Informasi

Bahaya Bagi Salinan IC, Ini Tips Palang Salinan Kad Pengenalan Dengan Betul Menurut JPN

Cara Letak Palang Salinan Kad Pengenalan Dengan Betul

Sampai sekarang masih ada lagi yang tak tahu cara palang salinan kad pengenalan dengan betul. Salinan kad pengenalan yang ingin kita berikan kepada mana-mana pihak untuk pengesahan sememangnya perlu dibuat palang agar tidak disalahgunakan. Tidak kira lah nak bagi salinan kad pengenalan ini kepada sesiapa sahaja biarpun berurusan dengan pihak kerajaan mahupun swasta. Adalah lebih baik untuk menbuat palang agar lebih selamat dan maklumat tersebut tidak akan disalahguna oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Tambahan pula sekarang ni hampir semua maklumat kita akan muat naik secara online. Contohnya untuk mendapatkan bantuan-bantuan yang diberi kerajaan seperti bantuan tunai mahupun biasasiswa dan sebagainya. Lazimnya mereka akan meminta kita untuk memuat naik dokumen secara dalam talian. Jadi macam mana pula jika kita nak buat palang untuk muat naik secara online? Jangan risau di bawah akan dikongsikan maklumat berikut.

Cara Letak Palang Salinan Kad Pengenalan Dengan Betul Secara Manual & Digital

Berikut adalah cara untuk membuat palang pada salinan kad pengenalan dengan betul dan beberapa maklumat lain yang berkaitan:

Kepentingan Palang Salinan Kad Pengenalan

Sebenarnya antara kepentingan untuk membuat palang pada salinan kad pengenalan adalah untuk:

  • Mengelakkan daripada disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab
  • Mengelak identiti diri kita daripada di duplikasi
  • Menghindari daripada didaftarkan secara tanpa rela untuk apa-apa skim dan sebagainya
  • Mengurangkan risiko daripada terjebak dengan hutang yang tak pernah dibuat

Cara Buat Palang Pada Salinan Kad Pengenalan Secara Manual

Sekiranya ingin menghantar dokumen salinan kad pengenalan secara manual, kita digalakkan untuk membuat palang secara manual iaitu:

1. Setelah membuat salinan pada kertas, buat palang dua (2) garisan lurus pada dokumen. Rujuk gambar di bawah

2. Selepas itu tuliskan di bahagian tengah antara garisan, tujuan atau atas urusan apa dokumen tersebut akan digunakan

 

Cara Buat Palang Pada Salinan Kad Pengenalan Secara Digital

Sekiranya ingin memuat naik dokumen salinan kad pengenalan secara atas talian, maka lebih mudah untuk buat palang secara digital sahaja.

1. Layari aplikasi atau laman web www.canva.com

2. Klik Presentation dan klik Upload Media

3. Pilih dokumen yang ingin diletakkan palang dan masukkan ke dalam slaid

4. Klik Text dan tuliskan tujuan untuk dipalang lalu pusingkan tulisan menjadi arah senget seperti gambar

5. Klik pada Elements dan masukkan kata kunci lines. 

Sumber Gambar Nurulhudaabubakar

6. Ubah kedudukan garisan mengikut perkataan

7. Pilih jenis format gambar yang diinginkan dan klik Download

*Untuk lokai yang perlu dipalang sila rujuk infografik yang disediakan di atas onleh Jabatan Pendaftaran negara

Video Penjelasan

Tak susah pun kan nak letak palang pada salinan IC kita agar lebih selamat dan dokumen tersebut tidak disalahgun oleh pihak tak bertanggungjawab. Untuk cara ganti kad pengenalan rosak atau hilang secara online boleh rujuk panduan di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button