MakananTips Jimat

Dah Masuk Bulan Merdeka, Korang Wajib Redeem Promosi Kemerdekaan Dan Try Menu Baru Ni!

Senarai Promosi Dan Menu Terbaru Sepanjang Bulan Kemerdekaan Tahun Ini

Banyak ke promosi kemerdekaan sempena bulan kebangsaan tahun ni? Setiap kali tanggal 31 Ogos, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan dan pastinya hari yang cukup bermakna ini akan disambut dengan penuh meriah dengan adanya perarakan bagi memperingati tarikh bersejarah ini di tempat tertentu seperti di Dataran Merdeka.

Sempena dengan sambutan hari yang cukup istimewa ini, terdapat pelbagai menu terbaru dan diskaun menarik atau promosi kemerdekaan untuk korang dapatkan. Berikut kami senaraikan pelbagai promosi wajib cuba yang ditawarkan sepanjang bulan kemerdekaan tahun ini yang tidak patut dilepaskan. Nak tahu kedai apa yang boleh diserbu untuk dapatkan promosi dan menu terbaru ini? Jom baca sampai habis!

Senarai Promosi Kemerdekaan Tahun Ini Yang Wajib Tebus!

Antara promosi makanan dan minuman sempena bulan kemerdekaan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa adalah seperti di bawah:

1. McDonald’s

KEMERDEKAAN MCD

Kedai makanan segera ini menawarkan promosi kemerdekaan seperti berikut:

  • Set McChicken ialah RM9.95 (Harga Biasa – 95)
  • Set Chicken McNuggets enam keping ialah RM10.95 (Harga Biasa – 10)
  • Set Double Cheeseburger ialah RM11.95 (Harga Biasa – 50)
  • 20 keping Chicken McNuggets ialah RM20

McDonald’s juga menawarkan pelbagai promosi untuk hidangan, bermula dari serendah RM5 yang telah berlangsung selama ini iaitu Menu Rahmah. Untuk pengguna aplikasi Mcd, anda boleh menikmati potongan sebanyak 31%.

KEMERDEKAAN MCD

 

2. J.CO

KEMERDEKAAN J.CO

Selama tiga hari dalam bulan Ogos ini, korang boleh menikmati dua dozen donat J.Co pada harga promosi hanya RM39 dan minuman pilihan pada harga RM11. Tawaran ini sah antara 28 Ogos 2023 dan 30 Ogos 2023.

 

3. Dunkin’ Donuts

KEMERDEKAAN DD

Korang juga boleh dapatkan pelbagai jenis kombo kemerdekaan untuk cuba semua perisa donut termasuklah minuman terbaru daripada Dunkin’ Donuts.

KEMERDEKAAN DD

Dunkin’ Donuts menawarkan donat dan minuman berperisa baharu dengan cita rasa Malaysia yang unik, seperti Gula Melaka Latte dan Spiced Chai Teh Tarik. Perisa donat ialah Ais Kacang, Apam Balik, Onde-Onde, dan Kaya Butter sepanjang bulan kemerdekaan ke-66.

 

4. Kenny Rogers Roasters

KEMERDEKAAN

KEMERDEKAAN

Kenny Rogers Roasters telah bekerjasama dengan Lazada dan Grab Malaysia untuk membawa beberapa tawaran pada Hari Kebangsaan pada kali ini. Korang boleh dapatkan Chicken Rice Solo dengan harga RM12 dan Quarter Chicken Rice RM17 di Lazada, atau Kenny’s Quarter Lite Meal yang berharga RM23.10 jika anda memesan di aplikasi Grab.

 

5. emart24

KEMERDEKAAN

Korang boleh menikmati soft serve daripada kedai emart24 dengan hanya RM1.50 (Harga Biasa – RM2.90). Promosi ini sudah bermula sejak 1 Ogos 2023 dan akan berakhir pada 31 Ogos 2023.  Selain itu, eMart pun ada tawarkan pelbagai promosi CupBap pelbagai jenis dari RM8.50 hingga RM9.90 tau. Jom serbu sekarang!

