Cara Cari Tiket Kapal Terbang Murah. Tips Orang Ramai Yang Cuti Bajet
Tips Beli Tiket Flight Murah
Macam mana nak beli tiket kapal terbang murah? Ramai masih ingat naik flight atau kapal terbang ni mahal sebab tu lah tak pernah naik. Kalau dulu ya mungkin betul mahal sebab tak banyak pilihan kapal terbang yang ada, tapi sekarang ni dah ada pelbagai jenis dan juga syarikat. Ada juga syarikat yang terkenal kini dengan syarikat kapal terbang tambang murah. Jadi tak mustahil lagi dah sekarang ni untuk cari tiket kapal terbang yang murah,
Cuma apa yang perlu kita tahu adalah tak semua tiket kapal terbang yang dijual adalah murah. Memang lah pada dasarnya tiket kapal terbang lebih mahal berbanding transport lain kerana masanya yang lebih cepat sampai. Tapi sebenarnya ada tips dan trik yang boleh korang cuba untuk beli dan dapatkan tiket murah ni. Mungkin tak semua tips yang dikongsikan berkesan jadi boleh cuba guna mana-mana tips bergantung kepada waktu dan tarikh tempahan tersebut.
Promosi Terkini
Tips Beli Tiket Kapal Terbang Murah (Cheap Flights Ticket)
Selalunya orang beli tiket flight sebab nak pergi ke luar negara kan, sebab nak tak nak memang kena naik flight untuk menyeberang lautan. Kalau ke negara-negara jiran kita bolehlah guna feri kan. Jadi untuk beli tiket flight murah, saudari Nadia Anne ada kongsikan tips untuk beli tiket penerbangan murah dan jimat. Ini antara tipsnya:
Awal VS Akhir
Untuk yang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan berikut, ini helah yang mungkin boleh membantu korang mendapatkan harga tiket murah
- Airasia = Tempah Awal (6 – 12 bulan)
- Malaysia Airlines = Tempah Akhir (Kurang dari 1 bulan)
Tempah Pada Hari Isnin, Selasa & Rabu
Buat tempahan sebaiknya mulai Ahad malam Isnin untuk Airasia (Bermula 12.01 pagi), Selasa dan Rabu yang merupakan hari terbaik untuk beli tiket flight. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan akan menetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7 malam.
Ini disebabkan mereka beranggapan bahawa ramai yang akan menempah tiket pada hari minggu. Berdasarkan statistik memang terbukti kebanyakan orang hanya melihat atau mencari harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Ikuti Media Sosial & Laman Web Rasmi Syarikat Penerbangan
Kalau korang memang ikuti atau follow page syarikat-syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter dan Instagram, lebih senang untuk ketahui dan sentiasa update setiap promosi yang mereka buat.
Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebiasaannya, syarikat penerbangan akan menawarkan best deal atau tawaran hebat kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal bagi penerbangan antarabangsa. Waktu begini perlu selalu check harga tiket kalau nak yang murah. Dah dapat flight ticket murah, jangan lupa pula check harga hotel yang berkualiti dan paling penting sangat-sangat murah.
12 Tengah Malam
Ramai juga yang dah tahu waktu-waktu tertentu syarikat penerbangan akan membuka promosi online masing-masing. Jadi ada yang sanggup tak tidur sebab promosi ini hanya akan bermula pada jam 12 tengah malam.
Lapangan Terbang Alternatif
Ramai Yang tak tahu lapangan terbang Adisumormo (Solo) dengan Bandara Adisujipto (Yogyakarta) hanya terpisah jarak dengan 30 minit penerbangan. Contohnya, lihat pada promosi di atas, tiket penerbangan KL ke Yogyakarta berharga RM79 berbanding KL ke Solo RM59. Kos di antara Solo ke Jogja pula adalah serendah RP10ribu (RM4).
Jadi penting untuk korang tahu jarak di antara lapangan-lapangan terbang mengikut destinasi. Kemudian, pilihlah promosi yang sesuai dan paling penting, menjimatkan.
Clear Cookies di Browser
Clear kan terlebih dahulu cookies pada handphone, laptop atau PC sebelum melayari laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan menganggap korang dah tengok website mereka berulang kali.
Justeru sistem tempahan akan menetapkan harga yang sama walaupun korang dah masuk website tersebut berulang kali. Kadang-kadang, harga lebih tinggi pun ada. So, amalkan tabuat clear cookies ini pada pelayar interne
Perlu Rajin Buat Perbandingan Harga
Kalau nak murah, perlu rajin sikit. Jangan malas untuk bandingkan harga tiket di laman web yang lain. Jangan terkejut kalau korang terjumpa harga tiket yang jauh lebih murah daripad a syarikat penerbangan yang sama. Antara laman web yang kerap digunakan untuk travel adalah:
- Skyscanner
- CheapFlight
- Momondo
- Kayak
- Google Flight
- Ita Software
Kejar Harga Bukan Destinasi
Teringin sangat nak pergi Jepun kan, tapi harga tiket ke Tokyo (RM329) manakala Osaka (RM299). Jadi kenapa perlu pilih Tokyo saja sebab destinasi penerbangan mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Jadi buatlah pilihan dengan bijak.
Jadi Pelanggan Setia
Orang yang setia akan selalu ada ganjarannya. Hihi! Kesetiaan kepada sesebuah syarikat penerbangan pastinya akan lebih berbaloi apabila kita mendapat ganjaran atau reward, keistimewaan penumpang dan lain-lain.
Tiket Sehala / One-Way Ticket
Apabila dah menempah tiket syarikat penerbangan mesti tahu yang kita akan pulang. Waktu inilah mereka nak dapatkan keuntungan lebih banyak. Jadi untuk mengaburi mata mereka, tempah promosi satu arah dan untuk tiket penerbangan balik, buatlah selepas itu.
Mudah sahaja kan nak beli tiket flight murah. Yang penting kena tahu teknik dan juga cara untuk dapatkan harga murah tersebut. Kalau di Malaysia ni memang antara tiket paling murah adalah daripada syarikat tambang murah Airasia. Kalau korang belum daftar lagi jadi ahli member Airasia ni lebih baik buat dulu sebab dapat kumpul mata ganjaran dan nanti boleh tebus untuk diskaun dan sebagainya. Nak daftar jadi member Airasia boleh klik di SINI.