Tips JimatTeknologi

Pakej Broadband Paling Murah Untuk Internet Di Rumah. Semua Unlimited & Bawah RM100 Je!

Pelan Internet Jalur Lebar Fibre Broadband Murah Untuk Rumah Bawah RM100

Ramai sekarang ni mencari pakej broadband yang berbaloi atau murah agar tidak terbeban dengan komitmen bulanan sekaligus mendapat internet yang berkelajuan tinggi atau tidak lembap mahupun sangkut. Seiring dengan peredaran masa, internet zaman sekarang kini ditawarkan dengan kelajuan yang tinggi dengan harga yang lebih berpatutan. Ini kerana fasiliti yang disediakan kini lebih meluas, pengguna juga lebih ramai serta saingan antara penyedia perkhidmatan yang lebih sengit.

Justeru itu, kita sebagai pengguna haruslah membuat pilihan yang bijak dalam memilih pelan atau pakej yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar perkhidmatan. Adakalanya kita dah lama pakai satu pakej dan tidak tukar atau upgrade kepada pakej terkini juga boleh menyebabkan kerugian kepada kita. Ini kerana mungkin kita membayar mahal tapi kelajuan masih perlahan seperti zaman dulu. Jadi apa kata kita lihat semula pakej internet rumah kita dan bandingkan dengan pakej yang terkini ditawarkan seperti di bawah.

Pakej Broadband Internet Jalur Lebar Murah Untuk Guna Di Rumah Di Bawah RM100 & Unlimited

Berikut adalah senarai terkini pakej broadband internet jalur lebar murah bawah RM100 untuk kegunaan di rumah setakat bulan Jun 2023:

1. CelcomDigi Fibre – 300 Mbps : RM100

Ini adalah tawaran yang paling berbaloi setakat ini kerana kelajuan sebanyak 300 Mbps boleh didapati dengan harga hanya RM100 sebulan. Tawaran ini khusus untuk pengguna sedia ada rangkaian Celcom dan Digi dengan komitmen bayaran bulanan sekurang-kurangnya RM90 sebulan. Jika kelajuan ini terlalu banyak untuk keluarga kecil korang, boleh juga ambil pakej lain di bawah RM100 yang ditawarkan CelcomDigi iaitu:

  • 50 Mbps : RM75
  • 100 Mbps : RM90
  • 300 Mbps : Rm100

Sekiranya korang bukanlah pelanggan Celcom atau Digi yang layak, pengguna masih lagi boleh mendapatkan promosi harga broadband istimewa iaitu :

  • 50 Mbps : RM90
  • 100 Mpbs : RM90 *untuk 6 bulan pertama
  • 3000 Mbps : RM75 *untuk 6 bulan pertama

Spesifikasi:

  • Kuota : Tiada had / unlimited
  • Kontrak : 24 Bulan
  • Percuma : Wifi 6 router & pemasangan

Maklumat lanjut sila rujuk: https://fibre.celcomdigi.com/

2. Time Fibre Broadband – 100 Mbps : RM99

Time Broadband sememangnya terkenal dengan tawaran internet berkelajuan tinggi tetapi pada harga yang sangat murah. Dengan kelajuan sebanyak 100 Mbps di mana rata-rata rangkaian syarikat pengeluar lain tawarkan dengan harga lebih RM100, Time broadband tawarkan hanya pada RM99 sahaja. Ini bukan tawaran terhad atau untuk bayaran beberapa bulan pertama sahaja, namun ia adalah setiap masa. Keterangan lanjut seperti di bawah:

Spesifikasi:

  • Kuota : Tiada had / unlimited
  • Kontrak : 24 Bulan / tiada kontrak
  • Kelajuan : 100 Mbps
  • Harga semasa : RM99 sebulan
  • Percuma : Wifi 5 router

Maklumat lanjut: Time Broadband

3. Astro Fibre – 50 Mbps : RM99

Kalau dulu setiap rumah mempunyai Astro untuk menonton rancangan-rancangan televisyen yang menarik kan? Kini Astro juga menawarkan perkhidmatan internet jalur lebar yang dikenali sebagai Astro Fibre. Tawaran kelajuan internet juga amatlah menarik di mana sebanyak 50 Mbps dengan harga hanya RM99 sahaja. Ringkasan pakej lanjut adalah seperti berikut:

Spesifikasi:

  • Kuota : Tiada had / unlimited
  • Kontrak : 24 Bulan
  • Kelajuan : 50 Mbps
  • Harga semasa : RM99 sebulan
  • Percuma : Wifi 6 Router & 1 bulan Aplikasi Astro Fibre

Maklumat lanjut : Astro Home Fibre

4. Maxis Home Fibre Broadband – 30 Mbps : RM89

Untuk mereka yang tidak memerlukan internet berkelajuan tinggi sangat ataupun tidak tinggal bersama ramai orang yang menggunakan banyak peranti, pakej ini amatlah sesuai untuk mereka. Dengan harga hanyalah RM89 sebulan, kelajuan yang diberikan juga tidaklah begitu rendah malah amat berpatutan iaitu 30 Mbps. Penerangan lanjut seperti berikut:

Spesifikasi:

  • Kuota : Tiada had / unlimited
  • Kontrak : 24 Bulan
  • Kelajuan : 30 Mbps
  • Harga semasa : RM89 sebulan
  • Percuma : Wifi 6 router

Maklumat lanjut rujuk : Maxis Home Fibre

5. Unifi – 30 Mbps : RM89

Satu lagi pilihan yang ada untuk mereka yang hanya memerlukan internet berkeperluan asas sahaja seperti orang bujang, pasangan baru berkahwin mahupun mempunyai seorang anak, bolehlah menggunakan Unifi. Unifi merupakan rangkaian pengeluar jalur lebar yang popular di Malaysia. Dengan kelajuan sehingga 30 Mbps, harga yang ditawarkan adalah dibawah RM100 iaitu hanya RM89 sahaja.

Spesifikasi:

  • Kuota : Tiada had / unlimited
  • Kontrak : 24 Bulan
  • Kelajuan : 30 Mbps
  • Harga semasa : RM89 sebulan
  • Percuma : 30 hari percuma

Maklumat lanjut rujuk : Unifi Home Broadband

Banyak sebenarnya pilihan pakej jalur lebar atau internet di rumah yang murah dengan kelajuan yang tinggi. Hanya pastikan bahawa rangkaian tersebut mempunyai talian yang kuat untuk mengelakkan tiada signal atau connection yang teruk. Kalau nak tahu pakej internet telefon yang murah pula boleh baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button