiti. Sekarang pun nak buat ujian pengesanan Covid boleh guna kit ujian kendiri je, lebih mudah.

Kit Ujian Kendiri COVID19 atau self test kit kini semakin mudah didapati. Tambahan pula, kerajaan telah menetapkan harga siling bagi kit ujian ini iaitu RM16 bagi jualan secara borong manakala RM19.90 bagi jualan runcit. Nak beli di kedai farmasi boleh atau ejen penjual juga boleh. Cumanya pastikan korang beli yang diluluskan oleh KKM macam senarai di bawah ni.

Senarai Kit Ujian Kendiri COVID-19 Diluluskan KKM & Cara Betul Gunakannya

Sekarang ni nak ke pusat peranginan di bawah Gelembung Pelancongan Domestik pun telah diwajibkan untuk membuat ujian kit kendiri COVID19 atau RTK antigen mahupun PCR. Pastinya pilihan paling jimat dan mudah adalah ujian kit kendiri. Jadi nak buat ujian kendiri ni perlu buat betul-betul dan hanya menggunakan kit yang telah diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia. Berikut info lanjut mengenainya.

Kit Ujian Kendiri COVID-19 Yang Diluluskan KKM

Berikut adalah senarai terkini kit ujian yang diluluskan KKM:

Senarai terkini akan sentiasa dikemaskini di Facebook MDA

Cara Guna Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dengan Betul

Sebenarnya terdapat dua jenis kit ujian kendiri iaitu sama ada menggunakan air liur atau ujian calitan hidung. Untuk cara menggunakannya dengan betul boleh rujuk gambar dan video panduan di bawah:

Nasal Test Kit 

 

Saliva / Air Liur

Sumber Gambar Caring2u

Masa Paling Sesuai Buat Ujian:

  • Bagi individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID19, digalakkan membuat ujian 3 hari selepas bertemu kontat tersebut (keadaan virus load di kemuncak)
  • Bagi yang bergejala seperti sakit tekak, selsema, sesak nafas, demam atau diarhea dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID19, bolehlah terus melakukan ujian
  • Dicadangkan dibuat pada waktu pagi kerana apabila baru bangun, virus load adalah paling tinggi di bahagian mulut

Elak Buat Perkara Ini Sebelum Ujian

Dalam tempoh 1 jam sebelum menjalani ujian air liur Covid-19, jangan buat perkara ini:

  1. Merokok
  2. Menghisap Vape
  3. Memberus gigi / berkumur antiseptik
  4. Makan / kunyah gula getah
  5. Minum

Ini kerana sampel air liur yang akan diuji akan menjadi tidak berkuali apabila melakukan perkara di atas.

Antara sebab paling kerap berlaku di mana sampel air liur ditolak oleh makmal adalah:

  • Air liur bercampur dengan bahan asing lain
  • Air liur terlalu sedikit (kuantiti di bawah 1.0 ml)
  • Perubahan warna air liru akibat sisa makanan/minuman (sepatutnya jernih)
  • Terdapat gumpalan makanan, lendir atau sisa lain
  • Berbuih-buih atau terdapat sisa ubat gigi

Tanda Keputusan Ujian Kit Kendiri COVID19

Berikut adalah tanda atau keputusan apabila kit ujian kendiri COVID19 dibuat:

Sumber Gambar Caring2u

Mudah je kan nak guna kit ujian kendiri Covid-19 ni. Nanti bila nak buat betul-betul dah tak perlu risau tak jadi ke atau invalid kan, dah rugi membazir je beli, buat tak jadi, kena beli lagi. Lepastu kalau dah positif tu pastikan ikut arahan yang diberikan KKM seperti buat kuarantin kendiri dan laporkan kepada KKM. Semoga perkongsian ini membantu memudahkan urusan orang ramai. Yang ada masalah sijik vaksin tak keluar di MySejahtera boleh rujuk panduan di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button