Tips JimatTravel

Buat Apa Bercuti Jauh-Jauh, Jom Pergi 10 Taman Tema Di Sekitar Lembah Klang

Senarai Taman Tema Di Lembah Klang

Taman Tema

Taman tema merupakan destinasi rekreasi yang semakin popular di kalangan masyarakat seluruh Malaysia. Melalui penggabungan hiburan, pendidikan, dan pengalaman unik, taman tema telah menjadi tempat yang amat dinanti-nantikan oleh pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Dah ada plan untuk bawa anak-anak berseronok masa cuti sekolah atau hujung minggu ini?

Jika korang berhasrat untuk bercuti dan tidak tahu hendak ke mana, korang patut cuba pergi ke taman tema yang ada di Lembah Klang. Takyah bazir duit pergi jauh-jauh dah nak release stress. Untuk pengetahuan semua, banyak tau taman tema di Lembah Klang yang korang boleh pergi dan patut try merasai keseronokkan tu sendiri dan semestinya tidak akan mengecewakan. Jom tengok senarai taman tema di Lembah Klang supaya bolehlah korang merancang percutian dengan baik.

Senarai Taman Tema Di Lembah Klang Beserta Harga Tiket Masuk

1. Sunway Lagoon

Taman Tema

Sunway Lagoon mempunyai banyak tarikan yang menyeronokkan, ianya sentiasa menjadikan pilihan para pelancong dari dalam dan luar negara. Korang memang patut datang ke sini. Sunway Lagoon menyediakan pengalaman taman tema terbaik di Malaysia. Di sini, korang boleh mencuba lebih daripada 30 permainan di Amusement Park, Extreme Park, Sunway Wildlife Park, Scream Park, Nickelodeon Lost Lagoon dan Water Park. Harga tiket di bawah merupakan harga semasa tahun 2023 dan secara walk in. Kalau nak jimat lagi korang boleh beli secara online.

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Harga Tiket:

Kategori

Harga (RM)

Kanak-kanak (12 Tahun ke bawah)

Warganegara: 135.00

Bukan Warganega: 288.00

Dewasa (13 Tahun ke atas)

Warganegara: 160.00

Bukan Warganega: 340.00

Warga emas (60 tahun ke atas)

Warganegara: 135.00

Bukan Warganega: 288.00

2. SuperPark Malaysia

SuperPark Malaysia merupakan taman tema yang lebih kepada aktiviti fizikal dan sihat . Taman ini serba lengkap dengan semua dalam 1 tempat. Taman indoor ini terletak di dalam Avenue K Shopping Mall. Terdapat 2 tingkat dan terbahagi kepada 3 zone. Dengan lebih 25 aktiviti yang tersedia di sini antaranya larian berhalang, flying fox, scooter hingga ke ice skating rink, semua yang disediakan di sini menjanjikan keseronokan. Bagi yang sukakan adrenaline rush, kami cadangkan korang untuk dating bersama keluarga atau rakan-rakan.

Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Harga Tiket:

Kemasukan

Harga (RM)

Hari Biasa

57.00

 

Hujung Minggu / Cuti Sekolah / Cuti Awam

60.00

3. District 21

District 21 terletak di dalam IOI City Mall, taman tema berkeluasan 70,000 kaki persegi ini membawa 10 tarikan yang cukup mendebarkan. Bersiap sedia untuk memanjat, melompat, gelongsor, free-fall dan juga terbang di sini. Anda boleh memilih aktiviti yang lebih ringan seperti Tubby Ride atau YoYo Car atau pilih aktiviti yang lebih mencabar seperti Ninja Warrior dan Roller Glider. Semuanya direka khas mengikut kesesuaian tahap kesihatan dan kebolehan individu.

Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya

Harga Tiket:

Kemasukan

Harga (RM)
Hari Biasa

64.00

Hujung Minggu / Cuti Sekolah / Cuti Awam

80.00

4. Bangi Wonderland

Apa yang menariknya di Bangi Wonderland Theme Park & Resort ialah ianya mempunyai 14 jenis gelongsor dan tarikan yang menarik seperti Anaconda Trail, Spiralax, Body Slide, Magic Funnel, The Fall, Green Pearl, Wonder Loop dan Boomeriang. Memang sangat menyeronokkan. Tak puas seharian untuk main semua permainan disini. Selain itu, ada juga gelongsor yang sesuai untuk kanak-kanak dan tidak terlalu extreme untuk mereka.

