KenderaanCara Mudah

Kereta Lama Tak Gerak? Elak Kereta Rosak Dengan Ikuti Tips Penjagaan Kereta Wajib Tahu Ini

Tips Kereta Lama Tidak Bergerak

Penjagaan kereta

Sumber Gambar Otonomo

Penjagaan kereta lama tak gerak sepanjang PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) yang masih belum nampak bila di mana penghujungnya ini masih perlu kita lakukan. Pasti timbul beberapa persoalan, kalau kereta jarang bergerak adakah masih perlu diservis? Kalau perlu bagaimana cara penjagaan kereta yang jarang bergerak masa PKP ni?

Korang jangan risau, ini 5 tips penjagaan kereta yang korang wajib ikut kalau nak elak kerosakan kereta walaupun jarang bergerak masa PKP:

Tips Kereta Lama Tak Gerak Agar Boleh Pakai Lagi Dan Tak Rosak

1. Pastikan Bateri Kereta Dalam Keadaan Baik. Bateri Rosak, Kereta Nak Hidup Pun Tak Jalan!

Sumber Gambar Mach1 Services

Korang yang mempunyai kereta wajib tahu bahawa bateri sangat penting fungsinya ketika nak menghidupkan kereta dengan memberikan kuasa kepada starter motor kereta.  Kalau bateri kereta rosak atau lemah, korang akan menghadapi kesukaran untuk menghidupkan kereta.

Walaupun kereta korang tak bergerak, sistem elektronik kereta korang termasuklah jam dan radio masih menggunakan kuasa batteri. Bila kereta korang lama tak dihidupkan, alternator korang tidak akan mengecaj bateri kereta yang menyebabkan caj atau tenaga yang disimpan bateri korang terus berkurangan sertiap hari.

Cara penjagaan bateri bila kereta korang jarang dihidupkan ada dua:

  • Tanggalkan kabel bateri kereta dengan menggunakan spanar bersaiz sesuai supaya caj atau tenaga dalam bateri tidak terus mengalir digunakan sistem elektronik kereta
  • Hidupkan enjin kereta kereta sekurang-kurangnya dua hari sekali dan biarkan melahu(idle) selama lebih kurang 10 minit supaya alternator kereta dapat mengecaj bateri bagi mengelakkan caj di dalam bateri berkurangan.

2. Periksa Tekanan Angin Tayar. Jangan Hairan Tayar Kempis Sedangkan Kereta Jarang Bergerak.

Sumber Gambar NRMA

Korang pernah tak alami tayar kereta kempis bila kereta korang parkir terlalu lama di sesuatu tempat sedangkan tiada kebocoran pada tayar? Ini perkara biasa sebenarnya di mana angin dalam tayar akan perlahan-lahan keluar kerana tidak berputar jika kereta tidak bergerak dan parkir cuma pada satu tempat terlalu lama.

Memeriksa tekanan angin pada tayar kereta juga merupakan salah satu penjagaan kereta korang wajib buat bagi memastikan tayar kereta korang tahan lama dan pengendalian kereta sentiasa dalam keadaan baik. Jika tekanannya kurang, pam tayar kereta korang atau jika hendak pam pada tekanan yang tepat, bawa kereta korang ke mana-mana stesen minyak terdekat untuk menggunakan pam angin di situ. Nak tahu cara pam tayar kereta dengan betul? Baca DI SINI.

3. Memastikan Kebersihan Badan Kereta Juga Penjagaan Kereta Yang Wajib Kita Ambil Tahu!

Sumber Gambar RAC

Walaupun kereta korang jarang bergerak atau digunakan, kebersihan badan kereta sepoatutnya masih tetap dijaga sama ada kereta korang diparkir di ruang berbumbung, lebih-lebih lagi di ruang terbuka.

