Ini Senarai Cuti Sekolah & Cuti Panjang Tahun 2022 & 2023 Untuk Mudah Rancang Cuti & Majlis
Senarai Cuti Sekolah & Cuti Umum Tahun 2022 & 2023 Untuk Rancang
Ramai yang nak tahu senarai cuti sekolah sebab nak rancang banyak aktiviti seperti percutian, majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran dan banyak lagi. Ye lah bila nak bercuti ni ataupun nak buat majlis, banyak benda perlu fikir termasuklah kos kewangan nak kumpul untuk aktiviti tersebut kan. Kalau boleh nak dapatkan tarikh yang banyak cuti sikit tak ada lah penat sangat kan bila buat majlis atau pergi bercuti nanti, masih ada hari yang boleh berehat sebelum pergi bekerja.
Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak cuti oleh kerana masyarakat kita terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap kaum di Malaysia mempunyai perayaan masing-masing contohnya Raya Aidiladha, Aidilfitri perayaan orang Melayu atau Islam, Tahun Baru Cina perayaan orang Cina, Deepavali perayaan orang India dan sebagainya. Jadi hampir setiap perayaan setiap kaum menjadi cuti persekutuan atau seluruh negeri di Negara ini.
TERKINI: KPM isytihar 19 April 2023 (Rabu) sebagai cuti khas untuk warga sekolah sempena musim perayaan
Senarai Cuti Sekolah Tahun 2022 & 2023 Untuk Rancang
Justeru itu, untuk memudahkan orang ramai, berikut adalah senarai cuti sekolah, hari kelepasan am persekutuan, hari kelepasan am negeri, di Malaysia mengikut turutan:
Disember 2022
Cuti Penggal 3, Sesi 2022 / 2023 & Cuti Krismas
- 9 Disember 2022 (Jumaat) – Mula
- 23 Disember 2022 (Jumaat)
- 24 Disember 2022 (Sabtu)
- 25 Disember 2022 (Ahad) – Cuti Umum
- 26 Disember 2022 (Isnin) – Cuti Dibawa Ke Depan
- 31 Disember 2022 (Sabtu) – Tamat
Januari 2023
Tahun Baru 2023
- 1 Januari 2023 (Ahad)
- 2 Januari 2023 (Isnin) – Cuti Dibawa Ke Depan
Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan – (Negeri Sembilan)
- 14 Januari 2023 (Sabtu)
Tahun Baru Cina
- 20 Januari 2023 (Jumaat) – Cuti Tambahan KPM (Kump. B)
- 21 Januari 2023 (Sabtu)
- 22 Januari 2023 (Ahad) – Cuti Umum
- 23 Januari 2023 (Isnin) – Cuti Umum
- 24 Januari 2023 (Selasa) – Cuti Tambahan KPM (Kump. A)
Februari 2023
Hari Wilayah Persekutuan – (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan)
- 1 Februari 2023 (Rabu)
Hari Thaipusam – ( Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang)
- 5 Februari 2023 (Ahad) – Cuti Umum
- 6 Februari 2023 (Isnin) – Cuti Dibawa Ke Depan
Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2022/2023
- 17 Februari 2023 (Jumaat) / 18 Februari 2023 (Sabtu) – Mula
- 18 Mac 2023 (Sabtu) / 19 Mac 2023 (Ahad) – Tamat
Mac 2023
Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu – (Terengganu)
- 4 Mac 2023 (Sabtu)
Hari Keputeraan Sultan Johor – (Johor)
- 23 Mac 2023 (Khamis)
Awal Ramadhan – (Johor, Kedah & Melaka)
