Cara Mudah

3 Tips Hilangkan Bau Petai Selepas Makan & Kelebihan Makan Petai

Tips Hilangkan Bau Petai & Kelebihan Makan Petai

Bau petai lebih kita ketahui berbanding dengan khasiat yang terdapat pada petai. Ramai yang mengelak dari memakan petai kerana tidak senang dengan baunya, apatah lagi bau mulut dan tandas setelah makan petai. Namun begitu, petai atau nama saintifiknya parkia speciosa mengandungi banyak khasiat yang memberi kelebihan kepada sesiapa yang memakannya. Korang tau tak apa kandungan nutrisi dalam petai?

Dalam 100 gram petai, terkandung pelbagai nutrisi seperti berikut:

  • Kalori: 91 kcal
  • Thiamin: 0.28mg
  • Protein: 6g
  • Karbohidrat: 13.2g
  • Lemak: 1.6g
  • Serat: 2g
  • Kalsium: 108mg
  • Fosforus: 115mg
  • Zat Besi: 2.2mg
  • Magnesium: 29mg
  • Kalium: 341mg
  • Mangan: 42ppm
  • Zink: 8.2 ppm
  • Kuprum: 36.7ppm

Selain itu, petai juga mengandung vitamin C, B1, B2, B3, dan E serta beberapa antioksidan seperti flavonoid dan fenolik.

Tips Hilangkan Bau Petai & Kelebihan Makan Petai

Kelebihan Kandungan Khasiat Petai Bagi Mereka Yang Memakannya

Sumber Gambar Youtube Feroz Abu Nasir

1. Petai Mampu Mengurangkan Stress

Protein yang terdapat di dalam petai dikenali sebagai trytophan. Protein ini sekiranya dihadam akan bertukar kepada serotonin di mana semakin tinggi taraf hormon serotonin seseorang, semakin meningkat emosi seterusnya memberi rasa selesa, senang dan gembira. Hal ini juga disokong oleh satu kajian yang dijalankan terhadap tikus makmal mempunyai kadar serotonin lebih tinggi setelah diberikan ekstrak biji petai, juga satu tinjauan terhadap mereka yang mengalami tekanan berasa lebih baik setelah makan biji petai. Protein trytophan dalam petai juga mampu memperbaik mood seseorang dan meningkatkan kualiti tidur.

2. Paras Gula Dalam Darah Boleh Diturunkan Dengan Petai

Sumber Gambar Scientific Animation

Mereka yang mempunyai penyakit kencing manis atau dalam terma saintifiknya hyperglycemia di mana mempunyai kandungan gula(glukos) yang tinggi dalam darah sangat sesuai dicadangkan untuk makan petai. Kajian menunnjukkan biji petai mampu menurunkan kadar gula dalam darah kerana mempunyai aktiviti hypoglisemik dan mengandungi sterol teumbuhan(β-sitosterol dan stigmasterol). 57% paras gula dalam darah mampu diturunkan dengan pengambilan sebanyak 0.4g/kgBW biji petai.

3. Bermanfaat Untuk Kesihatan dan Fungsi Jantung

Kandungan kalium yang tinggi namun rendah garam dalam petai mampu mengawal keseimbangan air dalam badan dan bermanfaat untuk kesihatan dan fungsi jantung dengan menurunkan tekanan darah tinggi sekaligus mengurangkan risiko serangan penyakit jantung. Selain kalium, antioksidan yang tinggi juga omega-3 dan omega-6 terdapat dalam petai baik untuk kesihatan jantung. Hal ini juga disokong oleh satu kajian yang dijalankan terhadap tikus makmal yang mempunyai kesan perlindungan kardio setelah diberikan ekstrak biji petai.

4. Mampu Mencegah Anemia

Anemia ialah situasi di mana seseorang itu mempunyai paras sel darah merah yang rendah dalam tubuh badan. Khasiat atau nutrisi yang diperlukan untuk meningkatkan rangsangan pembentukan hemoglobin(sel darah merah) dalam darah ialah zat besi, di mana bahan ini juga terdapat di dalam biji petai. Selain dari mendapatkan sumber zat besi dari suplemen, korang juga boleh dapatkan khasiat zat besi secara semulajadi cukup hanya dengan makan petai. Kajian yang sama sebelumnya juga menunjukkan peningkatan sel darah merah dalam tikus makmal yang diberikan ekstrak biji petai.

5. Antioksidan yang Tinggi dan Baik Untuk Membantu Pembentukan Tulang dan Gigi

Badan kita memerlukan sumber antioksidan bagi melawan radikal bebas. Petai mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi seperti polifenol, flavonoid, vitamin A dan vitamin C selain gas hydrogen sulfida terhasil dari kandungan sulfur dalam biji petai.Terdapat banyak manfaat antioksidan yang tinggi ini termasuklah baik untuk kesihatan jantung, penjagaan mata dan kecantikan kulit.

Kandungan kalsium dan fosforus yang tinggi dalam petai juga baik untuk pembentukan tulang dan gigi serta mampu mengurangkan risiko osteoporosis (kerapuhan tulang) dari berlaku.

petai

Sumber Gambar Twitter @KKMPutrajaya

 

3 Tips Hilangkan Bau Petai Selepas Makan

Sumber Gambar KlikDokter

Petai dan bau itu berpisah tiada dan sangat sinonim. Kebiasannya mulut dan air kencing mereka yang memakannya akan mempunyai bau tengik yang agak kuat. Ini diakibatkan satu bahan terkandung dalam petai yang disebut cyclic polysulfides. Namun begitu, terdapat beberapa cara yang korang boleh ikut untuk menghilangkan bau petai selepas makan. 3 tips ini akan sangat membantu untuk korang terutamanya penggemar petai:

1. Hilangkan Bau Mulut Selepas Makan Petai

Bau mulut selepas makan petai ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan namun dapat dihilangkan. Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan untuk mengambil air kopi, teh tanpa gula, berkumur dengan air garam atau mengunyah beras bagi menghilangkan bau mulut selepas makan petai. Selain itu, petua orang lama juga bau mulut setelah makan petai boleh dihilangkan dengan mengunyah terung mentah.

2. Guna Serbuk Kopi Hilangkan Bau Petai

Tandas rumah mereka yang gemar makan petai tidak akan terlepas dari berbau kerana petai mampu menjadikan air kencing mereka yang memakannya berbau tengik. Namun perkara ini boleh diatasi dengan menggunakan serbuk kopi. Kalau tandas rumah korang berbau petai, korang boleh taburkan serbuk kopi di lantai dan mangkuk tandas dan biarkan seketika. Serbuk kopi akan bertindak sebagai penyahbau minyak aromatic yang terdapat pada serbuk kopi mampu menghilangkan bau petai pada mangkuk tandas korang.

3. Petua Lama Gunakan Terung Mentah

Menurut petua orang tua, selain mampu menghilangkan bau mulut selepas makan petai, terung mentah juga mampu menghilang bau petai di tandas. Caranya ialah meletakkan 2-3 biji terung di lantai tandas semalaman dan baunya akan hilang pada esok pagi.

 

Walaupun petai itu berbau, namun khasiat dan manfaat yang korang boleh dapat dari makan petai jauh lebih besar. Usah risau dengan bau petai lagi dengan adanya 3 tips tadi. Kelebihan makan petai korang boleh dapat, bau selepas makan petai korang boleh buang. Selamat mencuba!

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button