Disclaimer

DISCLAIMER | PENAFIAN

Polisi Penafian

Laman web mysumber.tv tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga. Mysumber TV juga tidak menyimpan sebarang maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda ke laman web mysumber.tv bagi digunakan selain untuk menganalisis prestasi kandungan melalui penggunaan kuki (cookies). Anda boleh menyahaktifkan penggunaan kuki ini pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet di telefon atau komputer anda. Anda bersetuju untuk membenarkan Mysumber TV menggunakan dan menyimpan kuki ini sekiranya anda tidak berbuat demikian.

Mysumber TV tidak memiliki sebarang hak eksklusif terhadap semua imej gambar dan video yang diterbitkan. Segala sumber yang digunakan untuk membuat artikel kami akan diberikan kredit beserta pautan asal. Namun terdapat sesetengah sumber yang tidak diberi kredit kerana diterima daripada sumber awanama menerusi emel dan kiriman daripada pembaca.

Sekiranya anda memiliki sebarang hak cipta terhadap mana-mana bahan seperti gambar, video atau data dan anda ingin kami memadamkannya daripada laman web ini, boleh terus menghubungi kami untuk menuntut hak cipta anda. Seterusnya kami akan memberikan kredit terhadap sumber yang sepatutnya ataupun sekiranya diperlukan, kami akan memadamkan terus kandungan tersebut.

Penggunaan Maklumat

Sila ambil maklum bahawa anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web mysumber.tv di atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kerugian atau kemalangan yang tidak dijangka semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini adalah atas tanggungan anda sendiri.

Pihak Mysumber TV sentiasa berusaha memberikan dan menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya. Walau bagaimanapun, sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian adalah tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Pemilik tidak bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan yang terdapat di laman web ini di mana-mana laman web lain atau media tanpa kebenaran.

Kali terakhir dikemaskini adalah pada 10 Oktober 2020. Ianya mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis.

Back to top button