- 23 Mac 2023 (Khamis)
April 2023
Good Friday – (Sabah & Sarawak)
- 7 April 2023 (Jumaat)
Hari Nuzul Al-Quran – (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu)
- 8 April 2023 (Sabtu)
Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah – (Melaka)
- 15 April 2023 (Sabtu)
Cuti Khas Perayaan – KPM
- 19 April 2023 (Rabu) – Kumpulan A & B
Cuti Perayaan (Tambahan KPM)
- 20 April 2023 (Khamis) – Kumpulan A & B
- 21 April 2023 (Jumaat) – Kumpulan B
Cuti Pertengahan Penggal 1 Sesi 2023/2024
- 21 April 2023 (Jumaat) / 22 April 2023 (Sabtu) – Mula
- 29 April 2023 (Sabtu) / 30 April 2023 (Ahad) – Tamat
Hari Raya Aidilfitri
Jika Raya Hari Jumaat:
- 21 April 2023 (Jumaat) – Cuti Umum
- 22 April 2023 (Sabtu) – Cuti Umum
- 23 April 2023 (Ahad) – Cuti Hujung Minggu / Cuti Dibawa Ke Depan
- 24 April 2023 (Isnin) – Cuti Hari Kelepasan Am (Tambahan)
Jika Raya Hari Sabtu:
- 21 April 2023 (Jumaat) – Cuti Hari Kelepasan Am (Tambahan)
- 22 April 2023 (Sabtu) – Cuti Umum
- 23 April 2023 (Ahad) – Cuti Umum
- 24 April 2023 (Isnin) – Cuti Dibawa Ke Depan
Mei 2023
Hari Pekerja
- 1 Mei 2023 (Isnin) – Cuti Umum
Hari Wesak
- 4 Mei 2023 (Khamis) – Cuti Umum
Cuti Penggal 1 Sesi 2023/2024
- 26 Mei 2023 (Jumaat) / 27 Mei 2023 (Sabtu) – Mula
- 3 Jun 2023 (Sabtu) / 4 Jun 2023 (Ahad) – Tamat
Jun 2023
Hari Keputeraan YDP Agong
- 5 Jun 2023 (Isnin) – Cuti Umum
Cuti Perayaan (Tambahan KPM)
- 28 Jun 2023 (Rabu) – Kumpulan A & B
- 30 Jun 2023 (Jumaat) – Kumpulan B
Hari Raya Aidiladha
- 29 Jun 2023 (Khamis) – Cuti Umum
- 30 Jun 2023 (Jumaat) – (Kelantan, Kedah, Perlis & Terengganu)
Julai 2023
Awal Muharram
- 19 Julai 2023 (Rabu) – Cuti Umum
Ogos 2023
Cuti Penggal 2 Sesi 2023/2024
- 25 Ogos 2023 (Jumaat) / 26 Ogos 2023 (Sabtu) – Mula
- 2 September 2023 (Sabtu) / 3 September 2023 (Ahad) – Tamat
Hari Kebangsaan
- 31 Ogos 2023 (Khamis) – Cuti Umum
September 2023
Hari Malaysia
- 16 September 2023 (Sabtu) – Cuti Umum
Maulidurrasul
- 28 September 2023 (Khamis) – Cuti Umum
November 2023
Cuti Perayaan (Tambahan KPM)
- 13 November 2023 (Isnin) – Kumpulan A & B (Negeri Sarawak sahaja)
- 14 November 2023 (Selasa) – Kumpulan B
Hari Deepavali
- 12 November 2023 (Ahad) – Cuti Umum kecuali Sarawak
- 13 November 2023 (Isnin) – Cuti Dibawa Ke Depan
Disember 2023
Cuti Penggal 3 Sesi 2023/2024
- 15 Disember 2023 (Jumaat) / 16 Disember 2023 (Sabtu) – Mula
- 1 Januari 2024 (Isnin) – Tamat
Hari Krismas
- 25 Disember 2023 (Isnin) – Cuti Umum
* Senarai cuti akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Baca Juga: Kalendar Penuh Senarai Cuti Umum 2023
TERKINI: Pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 ditangguhkan seminggu
Takwim Persekolahan Sesi 2022/2023 & Cuti Perayaan
Takwim Persekolahan Sesi 2023/2024 & Cuti Perayaan
Cuti Panjang & Tarikh Cantik 2023