 

6. Kedai Ayamas

KEMERDEKAAN

Kedai Ayamas kembali lagi dengan promosi Jimat Merdeka yang menawarkan potongan sebanyak 10% untuk hidangan yang terpilih dari 12 tengah hari sehingga 3 petang sepanjang bulan merdeka ini. Tawaran sah bermula dari sekarang hingga 17 September 2023.

 

7. Secret Recipe

KEMERDEKAAN

Secret Recipe Malaysia mengadakan Promo Merdeka mereka. Anda boleh menikmati promosi merdeka Secret Recipe dengan menunjukkan semangat patriotik dan dapatkan sepotong kek dengan harga lebih murah. Anda dikehendaki untuk memakai baju dengan warna Jalur Gemilang dan sebut ‘RAHSIA PETUA’ untuk menikmati diskaun sebanyak 31% untuk satu potongan kek dengan pembelian mana-mana hidangan utama pilihan anda. Tawaran hanya sah mulai 16 Ogos hingga 30 September 2023.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di SINI.

Selain itu, Secret Recipe juga membuat tawaran Beli 2 potongan kek, dapat 1 secara PERCUMA dan nikmati potongan RM10 untuk mana-mana kek dengan SRGO. Gunakan kod: SRMERDEKA.

 

8. Grandmama’s

KEMERDEKAAN

Nikmati Cendol dan ABC di Grandmama’s dengan tawaran promosi sempena kemerdekaan. Setiap satu pencuci mulut tersebut pada harga RM6.60 sahaja. Cepat dan dapatkan tawaran masa terhad ini di Grandmama’s!

  • Pavilion Kuala Lumpur, Tingkat 6
  • Pavilion Bukit Jalil, Tingkat 1
  • Intermark Mall, G Floor
  • Plaza Batai, Bukit Damansara

 

9. GSC

kemerdekaan

GSC juga tidak ketinggalan menyediakan promosi kemerdekaan. Dari 10 Ogos 2023 hingga 17 September 2023 GSC menawarkan kombo Popcorn Gemilang bersama beg Sprtizer secara percuma dengan hanya RM 16.50.

Kombo Popcorn Gemilang:

  • 1x Popcorn (Regular)
  • 1x Air Mineral
  • 1x So Tinge (Peach/ Watermelon Lychee/ Grape)
  • 1x Beg Spritzer

 

10. Boat Noodle

Khas untuk peminat Sangkaya Boat Noodle, lebih daripada 1000 Sangkaya akan diberikan secara percuma pada 31 Ogos 2023 di semua cawangan Boat Noodle. Jadilah pelanggan 31 orang terawal. Siapa cepat, dia dapat!

 

11. Dominos

PROMOSI KEMERDEKAAN

Dominos menawarkan Large Pizza dengan hanya RM 1 untuk pizza kedua (Harga Biasa – RM 46.90) sempena promosi kemerdekaan kali ini.

 

12. Hokkaido Baked Cheese Tart

Nikmati promosi kemerdekaan sebanyak 31% diskaun tart kedua anda dari 29-31 Ogos 2023.

 

13. Texas Chicken

Promosi kemerdekaan dari Texas Chicken ini sah untuk SATU (1) hari sahaja iaitu pada 31 Ogos 2023 di kesemua cawangan. Cepat sementara stok masih ada.

 

14. Juicy

Anda boleh menikmati air daripada Juicy dengan hanya RM6 untuk promosi kemerdekaan kali ini.

 

15. MarryBrown

Nikmati penjimatan luar biasa sehingga 30% diskaun bagi tawaran MB Rakyat Bucket bersama yang tersayang dan untuk 50 pelanggan terawal pada 31 Ogos 2023 boleh menukarkan minuman kepad ais Milo secara PERCUMA sempena kemerdekaan.