Alamat: 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor

Harga Tiket:

Kategori

Harga (RM)

Kanak-kanak (130 cm ke bawah)

Warganegara: 45.00

Bukan Warganega: 56.00

Dewasa (130 cm ke atas)

Warganegara: 55.00

Bukan Warganega: 66.00

Warga emas (60 tahun ke atas)

Warganegara: 28.00

Bukan Warganega: 33.00

OKU Kanak-kanak (130 cm ke bawah)

Warganegara: 22.00

Bukan Warganega: 28.00

OKU Dewasa (130 cm ke atas)

Warganegara: 28.00

Bukan Warganega: 33.00

5. SplashMania Gamuda Cove

SplashMania WaterPark adalah sebuah taman tema air yang baru dibuka di Banting. Antara tarikan yang ada di SplashMania WaterPark ialah kapal lanun gergasi. Taman tema air ini juga ada menawarkan 39 jenis gelongsor dan pelbagai jenis tarikan lain. Walaupun SplashMania WaterPark adalah taman tema air yang baru, tetapi ianya telah menjadi salah satu taman tema air pilihan pengunjung kerana kepelbagaian jenis permainannya.

Alamat: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Banting, Selangor

Harga Tiket:

Kategori

Harga (RM)

Kanak-kanak (90 – 120 cm)

Hari Biasa: 86.00

Hujung Minggu / Cuti Sekolah / Cuti Awam: 95.00

Dewasa (120 cm ke atas)

Hari Biasa: 113.00

Hujung Minggu / Cuti Sekolah / Cuti Awam: 125.00

Warga emas (50 tahun ke atas)

Hari Biasa: 86.00

Hujung Minggu / Cuti Sekolah / Cuti Awam: 95.00

6. VAR LIVE

Jika anak-anak atau korang sendiri merupakan penggemar permainan atas talian atau seorang Gamer, tempat ini adalah yang paling perfect untuk anda. Datanglah ke VAR Live yang terletak di dalam MyTown Shopping Centre. Ia merupakan sebuah pusat hiburan atau taman tema berkonsepkan virtual reality ataupun realiti maya. Di sini terdapat 13 jenis permainan VR untuk korang bermain hingga tak ingat dunia!

Alamat: L2-015, MyTOWN Shopping Centre, No. 6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur

Harga Tiket:

Kategori

Harga (RM)

Single Game Admission

42.00
Triple Game Combo Package

108.00

Pas Seharian Tanpa Had

200.00

7. BERJAYA Times Square Theme Park

Taman tema Berjaya Times Square ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Galaxy Station dan Fantasy Garden. Bahagian pertama, Galaxy Station, sesuai untuk para thrill seekers. Dengan rides dan roller coasters yang pasti mendebarkan, sesiapa yang ingin rasai adrenaline rush, perlu cuba. Fantasy Garden pula merupakan bahagian yang lebih santai dan merupakan bahagian warna-warni dan comel untuk anda mencipta memori bersama anak-anak.

Alamat: 5th & 7th Floor, Berjaya Times Square, 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Harga Tiket:

Kategori

Harga (RM)

Kanak-kanak (12 Tahun ke bawah)

Warganegara: 50.00

Bukan Warganega: 70.00

Dewasa (13 Tahun ke atas)

Warganegara: 60.00

Bukan Warganega: 75.00

Warga emas (60 tahun ke atas)

Warganegara: 22.00

Bukan Warganega: 32.00

OKU

Warganegara: 22.00

Bukan Warganega: 32.00

Pakej Keluarga (2 Kanak-kanak + 2 Dewasa)

Warganegara: 188.00

Bukan Warganega: 250.00

8. ESCAPE Petaling Jaya

Jika korang peminat Taman Tema Escape di Penang, pasti korang semua teruja kerana kini, aktiviti-aktiviti mencabar yang mereka sediakan di sana telah dibawa ke Lembah Klang di Escape Challenge Adventure Park. Terletak di dalam Paradigm Mall, taman tema yang berkeluasan 35,000 kaki persegi ini merupakan versi indoor dari versi outdoor yang asal. Senanglah nak datang dan berseronok tanpa mengira panas atau hujan, kan?

