KewanganTips Jimat

Senarai Promosi Birthday Hari Kelahiran (Makanan & Tiket Percuma) Wajib Claim!

Senarai Promosi Birthday Atau Hari Kelahiran Yang Boleh Dituntut

Bila tiba hari kelahiran, pasti ramai tak nak lepaskan peluang untuk claim promosi birthday bagi restoran ataupun kedai yang menyediakan diskaun atau tawaran percuma. Kebanyakan kedai di Malaysia ada menyediakan privilage atau benefit kepada pelanggan mereka ataupun ahli kelab (member) sebagai tanda penghargaan buat mereka. Jadi kita mestilah rebut peluang ni untuk tuntut diskaun atau makanan / minuman percuma.

Jangan risau sesetengah kedai tak memerlukan korang untuk jadi member yang berbayar pun untuk tebus. Kebanyakannya sekarang memerlukan kita untuk muat turun aplikasi di telefon dan hanya daftar sahaja untuk layak menerima tawaran promosi. Jadi tak perlu lah korang bayar mahal-mahal untuk daftar sebagai ahli semata-mata untuk claim tawaran percuma atau diskaun kan.

TERKINI: Senarai Promosi Pilihan Raya Negeri 2023 (PRU DUN Ke-15)

     

Senarai Promosi Birthday Atau Hari Kelahiran Yang Boleh Dituntut

Antara tawaran yang korang boleh tebus adalah seperti berikut. Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

1. KFC

KFC yang merupakan salah sebuah makanan segera fast food popular di Malaysia menawarkan hidangan 2-pc Combo Meal percuma sebagai hadiah kepada pelanggan pada bulan kelahiran mereka. Ya betul, korang boleh dapat set 2-pc Combo Meal percuma daripada KFC dalam birthday month masing-masing!

Tawaran: 2-pc Combo Meal Percuma

Tempoh: Tarikh tamat seperti dinyatakan di baucar emel

Cara Tebus: 

  • Menerusi Aplikasi KFC di Android Playstore atau Apple iOS.
  • Daftar atau log masuk (Pastikan isi tarikh lahir di Profil).
  • Pelanggan akan menerima emel daripada KFC seminggu sebelum bulan kelahiran. (Boleh check juga bahagian Junk Mail atau Spam Mail).
  • Emel tersebut akan menunjukkan kod kupon
  • Buka aplikasi atau laman web KFC dan klik ‘Redeem Reward/Voucher’
  • Masukkan kod kupon
  • 2-pc Combo Meal telah berjaya ditebus.
  • Boleh pilih untuk KFC Self Collect bagi ambil sendiri atau Delivery (perlu bayar caj penghantaran)

Info Lanjut: KFC 

2. FamilyMart

Ini pula merupakan kedai makanan dan serbaneka yang semakin popular di Malaysia iaitu FamilyMart. Selain oden, aiskrim yang dikenali dengan nama Sofuto juga sangat popular kerana pelbagai variasi rasanya seperti cheese, coklat dan sebagainya. Jadi berita baik buat semua peminat, korang boleh dapatkan sofuto percuma pada bulan kelahiran korang!

Tawaran: Percuma Sofuto (aiskrim)

Tempoh: Sepanjang Bulan Kelahiran

Cara Tebus:

  • Muat turun aplikasi My FamilyMart
  • Daftar atau log masuk dan isikan tarikh lahir
  • Baucar tersebut boleh didapati di bahagian MyRewards

 

3. Tealive

Untuk penggemar minuman teh boba atau bubble tea, Tealive ini pula untuk korang. Siapa yang tak kenal lagi Tealive ni kan yang dahulunya adalah Chatime. Tapi Chatime sekarang dah lain jangan keliru pula ya. So untuk tealive ni korang boleh tebus minuman percuma juga!