 

16. Empire Sushi

Sempena bulan Merdeka, 4 perisa terpilih (Spicy Tuna, Tuna, Octopus & Crab) untuk 2pcs Onigiri adalah RM6.60 sahaja untuk masa terhad.

 

17. A&W

A&W kini mencecah 60 tahun dan menawarkan RB Float dengan hanya RM2 sahaja! Raikan Hari Merdeka dengan RB dari 28 hingga 31 Ogos.

 

18. Pizza Hut

Pizza Hut kini menawarkan dengan promosi MMMdeka sebanyak 50% diskaun hanya pada 31st August & 16 September.

 

19. Subway

Sempena hari kemerdekaan, Subway menawarkan RM 6 untuk 6 INCH Roasted Chicken Sub. Best kan?! Hanya pada 31/8/2023 sahaja tawaran ini. Dapatkan tau.

 

20. Tealive

Dapatkan diskaun 31% untuk minuman kedua korang (berharga RM10 ke bawah) apabila anda memasukkan kod promo MY31 pada aplikasi Tealive anda!​

 

21. Mokti’s

Untuk sambutan Merdeka yang akan datang, Mokti’s akan memberikan korang aiskrim Merdeka istimewa secara PERCUMA pada 31 Ogos 2023! Hanya terhad kepada 50 pelanggan awal je tau!

 

22. Bask Bear Coffee

Merdeka ini, singgah ke Bask Bear Coffee,  dengan berbelanja RM30 & nikmati 2 hashbrown secara PERCUMA.

 

23. Kyochon

Belanja RM66 dalam satu resit di Kyochon dan nikmati 6pcs Boneless Chikin Bites secara PERCUMA! Jangan lepaskan tawaran lazat ini!

 

24. Chatime

Raikan Merdeka ini bersama Chatime dan dapatkan air kedua anda dengan hanya RM0.66.

 

25. CU Mart

Semarakkan jiwa kemerdekaan dengan enjoy pelbagai promosi sempena bulan kemerdekaan ini yang korang akan dapat hanya di CU Mart.

 

26. Coffee Bean Tea Leaf

Sambut bulan kemerdekaan dengan Mango Cold Brew Sweet Tea di Coffee Bean dari 7 – 31 Ogos 2023.

 

27. Starbucks

Nikmati mana-mana 2 Frappuccino® bersaiz Venti pada harga RM25 dengan pembayaran secara Starbucks Card atau Mobile App.

 

28. Jollibee

Jangan tunggu lagi, jom dapatkan segera Jollibee Kombo Merdeka dari 31 Ogos 2023 dengan hanya RM25 sahaja.

 

29. Baker’s Cottage

Jangan lupa juga raikan semangat kemerdekaan dengan hidangan manis dengan promosi RM 2.99 (Harga Biasa – RM3.49) Choclate Bun dan potongn sebanayak 20% untuk kek aiskrim daripada Baker’s Cottage!

Promosi Baker’s Cottage Roast Chicken yang lazat pada hanya RM17.99 kini dilanjutkan sehingga 1 September 2023 xempena hari kemerdekaan!

 

30. Coolblog

Raikan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 dengan Coolblog RM6.60 untuk 2 Frutti Ice Blended.

 

Senarai Menu Terbaru Sempena Kemerdekaan Boleh Cuba!

Selain promosi kemerdekaan, terdapat juga menu-menu baharu yang diperkenalkan sempena musim kemerdekaan. Antaranya adalah:

1. myBurgerLab

myBurgerLab mengembalikan menu Burger Nasi Lemak Ayam Rendang mereka yang terkenal sebelum ini. Mereka juga memperkenalkan Burger Nasi Lemak Kahwin baharu, yang didatangkan dengan peha ayam goreng dan patty daging lembu Angus.Kedua-dua burger boleh didapati sehingga 30 September, sementara stok masih ada.

Selain itu, jika anda menggunakan aplikasi myBurgerLab+ untuk membuat pesanan anda dari sekarang hingga 30 September, anda boleh berpeluang memenangi Apple iPad Air, 30 days worth of MBL burgers dan tiket wayang MBO Cinemas.