Ini untuk memastikan  tiada kekotoran seperti debu dan terutamanya tahi burung yang pada badan kereta. Kotoran seperti ini bukan sahaja boleh merosakkan cat kereta malah turut boleh merosakkan badan dan cermin kereta korang. Nak tahu tips untuk cuci kereta dengan betul? Klik DI SINI

4. Servis Minyak Enjin Kereta Secara Berkala. Kalau Masih Dalam Warranty, Ikut Jadual Servis Yang Diberi.

Sumber Gambar JMMotorServices

Tips penjagaan kereta seterusnya ialah servis minyak enjin kereta atau selalu kita sebut sebagai minyak hitam di mana aspek ini bergantung kepada dua keadaan iaitu:

  • Kereta Masih Dalam Warranty
  • Kereta Sudah Habis Warranty

Kereta Masih Dalam Warranty

Kalau kereta korang masih dalam warranty, adalah paling eloknya jika kita servis minyak enjin mengikut jadual yang diberikan pengeluar kereta, contoh seperti jadual servis kereta Perodua Alza di bawah:

Sumber Gambar Paul Tan

Jadi walaupun mileage kereta korang masih sedikit tetapi sudah sampai tempoh sepatutnya diservis, contohnya 3 atau 6 bulan, hantar sahaja kereta untuk diservis minyak enjinnya. Ini adalah untuk memastikan warranty kereta korang tidak terbatal sekiranya berlaku apa-apa.

Kereta Sudah Habis Warranty

Bagi kereta yang sudah habis warranty, selalunya kereta yang sudah agak berusia, korang boleh periksa sendiri keadaan minyak enjin korang sama ada perlu diservis atau tidak.

Sumber Gambar Motoqar

Gunakan dipstick, yang terletak pada enjin kereta untuk memeriksa:

  • Kuantiti minyak enjin dalam enjin sentiasa mencukupi – jika berkurang harus ditambah
  • Warna minyak enjin – jika terlalu hitam wajib ditukar

Jika kereta tidak banyak bergerak dan keadaan minyak enjin masih dalam keadaan baik, maka bolehlah kita tangguhkan sedikit servis minyak enjin kereta kita menjadi setiap 4 atau 7 bulan di samping dapat menjimatkan wang dan mengurangkan pembaziran minyak enjin.

5. Pastikan Aliran Udara Kereta Baik. Mungkin Nampak Kecil, Tapi Aspek Penjagaan Kereta Ini Wajib Kena Buat!

Sumber Gambar Every Pixel

Apabila kereta kita jarang bergerak, antara aspek penjagaan kereta yang kita mudah terlepas pandang ialah memastikan kereta kita mempunyai pengaliran udara yang baik. Perkara ini penting kerana bagi memastikan:

a) Kereta Tidak Berbau Busuk

Kereta yang tidak mempunyai pengaliran udara yang baik akan mudah berbau hapak akibat lembapan udara yang tidak mengalir keluar dari kereta. Kalau ada serangga atau binatang mati pada laluan pendingin hawa pasti akan membusukkan lagi bau di dalam kabin bila kita hidupkan kereta nanti.

b) Mengelakkan Pembiakan Kulat Di Dalam Kereta

Jika kereta tidak mempunyai pengaliran udara yang baik, udara lembap yang terperangkap di dalam kabin kereta boleh menyebabkan pembiakan kulat berlaku terutamanya pada cermin kereta.

Untuk memastikan kereta kita mempunyai pengudaraan yang baik, ketika kita hidupkan kereta untuk menjaga bateri tadi, hidupkan pendingin hawa dan buka tingkap kereta selama 10 ke 15 minit bagi memastikan pengaliran udara masuk dan keluar dari kereta mencukupi.

Bila kita mempunyai kereta, penjagaan kereta itu kita tak boleh nak lupakan, walaupun masa PKP, di mana kereta kita jarang bergerak. Jangan disebabkan kemalasan kita, kelak terpaksa membayar kos yang lagi besar untuk membaiki kerosakan pada kereta kita kelak. Nak tahu kerosakan kereta yang sering berlaku dan anggaran kosnya agar tidak ditipu boleh baca di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button