Tawaran: Beli 1 Percuma 1

Syarat: Menjadi Tealive Elite Member sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh kelahiran

Cara Tebus:

  • Muat turun aplikasi Tealive Loyalty App
  • Daftar atau log masuk gunakan referral code: GTO8248
  • Klik “My Account” dan Klik “My Vouchers”

 

4. Domino’s Pizza 

Siapa yang tak suka makan pizza kan? Domino’s Pizza antara kedai yang paling popular dekat Malaysia ni bila kita cakap pasal pizza. Jadi untuk korang yang nak dapat kupon hari lahir daripada Domino’s Pizza tu boleh ikut langkah di bawah.

Tawaran: Percuma 1 eCoupon Berjumlah RM46.90

Syarat: Menjadi Domino’s Pizza Express Card Member

Cara Tebus:

  • Beli Domino’s Express Card di kedai, aplikasi atau secara Online (Percuma Regular Pizza & Promosi)
  • Log masuk ke akaun Domino’s online dan kemaskini tarikh lahir di Profile Settings.
  • Birthday Reward akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun e-profile yang berdaftar

 

5. Seoul Garden

Nak belanja kawan atau ahli keluarga pada hari jadi korang? Jangan risau Seoul Garden adalah tempatnya. Kenapa? Sebab korang boleh makan secara percuma! Ya betul makan buffet di Seoul Garden tanpa perlu bayar tapi perlu bawa tiga lagi orang dewasa untuk makan bersama. Korang tak perlu daftar jadi ahli atau muat turun aplikasi pun, terus pergi ke kedai dan nikmati ganjaran ini.

Tawaran: Percuma 1 Buffet

Syarat: Bawa bersama 3 pelanggan berbayar (Dewasa, Pelajar, Warga Emas, Kanak-Kanak)

Cara Tebus:

  • Hanya hadir ke mana-mana cawangan Seoul Garden dan terus nikmati ganjaran. (Tempahan awal digalakkan untuk memastikan ada kekosongan)

Info Lanjut: Seoul Garden 

 

6. Sushi King

Kalau yang minat makanan jepun pula, jangan risau Sushi King juga ada tawarkan ganjaran menarik pada hari lahir korang! Yang suka makan sushi tu pastinya tak nak lepaskan peluang ini kan. Senang je jadi ahli member atau muat turun aplikasi dan korang boleh dapat ganjaran ulangtahun kelahiran iaitu 200 smile points bersamaan RM10. Bukan itu sahaja, korang juga akan dapat pencuci mulut percuma.

Tawaran: Percuma 200 Smile Points (bersamaan RM10) dan pencuci mulut

Syarat: Jadi ahli member atau muat turun aplikasi Sushi King

Cara Tebus: 

  • Muat turun aplikasi Sushi King di Google Playstore atau Apple Appstore
  • Daftar atau log masuk dan isikan tarikh lahir.
  • Mata ganjaran akan dimasukkan secara automatik dan pencuci mulut percuma di bahagian rewards

 

7. Zoo Negara

Untuk pencinta-pencinta haiwan, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Zoo Negara secara percuma! Ya betul, Zoo Negara Malaysia memberikan hadiah hari lahir kepada warganegara Malaysia. Tak perlu jadi ahli pun, hanya walk-in sahaja dengan membawa MyKad / MyKid.

Tawaran: Tiket Masuk Percuma

Syarat: Warganegara Malaysia sahaja

Cara Tebus: 

  • Bawa MyKad / MyKid untuk pengesahan di kaunter Tiket
  • Tiket kemasukan percuma selama 30 hari dari tarikh hari lahir

Info Lanjut: Zoo Negara

 

8. Red Box Karaoke

Kalau yang suka karaoke tu ini pula untuk korang. Red Box adalah satu satu pusat karaoke yang popular di seluruh Malaysia. Jadi pada hari jadi atau 3 hari sebelum / selepas tarikh hari jadi, korang boleh dapatkan 1 jam karaoke percuma tetapi perlu menjadi ahli atau member dahulu.

Tawaran: Percuma 1 Jam Karaoke

Syarat: Mempunyai keahlian Red Box, Green Box atau Red Box Plus dan pengguna Yippi dengan ID Yippi yang sah.

