Tips JimatRumah

Pakai Aircond Pun Bil Boleh Murah Kalau Tahu Cara Betul. Ini Tips Jimat Guna Aircond

Tips Jimat Guna Aircond Dengan Betul

Zaman sekarang ni memang setiap rumah dah ada aircond atau pendingin hawa tapi tak ramai tahu tips jimat guna aircond. Orang kata bila pasang aircond ni siap sedia lah bil elektrik rumah akan melambung naik. Lagi-lagi dekat Malaysia ni yang cuaca selalu panas terik memang kadang tu sampai 24 jam buka aircond kan. Takkan lah bulan-bulan nak bayar sampai beratus-ratus ringgit kan. Mesti ada cara nak pakai aircond tapi jimat duit.

Ya sebenarnya memang ada cara atau tips nak pakai aircond tapi jimat duit atau tak bayar bil mahal. Teknik ini telah pun dibuat oleh orang ramai dan ternyata berjaya membantu mereka mengurangkan kos bil elektrik walaupun menggunakan pendingin hawa. Memang betul aircond ni antara perkakas elektrik yang paling banyak menggunakan elektrik. Jadi sebab itu lah kita kena tahu cara nak jimatkan penggunaan elektrik ini.

Tips Jimat Guna Aircond Dengan Betul

1. Beli Aircond Ikut Saiz Ruang! Kalau Tak Bil Mahal Nanti

Perkara paling penting sebelum memasang aircond di rumah adalah dengan memilih atau membeli aircond dengan kapasiti (horsepower) yang sesuai mengikut saiz ruang yang ingin dipasang. Ini kerana kapasiti pendingin hawa yang rendah daripada sepatutnya untuk saiz bilik yang lebih besar mungkin tidak akan cukup untuk menyejukkan ruang tersebut. Malah aircond akan bekerja lebih keras untuk mencapai suhu yang dikehendaki lalu menyebabkan bil elektrik jadi lebih mahal.

Justeru kapasiti aircond (HP) mengikut saiz bilik mengikut anggaran adalah seperti berikut:

  • Saiz Bilik 4 x 4 m = 1.0 HP atau 1.5 HP
  • Saiz Bilik 4.5 x 5 m = 1.5 HP atau 2.0 HP
  • Saiz Bilik 5.5 x 5.5 m = 2.0 HP atau 2.5 HP
  • Saiz Bilik 6.5 x 6.5 m = 2.5 HP atau 3.0 HP

2. Tutup Suis Utama. Baru Elektrik Tak Jalan

Yang ini mungkin kebanyakan kita tak buat iaitu tutup suis utama setiap kali aircond tidak digunakan lagi. Kita ingat kalau tutup atau tekan butang off dekat remote control tu je dah cukup kan. Dengan menutup suis utama ini mungkin nampak seperti tiada beza, tapi tahukah kalau dengan buat sebegini, sebanyak 10% daripada jumlah penggunaan elektrik di rumah dapat dijimatkan. Walaupun telah menutup menggunakan alat kawalan jauh, tenaga bagi siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa kita sedari.

 

3. Tetapkan Suhu Dengan Cara Betul

Ini pula perkara yang paling susah ramai nak buat. Ye lah bila pasang aircond semua memang nak sejuk cepat, jadi bila panas je terus hidupkan aircond dengan suhu paling rendah lepastu sampai ke sudah suhunya sama sahaja. Sebenarnya masa memulakan penggunaan bolehlah letakkan suhu pada kadar terendah seperti 16 darjah celcius tetapi selepas 30 hingga 45 minit boleh naikkan suhu kepada tetapan suhu ideal. Lagi bagus kalau dapat terus tetapkan pada suhu ideal iaitu:

  • Suhu Ideal : Antara 22 ° C hingga 25 ° C

Suhu ideal ini penting untuk keselesaan dan kecekapan tenaga rumah. Apabila kita naikkan suhu kepada suhu ideal, waktu cut off akan dipercepat. Justeru ia akan memanjangkan interval untuk kompresor ‘mula bekerja’ semula.

 

4. Jangan Selalu On dan Off

Untuk yang tak tahu lagi perkara ni mesti dulu selalu buat kan? Ye lah bila dah panas sangat terus buka aircond kuat-kuat lepastu bila dah ingat bil elektrik mahal terus tutup. Lepastu panas balik buka lagi semula aircond. Ini sebenarnya cara penggunaan yang tidak betul kerana aircond akan menggunakan elektrik yang kuat semasa dihidupkan. Maka kalau selalu on dan off kan sahaja sebenarnya akan lebih kuat penggunaan elektrik.

 

5. Set Timer atau Pamasa. Baru Tak Membazir

Kebanyakan atau hampir semua aircond sekarang dilengkapi fungi (timer) pemasa atau sleep mode. Ianya bagus kerana boleh mematikan aircond korang secara automatik selepas beberapa jam seperti yang telah ditetapkan.

Fungsi ini sangat berguna apabila kita sedang tidur di waktu malam. Lazimnya apabila waktu malam kita sering tidur dan bila dah pukul 3 pagi ke atas tu sememangnya keadaan dah jadi sejuk dan tak perlu lagi menggunakan aircond tetapi boleh gunakan kipas sahaja. Ketika tidur juga sebenarnya suhu badan kita menurun dan pada masa itu kita tak perlukan persekitaran yang sejuk. Daripada kita menggigil dan perlu tarik selimut sebab kesejukan, lebih baik kita matikan sahaja aircond dan dapat jimat elektrik lagi!

 

6. Pastikan Penapis Bersih dan Servis Ikut Jadual!

Yang ini mungkin ramai terlepas pandang sebab benda tu kita tak nampak sangat kalau tak dibuka. Penapis atau filter aircond ini perlu sentiasa bersih kerana jika ianya kotor, kecekapan pendigin hawa ini akan berkurang. Ianya akan melambatkan aliran udara dan menyebabkan aircond bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak tenaga justeru bil elektrik juga akan naik!

Lebih elok lakukan servis atau penyelenggaraan mengikut jadual yang diberikan oleh pembekal perkhidmatan korang. Jika tidak diselenggara dengan baik, ia akan menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan juga jangka hayat menjadi lebih pendek atau cepat rosak. Buatlah servis sekurang-kurangnya setahun sekali agar aircond kekal cekap tenaga dan juga sejuk.

 

Mudah je kan tips jimat guna aircond yang perlu korang buat untuk pastikan bil elektrik tak mahal. Yang lagi penting korang pun kekal sejuk dan juga aircond tahan lebih lama. Jimat duit tak perlu beli baru beberapa tahun kan. Kalau dah pasang aircond juga tapi rumah korang masih panas, mungkin boleh cuba tips sejukkan rumah. Boleh baca lanjut di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button