RumahCara Mudah

Fridge Bau Busuk Contohnya Letak Durian? Ini Tips Hilangkan Bau Busuk Peti Sejuk Tanpa Perlu Cuci Semuanya

Tips Hilangkan Bau Busuk Peti Sejuk Yang Busuk

Apa tips hilangkan bau busuk peti sejuk? Pernah tak lepas je buka pintu peti sejuk, muka korang akan berkerut sebab bau hapak dan busuk yang datang daripada dalam peti sejuk tu. Ada banyak sebab kenapa benda ni terjadi. Boleh jadi sebab peti sejuk tu disumbat dengan terlalu banyak makanan, jadi semua bau makanan tu bercampur-campur. Atau ada makanan yang dah basi, atau boleh jadi juga disebabkan peti sejuk yang terlalu lembap kerana kondensasi yang menghasilkan bau hapak. Kalau tak pun korang baru letak makanan yang kuat bau seperti buah durian ataupun kuini. 

Tips Hilangkan Bau Busuk Peti Sejuk

Kalau korang sedang mengalami masalah ni, jangan risau, ada cara mudah yang boleh dibuat untuk elakkan peti sejuk daripada berbau, tanpa merosakkan makanan di dalamnya atau tanpa perlu bersih dan cucikan kesemua peti sejuk tu. Ikut je 5 tips di bawah ni, mesti bau hapak dan busuk dari peti sejuk akan hilang!

1. Serbuk Penaik

Sumber Gambar Teha Dessert

Cara yang paling senang korang boleh buat adalah dengan meletakkan serbuk penaik ke dalam piring dan letakkan piring tersebut ke dalam peti sejuk. Serbuk penaik yang terdedah ni akan menyerap segala bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk.

2. Cuka 

Sumber Gambar Anim Hosnan

Cuka makanan juga boleh digunakan untuk buang bau-bauan dari peti sejuk. Gunakan cara yang sama dengan serbuk penaik: iaitu dengan menuang sedikit cuka ke dalam mangkuk kecil dan diletakkan ke dalam peti sejuk. Kalau nak bagi lagi wangi atau kurang suka bau cuka, korang boleh perahkan sebiji lemon ke dalam mangkuk berisi cuka tadi.

3. Biji atau Serbuk Kopi

Sumber Gambar Mae Mu//UNSPLASH

Bagi yang setiap pagi sukakan bau kopi yang baru dibru, korang boleh cuba cara ni. Letakkan beberapa biji kopi ke dalam mangkuk dan mangkuk tu diletakkan di dalam peti sejuk. Biji kopi tu akan menyerap segala bau yang kurang menyenangkan dan peti sejuk korang akan bau segar seperti kopi! Kalau tak ada biji kopi, korang boleh gantikan dengan serbuk kopi atau serbuk teh. Hasilnya pun akan lebih kurang sama.

4. Arang 

Sumber Gambar Vanilla Kismis

Antara sebab bau peti sejuk adalah kerana lebihan kondensasi yang mungkin disebabkan termostat peti sejuk dah rosak atau diset terlalu rendah. Untuk mengatasi masalah ni, korang boleh letakkan beberapa ketul arang di dalam peti sejuk. Arang terkenal dengan sifatnya sebagai dehumidifier dan ia akan menyerap lebihan cecair di udara. Tak adalah peti sejuk korang berbau hapak lagi!

5. Esen Vanila

Esen vanila ni bukan je orang letak dekat kek untuk kasi wangi dan sedap, tapi korang juga boleh buang bau hapak dalam peti sejuk dengan cara titiskan esen vanila di setiap ‘tingkat’ peti sejuk, dan tak ada lagi bau yang kurang menyenangkan!

Selain daripada tips hilangkan bau busuk peti sejuk di atas ni, ada je cara lain untuk buang bau busuk dari peti sejuk. Dalam sebulan, korang boleh khaskan satu hari untuk bersihkan peti sejuk. Sambil lap-lap peti sejuk tu, bolehlah korang tengok makanan apa yang dah tamat tempoh, bahan dapur apa yang dah kurang. Barulah peti sejuk akan kekal bersih dan segar. Korang kena tahu, proses ni sangat penting supaya tak ada bakteria yang merebak dalam peti sejuk, memandangkan peti sejuk ni boleh jadi ‘rumah’ yang paling selesa untuk bakteria hidup. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button