Alamat: GB-07, Paradigm Mall, Petaling Jaya, 47301 Selangor, Malaysia

Harga Tiket:

Kategori

Harga (RM)

Kanak-kanak (0 – 3 Tahun)

Percuma

Kanak-kanak (4 – 12 Tahun)

68.00

Dewasa (13 Tahun ke atas)

103.00

Warga emas (60 tahun ke atas)

Percuma

9. KidZania

KidZania Kuala Lumpur merupakan sebuah taman tema yang direka khas untuk golongan kanak-kanak. Kota interaktif ini direka untuk menggalakkan kanak-kanak menggunakan imaginasi dan membina dunia tersendiri. Bagi kanak-kanak bawah 16 tahun, mereka akan berpeluang untuk memilih kerjaya dan merasai pengalaman di alam pekerjaan.

Mereka juga akan belajar menguruskan wang apabila dapat “gaji” dan boleh berbelanja mengikut kemampuan mereka. Dari KidZania, mereka akan lebih menghargai anggota masyarakat dan komuniti, memahami tanggungjawab mereka, dan belajar menguruskan wang mereka tersendiri.

Alamat: Curve NX Shopping Mall, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, 47810 Selangor

Harga Tiket:

Kategori

Harga (RM)

Kanak-kanak (0 – 1 Tahun)

Percuma

Kanak-kanak (2 – 3 Tahun)

36.00 – 48.00

Kanak-kanak (4 – 17 Tahun)

70.00 – 100.00

Dewasa (18 – 60 Tahun)

43.00 – 61.00

Warga emas (61 tahun ke atas)

Percuma

10. I-CITY Theme Park

Istimewanya tentang Taman Tema i-City ini ialah konsep bayaran pay-per-ride atau bayar untuk setiap ride yang anda ingin naiki. Ala, seperti di funfair atau karnival. Anda boleh menikmati cuaca dingin di Snowalk, bermain dalam air di Waterworld, bermain dengan permainan karnival dan lawati muzium patung lilin di Red Carpet 2 atau bergambar tanpa henti Di Kota lampu LED di pameran pokok berlampu i-City.

Alamat: AJ CityPark, D-1-G, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Harga Tiket:

Tarikan

Warganegara

Bukan Warganegara

Kanak-kanak

/ Warga emas

DewasaKanak-kanak

/ Warga emas

Dewasa

WaterWorld

35404550

SnoWalk

55656575
Red Carpet 250100100

150

Trick Art Museum151520

20

House Of Horror

15152020

Disco Ride

15151515
Space Walk202020

20

Adventure Train666

6

Twisting Boat

6666
Moon Jellie666

6

Super Swing

6666
2-Tier Carousel666

6

Ferris Wheel

12121212
Bumper Car101010

10

Circus Travel

6666

Rocking Chaisse Car

101010

10

Time Travel666

6

5D Cinema

10101010
Ants Park666

6

Avatar Flight

6666
Car Drift666

6

Castle Mania

6666
Water Adventure666

6

Jumping Frog

6666
Children Car (FW) Tractor101010

10

Children Car (FW) Cops

6666
Spinning Cup666

6

Ultra Former FW

10101010

VR Cinema

151515

15

Winchester CTW666

6

Fruit Party

666

6

Jungle Train IW

6

66

6

Party Car

6

66

6

Children Car IW

6

66

6

Children Car CW

6

66

6

Bowl America

10

1010

10

Circuit De Monaco

10

1010

10

Crabtales

6

66

6

Jurassic (CW)

6

66

6

Little Ponies (CW)

6

66

6

Snow Village

10

1010

10

Ultra Former CW

10

1010

10

Winchester Darts CW

6

66

6

Taman-taman tema yang ada di sekitar Lembah Klang menunjukkan bahawa kita tidak perlu pun pergi jauh untuk mendapatkan percutian yang menyeronokkan bagi pelbagai lapisan umur. Oleh itu, marilah kita sama-sama rebut peluang bawa ahli keluarga untuk sama-sama menikmati keseronokan di sini sekaligus dapat memacu pembangunan pelancongan negara. Dengan begitu, kita tidak hanya menikmati hiburan yang menarik, tetapi juga turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kalau nak berjalan jauh sedikit boleh baca dulu tips beli tiket flight murah.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button