Cara Tebus: 

  • Hanya hadir ke mana-mana cawangan Red Box atau Green Box dengan membawa:
    • Kad Pengenalan atau kad keahlian bagi Red Box member
    • Yippi app dengan Yippi ID untuk pengguna Yippi

Info Lanjut: Redbox

 

9. llaollao

Bagi yang suka makan aiskrim yogurt, jangan lupa tebus hadiah sempena hari lahir di llaollao. Apa yang korang boleh dapat adalah percuma petitllao pada bulan kelahiran. Mudah je tak perlu daftar ahli atau bayar, hanya perlu muat turun aplikasi dan tebus

Tawaran: Percuma Petitllao

Syarat: Minimum 1 point diperlukan dalam akaun online llaollao

Tempoh: 10 hari sahaja (Tarikh dinyatakan dalam baucar)

Cara Tebus: 

  • Muat turun llaollao di Google Playstore atau Apple Apstore
  • Daftar / log masuk dan kemaskini tarikh lahir
  • Baucar akan dimasukkan ke dalam akaun 7 hari sebelum tarikh lahir di bahagian Rewards

 

10. Starbucks

Penggemar kopi pasti tak nak terlepas peluang ini kan. Starbucks yang merupakan kedai minuman kopi popular di seluruh dunia turut menyediakan ganjaran hari lahir. Kedai kopi ini bukan sahaja menyajikan minuman kopi tetapi pelbagai lagi makanan seperti roti dan kek.

Tawaran: Percuma sepotong kek

Syarat: Dengan pembelian mana-mana minuman handcrafted sepanjang bulan kelahiran & Mempunyai Starbucks Card

Tempoh: Sepanjang bulan kelahiran

Cara Tebus: 

  • Beli dan aktifkan Starbucks Card bermula RM30
  • Tebus ganjaran di mana-mana cawangan Starbucks dengan pembelian minuman handcrafted

Info Lanjut: Starbucks 

 

11. 7 Eleven

Ini pula adalah kedai yang paling banyak ada di seluruh Malaysia. Rugi lah kalau korang tak ambil peluang sebab memang hampir seluruh Malaysia ada iaitu 7 Eleven. Dulu masa kecil-kecil mungkin kita selalu minum Slurpee sebelum kedai minuman boba popular kan. Jadi untuk hari jadi kita, 7 eleven akan berikan slurpee percuma hanya muat turun aplikasi My7E.

Tawaran: Percuma 22oz Slurpee

Syarat: Muat Turun Aplikasi My7E

Tempoh: Sepanjang bulan kelahiran

Cara Tebus: 

  • Muat turun My7E apps di Google Playstore atau Apple Apstore
  • Daftar / log masuk dan kemaskini tarikh lahir
  • Baucar akan dimasukkan ke e-Coupon bahagian Rewards

 

12. Zus Coffee

Antara kedai kopi atau minuman yang baharu di Malaysia dan semakin popular di kalangan semua rakyat. Zus menawarkan beli 1 pecuma 1 kek untuk bulan kelahiran korang! Caranya mudah sahaja, muat turun aplikasi dan log masuk

Tawaran: Beli 1 Percuma 1 Kek

Syarat: Muat Turun Aplikasi Zus

Tempoh: Sepanjang bulan kelahiran

Cara Tebus: 

  • Buka Aplikasi Zus Google Playstore / Apple Appstore
  • Daftar / log masuk dan kemaskini tarikh lahir
  • Baucar akan dimasukkan ke Rewards di bahagian My Rewards

13. Secret Recipe

Kedai kek antara yang paling popular di Malaysia iaitu Secret Recipe juga ada menawarkan promosi sempena hari kelahiran! Tawarannya adalah 5% penjimatan bagi sepotong kek dan pengguna hendaklah mempunyai aplikasi Secret Recipe dan mendaftar sebagai ahli.

Tawaran: 5% off for slice cake

Syarat: Muat Turun Aplikasi Secret Recipe Dan Daftar Sebagai Ahli : https://member.secretrecipe.com.my/r/VLZL1M

Tempoh: Sepanjang bulan kelahiran

 

Nota: Perlu diingat tawaran adalah tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa justeru dinasihatkan rujuk dan hubungi kedai / restoran juga untuk memastikan tawaran masih lagi ada atau tidak.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button