KewanganCara Mudah

Perkara Penting Pajak Gadai & Kelebihan Ar-Rahnu Yang Ramai Masih Tak Tahu. Boleh Dapat Duit Pinjaman Bercagar Segera

Cara Mudah Pajak Gadai Dengan Selamat

Apa tips pajak gadai yang betul sebelum nak buat? Sekarang ni semua dah terdesak kan, ye lah Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 masih dijalankan sebab kes COVID19 masih tinggi. Bantuan kerajaan pun kadang cukup makan je kalau nak teruskan hidup macam tak cukup. Jadi terpaksa ikhtiar cara lain antaranya adalah pajak gadai.

Bila sebut pajak gadai je mesti orang akan fikir pasal emas atau barang kemas yang korang ada. Lepastu bawa emas tu ke kedai pajak gadai dan gadaikan barang kemas tu untuk mendapatkan wang tunai. Itu yang ramai tahu lah kan? Sebenarnya banyak lagi perkara penting tentang pajak gadai yang korang perlu tahu.

Perkara Penting Pajak Gadai Yang Wajib Diketahui

Jadi sebelum kita cerita pasal tips penting pajak gadai, elok kita faham dahulu apa sebenarnya definisi pajak gadai.

Apa itu Pajak Gadai?

Pajak gadai adalah di mana kedai-kedai pajak gadai akan memnberi pinjaman wang tunai ke atas barang gadaian untuk tempoh enam bulan dengan faedah 2% sebulan.

Apakah Barang Yang Boleh Digadai?

Terdapat beberapa barangan peribadi yang boleh digadai seperti:

  • Barang Kemas
  • Pen Berjenama
  • Jam Berjenama

Sumber Gambar Facebook

Contoh barangan yang tidak boleh digadai pula adalah:

  • Komputer Riba (Laptop)
  • Telefon Bimbit

Adakah Sah Aktivit Pajak Gadai? 

Ya dari segi undang-undang terdapat Akta Pajak Gadai 1972 yang telah diluluskan bagi menyeragamkan undang-undang tentant pajak gadai bagi seluruh negara.

Berapa Pinjaman Maksimum?

Menurut Akta Pemegang Pajak Gadai 1972, tahap pinjaman maksimum yang boleh diperolehi daripada Pajak Gadai adalah tidak lebih RM10,000

Syarat Pajak Gadai 

Menurut Akta Pajak Gadai 1972, terdapat beberapa syarat bagi perniagaan tersebut:

  • Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berumur dibawah 18 tahun.
  • Tidak boleh menerima apa-apa barang antara pukul 6 petang dengan 8 pagi. Tiada boleh mengadakan urusan perniagaan pada waktu tersebut.
  • Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berada dalam keadaan mabuk atau tidak sempurna akal.
  • Tidak boleh menyimpan apa-apa barangan yang mempunyai tanda-tanda hakmilik kerajaan ataupun kerajaan negeri.
  • Apa-apa barangan disyaki “dicuri daripada pemilik asalnya”

 Cara Untuk Gadai Di Pajak Gadai

Berikut adalah beberapa langkah untuk mengadai di kedai pajak gadai:

  1. Pemajak gadai perlulah membawa barangan gadaian ke tempat pajak gadai tersebut bagi membuat pinjaman.
  2. Pemegang pajak gadai hendaklah mencatatkan butir-butir atau keterangan transaksi pemajakgadaian dalam buku dan mengeluarkan surat pajak gadai.

Sumber Gambar Gemilangdaily

Hukum Pajak Gadai 

Menurut Jabatan Mufti Perak, hukum menggadaikan barangan yang berharga seperti emas di kedai pajak gadai adalah harus bagi memenuhi keperluan manusia yang berada dalam keadaan terdesak.

Walau bagaimanapun, adalah menjadi kewajipan sebagai umat Islam untuk menyelesaikan urusan gadaian di kedai pajak gadai Islam dahulu yang dikenali sebagai Ar-Rahnu

Kelebihan Ar-Rahnu Berbanding Pajak Gadai Konvensional

Antara beberapa kelebihan Ar-Rahnu berbanding kedai pajak gadai adalah:

  1. Tidak mengenakan kadar faedah (unsur riba)
  2. Nilai gadaian tidak merosot
  3. Wang lebih gadaian dipulangkan
  4. Barang kemas yang disimpan selamat
  5. Caj perkhidmatan yang rendah
  6. Tiada unsur penipuan semasa membuat timbangan
  7. Tempoh membayar balik yang munasabah
  8. Pemberian notis kepada penggadai tentang upacara lelongan
  9. Memberi nilai gadaian yang sepatutnya.

Sedikit sebanyak dah tahu cara untuk pajak gadai dan juga kelebihan untuk memilih Ar-rahnu. Semoga perkongsian ini dapat membantu golongan yang memerlukan dan dipermudahkan urusan semua orang dalam situasi keadaan ekonomi yang mencabar dan tertekan ini. Kalau korang nak tahu cara buat bisnes sampingan boleh baca di SINI

Sumber: NCCC , Arrahnu

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button