Cara MudahTeknologi

MyJPJ : Cara Semak Cukai Jalan Digital & Lesen Memandu Online

Cara Semakan Cukai Jalan Digital e-LKM & Lesen Memandu Online e-LMM Menerusi Aplikasi MyJPJ

Terkini pada 10 Februari 2023, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah mengumumkan bahawa bermula daripada hari ini, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan Lesen Kenderaan Motor LKM digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) menerusi Aplikasi Mobile MyJPJ atau melalui Portal Awam JPJ.

Justeru itu, orang ramai tidak perlu lagi memaparkan Lesen Kenderaan Motor di cermin kenderaan namun tidaklah dihalang berbuat demikian. Begitu juga lesen memandu kenderaan, tidak perlu lagi dibawa secara fizikal. Malah ianya kini boleh diakses secara atas talian sahaja atau online baik untuk orang awam mahupun pihak penguatkuasa. Ini bermakna sesorang individu tidak akan disaman jika gagal menunjukkan cukai jalan digital kerana pihak penguat kuasa boleh mengesahkan status lesen dan cukai menerusi sistem dalam gajet penguatkuasaan

Cara Semakan Cukai Jalan Digital e-LKM & Lesen Memandu Online e-LMM Menerusi Aplikasi MyJPJ

Berikut adalah cara untuk menyemak cukai jalan digital dan lesen memandu digital menerusi aplikasi MyJPJ dan lain-lain info yang berkaitan:

TERKINI:  Pembaharuan e-LKM Melalui Aplikasi MyJPJ

Apa Itu MyJPJ?

Aplikasi MyJPJ adalah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kegunaan orang awam untuk membuat transaksi berikut:

Fungsi MyJPJ

  • Semakan berkaitan Perlesenan kenderaan seperti nombor terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  • Semakan berkaitan Perlesenan pemandu seperti tarikh tamat lesen memandu dan keputusan ujian memndu
  • Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit, saman, dan senarai hitam
  • Pautan ke aplikadi bidaan nombor kenderaan (JPJeBid) serta aplikai nombor giliran (JPJeQ)
  • Laporan aduan kesalalahan trafik (eAduan @ JPJ)
  • Laporan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna
  • Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) – *fungsi baharu pada masa akan dantang yang akan dimaklumkan kelak

Cara Daftar MyJPJ

Sebelum mendaftar di aplikasi MyJPJ, pastikan memenuhi atau mempunyai pra-syarat seperti berikut:

  • Nama Penuh
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Alamant mel yang sah
  • Nombor telefon bimbit yang sah
  • Kod Sekuriti Lesesen Memandu Malaysia
    (*Kod ini boleh didapati di paparan belakang Lesen Memandu pengguna)

Pengguna perlu mendaftar JPJeID/ID Awam MySIKAP terlebih dahulu untuk menggunakan aplikasi ini menerusi saluran:

Langkah untuk mendaftar menerusi aplikasi MyJPJ adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi MyJPJ pada paparan Log Masuk, klik pada butang “Daftar Akaun Baharu” untuk mendaftar ID pengguna baharu
  2. Masukkan ID Pengguna di ruangan No. MyKad/MyPR/MyKAS untuk menyemak jika ID yang ingin didaftarkan telah wujud atau belum
  3. Sekiranya ID yang dimasukkan masih belum didaftarkan, pengguna akan terus ke paparan “Daftar Akaun Baharu”
  4. Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan yang dipaparkan di skrin dan tandakan di ruangan “Perakuan”
  5. Tekan butang “Hantar” untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya mendaftar, skrin “Log Masuk Kali Pertama” akan dipaparkan. Masukkan butiran seperti arahan yang dipaparkan dan tekan butang “Seterusnya”.
  7. Mesej pop-up akan dipaparkan “Rekod Berjaya Disimpan”. Sila tetapkan kata laluan pada halaman seterusnya”. Klik “OK” untuk ke laman Penetapan Kata Laluan.
  8. Kemudian masukkan kata laluan mengikut tetapan yang diperlukan. Lalu tekan butang “Hantar”.
  9. Paparan mesej “Rekod Berjaya Disimpan, Sila Log Masuk” akan ditunjukkan. Klik pada “OK” di bahagian bawah mesej untuk kembali ke laman Log Masuk.

Jika telah mempunyai akaun MySikap sebelum ini, hanya perlu log masuk menggunakan ID yang sama seperti berikut:

  1. Buka aplikasi MyJPJ dan Log Masuk menggunakan ID MySikap
  2. Masukkan kata laluan yang sama seperti MySikap
  3. Paparan halaman utama MyJPJ akan ditunjukkan setelah berjaya log masuk

Cara Papar eLKM dan eLMM di MyJPJ

Bagi memaparkan lesen digital LKM dan LMM, sila ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi MyJPJ
  2. Klik pada ikon Profil di bahagian bawah skrin
  3. Paparan Lesen Memandu Digital akan dipaparkan. Jika ingin melihat paparan Lesen Kenderaan Motor, klik pada tab “Lesen Kenderaan Motor”.

Nota: Senarai kenderaan bagi “Motorsikal” dan “Selain Motorsikal” yang didaftarkan di bawah nama pengguna akan dipaparkan pada ruangan ini.

 

Soalan Lazim Pendigitalan JPJ

Berikut adalah infografik mengenai FAQ Pendigitalan JPJ:

Mudah sahaja kan? Jadi lepasni tak ada masalah kalau nak paparkan lesen memandu ataupun cukai jalan kereta digital menerusi MyJPJ. Nak tahu cara renew lesen memandu atau roadtax online pula boleh rujuk panduan di pautan berikut:

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button