MakananCara Mudah

10 Minit Je Boleh Siapkan Bekal Anak Ke Sekolah. Bajet bawah RM10, Ini Resepi Bekal Sekolah

3 Resepi Mudah Untuk Anak Bawa Bekal Ke Sekolah

Selalu rasa terburu-buru je nak siapkan bekal sekolah untuk anak bawa makan di sekolah. Tengah tolong anak bersiap tapi tak masak lagi untuk anak. Kadang-kadang rasa macam perlukan superpower untuk perlahankan masa, betul tak? Tapi ada setengah orang kata pulak, takpelah bagi aje lah diorang makan dekat kantin. Memang ada betul juga. Tapi, kalau dah hujung bulan tiba-tiba motor rosak lah pulak. Jadi, pilihan yang ada adalah bagi anak-anak bawa bekal daripada rumah untuk mereka makan di sekolah nanti. 

Tapi ibu-ibu dan bapa-bapa tak perlu risau. Buat bekal sekolah untuk anak-anak ni sebenarnya mudah dan sekejap je! Cuma pentingnya nutrisi bekal sekolah mereka cukup sebab mereka perlukan tenaga yang banyak di sekolah! Otak cerdas, badan pun cergas!

Resepi Bekal Sekolah Anak Yang Mudah & Cepat Disediakan

Lempeng + Sardin

Sumber Gambar : Pinterest

Bahan-bahan:

  • Tepung (RM3, 1 kg)
  • Satu tin sardin (RM4.00 , 155g)

Cara-cara:

  1. Untuk buat adunan, campurkan tepung gandum dan air kemudian sedikit garam. Adunan itu tidak terlalu pekat dan terlalu cair.
  2. Panaskan kuali (ataupun pan lebih bagus) tanpa minyak.
  3. Masukkan adunan sebanyak satu senduk besar ke atas kuali yang panas. Kemudian tunggu sehingga ia masak kemudian terbalikkan lempeng. Angkat apabila sudah masak kedua-dua belah.
  4. Ulang sehingga habis adunan.
  5. Untuk sardin, korang hanya perlu buka tin dan panaskan sardin. Tetapi jika nak lagi sedap, potong sebiji bawang merah kemudian tumiskan sehingga naik bau. Barulah korang masukkan satu tin sardin tadi. Boleh tambah sedikit air jika mahu cair.
  6. Siap! Hiaskan bekal anak korang agar menarik!

Roti pizza

Sumber Gambar : Twitter

Bahan-bahan:

  • Roti putih (RM2.50, 400g)
  • Sos tomato atau tomato puree (RM2.40, 160g) 
  • Kepingan sosej (RM2.80, 340g)
  • Tomato (RM1.50, 250g)

Cara-cara:

  1. Ambil sekeping roti kemudian sapukan tomato puri di permukaan
  2. Hiaskan kepingan sosej ataupun kepingan ayam bersama cili benggala ikut berapa banyak yang korang suka.
  3. Letak cheesecheddar ataupun cheese mozzarella di bahagian paling atas.
  4. Masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah selama 10 minit ataupun sehingga korang mahukan cheese cair.
  5. Jika korang tidak ada ketuhar, boleh gunakan pan. Panaskan dengan api sederhana kemudian tutup pan setelah letak roti pizza yang telah buat tadi.
  6. Siap dan boleh masukkan ke dalam bekal anak korang!

Roti sosej

Sumber Gambar : Blogspot

Bahan-bahan:

  • Roti (RM2.50, 400g)
  • Telur (RM3.50, 10 biji)
  • Breadcrumb/Serbuk Roti (RM2.35, 100g) (pilihan)
  • Sosej (RM2.80, 340g)

Cara-cara:

  1. Defrost kan sosej daripada peti ais.
  2. Leperkan roti kemudian gulungkan dengan sosej yang telah direbus.
  3. Pecahkan telur dan kacau sehingga telur kuning pecah.
  4. Celupkan roti yang telah digulung tadi ke dalam telur kemudian salutkan bersama breadcrumb.
  5. Goreng sehingga keperangan dan kelihatan garing. Siap!

Senang dan mudah je kalau nak siapkan bekal sekolah untuk anak-anak. Jika terlalu kesuntukan masa, korang boleh je sapukan majerin dengan sedikit gula cukup untuk anak-anak isi perut di sekolah.

Untuk cukupkan bekal sekolah anak korang dengan nutrisi dan juga vitamin, boleh juga potong buah-buahan kegemaran mereka untuk masukkan ke dalam bekal! Korang boleh dapatkan buah-buahan murah di pasar malam terdekat. 10 biji buah epal tu boleh dapat serendah RM5! Nak tahu tips beli barang murah boleh rujuk di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button