KenderaanTips Jimat

Nak Pergi Kerja Naik Motor atau Kereta? Mana Lagi Berbaloi?

Perbandingan Pergi Kerja Naik Motor Atau Kereta

Pergi kerja naik motor atau kereta berbaloi? Kalau korang naik kereta nak pergi kerja, setiap hari mesti kena menghadap jem. Kadang tu mesti terfikir, “Bestnya kalau naik motor. Laju je boleh sampai ofis.” orang naik motor pula cakap, “Bestnya naik kereta pergi ofis. Kalau hujan, tak payah nak tunggu reda dulu baru boleh bergerak.” Yang naik pengangkutan awam pergi kerja pula akan terfikir, “Bestnya kalau pergi ofis naik motor atau kereta. Tak payah nak berhimpit-himpit dalam bas atau LRT.” ini situasi yang kita selalu fikir kan? Tapi tahu tak korang yang mana satu yang lagi berbaloi?

Selalunya, antara tiga pilihan ni, naik pengangkutan awam adalah pilihan yang paling murah. Tapi tak semua tempat kerja dekat dengan stesen LRT atau stesen bas. Jadi pilihan yang tinggal adalah kereta dan motosikal. Tapi mana satu yang lebih berbaloi?

Mana Lagi Berbaloi Untuk Pergi Kerja Naik Motor atau Kereta?

Kalau tanyakan soalan perbandingan ni, masing-masing akan ada pendapat diorang tersendiri. Ada yang lebih suka naik motosikal sebab dapat jimat banyak duit dan ada pula yang pilih kereta sebab lebih selamat. Tapi apa lagi perbandingan lain yang kita boleh buat? Jom baca dekat bawah ni.

1. Penggunaan Minyak

Benda pertama bila bincang pasal kenderaan, mestilah akan memetik isu minyak sebab minyak sekarang bukanlah murah. Jadi kenalah cari kenderaan yang paling tak makan banyak minyak supaya tak adalah gaji korang nanti habis nak bayar duit minyak je. Antara kereta dan motor, ternyata bila guna motor, banyak minyak boleh dijimatkan.

Kalau naik kereta pergi kerja, sebulan akan habis lebih kurang RM200 untuk minyak, tapi kalau naik motor, sebulan RM30 je pun dah cukup. Kalau nak diikutkan, bila guna kereta pun masih boleh jimat minyak, cuma perlu tahu cara-caranya yang betul. Korang boleh baca cara nak jimat minyak kereta dekat SINI.

Sumber Gambar Hello Doktor

2. Tempat Parking

Bila dah sampai tempat kerja, kena cari tempat parking pula. Kalau korang guna kereta, kadang-kadang tempat sangat terhad sampai terpaksa parking jauh daripada pejabat. Ataupun kalau korang parking kereta dekat kompleks parking kereta, caj yang dikenakan boleh mencecah sehingga berbelas Ringgit sehari. Tu baru sehari, kalau sebulan dah berapa pula?

Manakala kalau motor pula, korang lagi senang nak cari tempat nak parking. Kadang-kadang, ada sesetengah tempat tu, motor tak payah bayar pun kalau nak parking, atau kalau kena bayar pun cuma bayar sekali je masa masuk tu. Tu pun murah, tak lebih dari RM5.

3. Tol

Sekiranya jalan nak ke pejabat tu perlu lalui tol, korang kenalah peruntukkan sedikit duit untuk tol kalau naik kereta. Kadang-kadang perbelanjaan untuk tol je pun boleh mencecah hampir RM200. Tapi kalau naik motor, korang tak payah bayar tol pun. Jadi banyak dah boleh jimat dekat situ.

Sumber Gambar Hello Doktor

4. Kesesakan Lalu Lintas

Kalau hari-hari korang kena hadapi kesesakan lalu lintas setiap kali nak pergi kerja, memandu kereta bukanlah satu pilihan yang seronok. Dahlah kereta akan guna lebih banyak minyak, selain tu korang juga akan menghadapi risiko untuk tiba lewat di pejabat. Terpaksalah korang keluar awal-awal pagi untuk elak jem. Tapi kalau naik motor, korang boleh selit-selit di antara kereta yang tak bergerak tu. Ataupun lebih elok kalau guna laluan motosikal ataupun laluan paling kiri jalan raya.

Sumber Gambar The Vocket

5. Hujan

Memandu kereta dalam hujan takkan jadi satu masalah pun sebab kereta kan berbumbung. Jadi tak perlulah risau kalau korang akan basah lencun ke apa. Lain ceritanya pula bila bawa motor. Kalau masa tu hujan, kenalah tunggu hujan reda dulu baru boleh gerak. Bahaya kalau korang redah juga sebab jalan licin dan satu lagi kadang-kadang bila kereta lain lalu dekat lopak air dengan laju, air yang terpercik tu boleh buat korang tergelincir, kan bahaya tu.

Sumber Gambar The Vocket

6. Keselamatan

Kereta, macam yang kita tahu, dilengkapi dengan sistem keselamatan yang banyak. Ada tali pinggang keledar, ada beg udara, ada sistem brek antikunci (ABS), dan macam-macam lagi. Manakala, motosikal pula tak mempunyai sistem keselamatan selengkap kereta. Lagipun, motosikal ni pun tak sestabil kereta.

Jadi risiko bila kemalangan tu lebih tinggi sebab semua anggota badan kita trdedah kecuali kepala. Tu pun kalau pakai helmet yang berkualiti dan dengan pemakaian yang betul. Kadang-kadang, terlanggar lubang yang dalam sikit pun, penunggangnya boleh terpelanting.

Jadi kalau bab keselamatan ni, kereta memang lebih baik, walaupun risiko untuk mengalami kemalangan tu masih ada. Kadang memang kita dah cukup berhati-hati bawak motor atau kereta, tapi sebab kecuaian orang lain, kita yang jadi mangsa, tu yang kena beringat.

Ternyata, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau naik motor, korang dapat jimat banyak duit; duit minyak, duit parking, dan duit tol. Tapi kalau naik kereta, korang akan lebih selamat dan kalau cuaca buruk pun masih boleh pergi bergerak. Sebenarnya, terpulang dekat diri sendiri, korang nak utamakan yang mana satu, penjimatan ataupun keselamatan; asalkan pilihan yang dibuat tu berbaloi untuk diri sendiri dan keluarga. Nak buat duit lebih dengan kereta? Baca sini

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button