MakananCara Mudah

Tips Rahsia Bersihkan Minyak Masak Hitam Jadi Jernih Semula & Cara Elak Minyak Masak Jadi Hitam

Cara Bersihkan Minyak Masak Hitam & Tips Elak Minyak Masak Jadi Hitam

Minyak masak hitam ataupun berubah warna kerana sisa makanan yang digoreng pastinya tidak disukai oleh kebanyakan kita. Kadang tu minyak baru je guna sekali untuk goreng ikan, tapi dah jadi keruh atau gelap berbanding warna asal. Memang lah minyak masak tu tak elok jika diguna berulang kali. Tapi kalau guna 2 atau 3 kali tu boleh je lagi, barulah tak membazir kan. Bukan apa, minyak masak sekarang pun dah mahal bukan macam waktu dulu-dulu. Jadi berjimat cermat dalam menggunakan minyak masak ini amatlah digalakkan.

Sebenarnya ada pelbagai cara, kaedah dan petua boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada minyak masak menjadi hitam selepas digunakan. Selain daripada minyak tersebut sendiri perlulah minyak yang berkualiti baik, kaedah semasa menggunakannya dan selepas menggunakannya juga perlulah dijaga agar minyak masih dalam keadaan baik. Ada juga cara untuk pulihkan atau jernihkan kembali minyak yang telah hitam dan boleh digunakan semula.

Tips Rahsia Bersihkan Minyak Masak Hitam Jadi Jernih Semula & Cara Elak Minyak Masak Jadi Hitam

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan untuk mengelakkan minyak masak menjadi hitam. Akan dikongsikan juga tips bersihkan minyak masak hitam menjadi jernih.

Cara Elak Minyak Masak Jadi Hitam (Tukar Warna)

Semasa Menggoreng

1. Api Jangan Terlalu Besar / Panas!

Walaupun makanan akan sedap digoreng jika minyak panas pada suhu yang tinggi namun jika terlalu panas juga tidak elok juga kerana kemungkinan makanan akan nampak masak atau garing di luar tetapi sebenarnya belum cukup masak di bahagian dalam. Api dapur yang besar menjadikan minyak cepat panas dan bertukar warna coklat atau gelap. Sekiranya digunakan lebih dari sekali sememangnya minyak akan berubah menjadi hitam.

Sebenarnya suhu yang sesuai untuk menggoreng secara deep-fry adalah 180 celcius. Kebiasaannya kita akan goreng makanan itu beberapa kali jika kuali terlalu kecil kan, jadi minyak akan menjadi semakin panas pada gorengan yang seterusnya, kalau dah terlalu panas tu sebaiknya kecilkan api atau tutup seketika api tersebut.

 

2. Pastikan Tapis Minyak Selepas Menggoreng! 

Ini kemungkinan perkara yang ramai tak buat atau malas nak buat iaitu menapis minyak masak setelah menggoreng. Sekalipun menggoreng beberapa kali dalam satu masa yang sama, tapisan juga perlu dibuat. Ini kerana sisa makanan seperti tepung atau makanan yang terlerai dalam minyak masak akan menyebabkan minyak cepat menjadi hitam kerana akan digoreng sehingga hangus.

Justeru itu, tapis minyak masak yang telah digunakan sebelum menggoreng yang baru ataupun setelah menggoreng. Gunakan penapis jaring besi atau senduk untuk menapis dan mengangkat sisa gorengan yang lebih tersebut.

Sumber Gambar : Mikronfiltre

 

Selepas Menggoreng

1. Asingkan Minyak

Setelah menggoreng tidak kira apa jenis masakan, pastikan tidak mencampurkan minyak tersebut dengan minyak yang telah disimpan sebelum ini atau minyak hasil gorengan makanan lain sebelumnya. Ini untuk mengelakkan pertindihan rasa dan juga boleh menyebabkan minyak berubah warna. Sebagai contoh minyak untuk goreng ikan tidak bolehlah dicampur dengan minyak goreng cekodok pisang.

2. Simpan Minyak dengan Betul

Ini satu lagi perkara yang ramai tak ambil endah. Selepas selesai menggoreng, pastikan simpan minyak masak tersebut di tempat yang betul. Ini kerana minyak masak walaupun tidak digunakan, jika diletakkan di lokasi yang tidak betul boleh menyebabkan ianya berubah warna menjadi hitam.

Oleh sebab itu, elakkan menyimpan minyak masak di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari secara langsung ataupun berhampiran dengan sumber panas. Ini kerana cahaya boleh menyebabkan tindak balas kimia dalam minyak dan boleh menyebabkan minyak menjadi hitam.

3. Jangan Guna Minyak Sama Berulang Kali

Sebenarnya minyak masak ini tak elok digunakan berulang kali sangat. Bahkan ada sumber menyatakan penggunaan minyak tidak boleh lebih dari tiga kali. Sebaiknya kita lihat kondisi minyak tersebut sebelum digunakan semula.

Antara cara untuk mengetahui minyak yang disimpan tidak elok untuk digunakan lagi adalah dengan bau iaitu berbau tengik. Selain itu rupanya yang berbuih juga adalah tanda bahawa minyak masak tersebut tidak boleh digunakan lagi.

Sumber Gambar: Konfiden

 

Cara Bersihkan Minyak Masak Hitam / Kotor Jadi Jernih Semula

Untuk membersihkan minyak masak yang telah menjadi hitam atau kotor, boleh ikuti langkah yang dikongsikan saudari Ariza Kak Chik berikut:

Sumber Gambar Facebook

1. Ambil 3 – 4 sudu besar tepung jagung.

2. Campurkan dengan secawan air.

3. Kemudian tuangkan campuran tersebut semasa minyak masih panas.

4. Setelah tepung jagung masak, tutupkan api. Campuran tepung tersebut akan menyerap semua sisa kotoran dalam minyak masak tersebut.

5. Biarkan dalam 15 minit dan angkat sisa yang telah berkumpul menjadi seperti cucur atau tepung yang digoreng.

6. Minyak tersebut boleh disimpan dan digunakan semula tanpa sisa kotoran.

 

Mudah sahaja kan nak pastikan minyak masak tidak menjadi hitam. Ataupun bila dah hitam boleh guna tips untuk jernihkannya semula. Kalau nak tahu tips jimat minyak masak boleh baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button