Maklumat lanjut boleh rujuk di SINI.

 

2. Burger King

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Burger King menawarkan menu baharu aiskrim soft serve dan sundae berperisa MILO. Menu terbaru ini dikeluarkan bermula dari 16 Ogos 2023 hingga 16 September 2023.

Kali ni menu comeback sempena bulan merdeka Burger King Nachos Cheese Deluxe! Ada dua menu iaitu Nachos Cheese Deluxe Double Beef dan Nachos Cheese Deluxe Tendercrisp dengan hanya RM19.90!

31 Ogos ini, korang juga boleh dapatkan pilihan BK Chick’N Crisp® atau Whopper® Jr. dan minuman MILO® dengan hanya RM6.60 di Burger King.

 

3. Auntie Anne’s

Auntie Anne’s menawarkan enam perisa Happy Stix:

  • Green Tea Stix
  • Sour Cream and Onion Stix
  • Coffee Stix
  • Chocolate Mint Stix
  • Cinnamon Sugar Stix
  • Roselle Stix

Tawaran ini sah dari ham 11 pagi hingga 9 malam di semua cawangan, kecuali Terminal 2 Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA2).

 

4, FamilyMart

FamilyMart membawakan sofuto Choco Dinosaur dalam kon, cawan dan pint, serta milkshake untuk rakyat Malaysia menjamu diri mereka pada hari kemerdekaan ini. Aiskrim dan milkshake akan diltaburkan dengan serbuk MILO khas untuk pencinta coklat!

Selain itu, FamilyMart juga mengadakan promosi Late Night Crazy Deals di mana setiap pembelian Frappe akan mendapat potongan sebanyak 25%.Pergi sekarang juga dan jangan lepaskan tawaran masa terhad ini hanya sehingga 5 September 2023

 

5. Ikea

Promosi Hari Kebangsaan di Ikea pula termasuk Kek Bandung Tanpa Telur pada harga RM8.90 dan Nasi Kerabu dengan hanya RM16.90.Tawaran ini boleh didapati di Ikea sepanjang bulan Ogos.

 

6. Gong Cha

Gong Cha mengekalkan rasa LOKAL dan citarasa dengan mengeluarkan 3  jenis air sempena bulan kemerdekaan :

  • Berry Hibicus Smoothie
  • ABC Brown Sugar Smoothie
  • Taro Cha Cha

Gong Cha juga menawarkan diskaun sebanyak 66% untuk minuman kedua !

 

7. US Pizza

Rasa yang kaya dengan tekstur dan rasa, dengan gabungan manis dan pedas, dihiasi dengan timun, jicama, telur dan cucur udang yang rangup. Anda boleh beli satu set dengan hanya RM38 sahaja! Didatangkan dengan 2 sup, 2 minuman dan 1 roti twist.

 

8. Inside Scoop 

Inside Scoop telah berkolaborasi dengan ZUS Coffee dan mengeluarkan tiga jenis ais krim. Antaranya ialah:

  • Buttercrème Latté
  • Spanish Latté
  • Matcho Latté

Kini boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop pada Hari Merdeka ini bermula pada 21 Ogos hingga 17 Sep 2023

 

9.Bubblebee

Jom dapatkan Ais Krim Milo di semua cawangan Bubblebee hari ini, Tawaran sah dari 24 Ogos 2023 – 16 September 2023 sahaja.

Banyak betul kan promosi kemerdekaan dan menu baharu yang boleh cuba sempena bulan kebangsaaan ni. Bolehlah korang rancang mahu ‘redeem’ promosi kemerdekaan ataupun dapatkan semua sekali sepanjang bulan kemerdekaan ke-66 kali ini. Jangan lupa untuk rebut peluang keemasan nikmati promosi sebelum terlambat! Kalau ulangtahun kelahiran juga ada banyak promosi tau, boleh baca kat SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button