KenderaanPermohonan

Tak Perlu Beratur Di JPJ, Guna Kiosk JPJ Je 5 Minit Siap. Ini Lokasinya

Cara Mudah Buat Urusan JPJ Menggunakan Kiosk JPJ & Lokasi Kiosk JPJ

Mungkin ramai lagi yang tak tahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga ada menyediakan Kiosk JPJ untuk kemudahan orang ramai. Kiosk adalah sebuah kaunter layan diri yang boleh digunakan tanpa memerlukan seseorang itu beratur dan mengambil nombor untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter. Jadi tak perlulah kita beratur dan menunggu lama untuk mendapatkan giliran bagi servis di kaunter.

Apa yang menariknya lagi kiosk JPJ ni boleh digunakan walaupun kaunter telah ditutup, contohnya di luar waktu operasi kaunter seperti di UTC. Hal ini amat memudahkan kita yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk ke JPJ. Jadi selepas waktu bekerja pun kita boleh selesaikan urusan JPJ dengan menggunakan kiosk JPJ ni. Tak perlu lah lagi nak ambil waktu cuti semata-mata untuk buat urusan dengan JPJ.

Lokasi Kiosk JPJ & Jenis Perkhidmatan Kiosk JPJ

Jadi mesti ramai nak tahu perkhidmatan apa yang disediakan di Kiosk JPJ dan di manakah lokasi Kiosk JPJ yang ada kan? Boleh rujuk panduan lanjut berikut:

Jenis Perkhidmatan Kiosk Layan Diri JPJ

Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa jenis perkhimatan yang disediakan di Kiosk JPJ, namun ianya bergantung kepada jenis mesin yang terdapat di lokasi tersebut. Antaranya adalah:

  • Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) (Roadtax / Cukai Jalan)
    • Kenderaan Persendirian Sahaja
  • Cetakan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan)
    • Kenderaan Persendirian Sahaja
  • Salinan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan)
    • Kenderaan Persendirian Sahaja
  • Cetakan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
    • Pendaftaran Atas Talian
  • Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
    • Pendaftaran Atas Talian
  • Semakan dan Pembayaran Saman JPJ
  • Pertanyaan Maklumat Kenderaan
  • Pertanyaan Maklumat Lesen memandu
  • Pentanyaan Maklumat Insuran Kenderaan
  • Pertanyaan Maklumat Lesen Memandu

 

Lokasi Kiosk JPJ

Menurut JPJ, terdapat 51 kiosk telah disediakan mulai tahun 2015 dan telah ditempatkan di sekitar 36 lokasi seluruh Malaysia untuk memudahkan urusniaga pelanggan di cawangan JPJ dan UTC. Senarai terkini boleh dirujuk terus ke pihak JPJ. Berikut adalah antara senarai lokasi Kiosk JPJ:

Negeri

Cawangan

Alamat Pejabat

JohorJPJ Johor Bahru

Kompleks JPJ, Karung Berkunci, 714, Jalan Kencana Mas 1, Kawasan Perindustrian Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

Johor

JPJ Kluang

KM 10, Jalan Air Hitam-Kluang 86000 Kluang

Johor

JPJ Batu Pahat

KM 11 , Jalan Kluang Sri Gading, 83300 Batu Pahat

Johor

JPJ Muar

Jalan Sungai Abong,84009 Muar

Johor

UTC Johor

L3-UTC-18 Galleria @ Kotaraya,Jalan Trus, 80000 Johor Bahru,Johor Darul Ta’zim

Kuala Lumpur

JPJ WPKL, Wangsa Maju

Lot 14264,53300 Setapak

Kuala Lumpur

JPJ WPKL, Cheras

1, Jalan Sri Permaisuri 8, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

UTC Pudu Sentral

T2-5,  Pudu Sentral,50250 Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

UTC Sentul

T3-05, Kompleks Perniagaan dan Komuniti, Jalan 2/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

UTC Keramat

Mini UTC Keramat, Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur

Selangor

JPJ Shah Alam

Jalan Padang Jawa,40620 Shah Alam

Selangor

JPJ Bangi

Lot 139 Jalan 7/7C, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor

JPJ Banting

No 1 , Jalan Campakasari 2 42700 Banting

Selangor

JPJ Petaling Jaya

Jalan Sultan 46620 Petaling Jaya

Pahang

JPJ Kuantan

Kompleks JPJ, Jalan IM 14/10,Bandar Indera Mahkota,25200 Kuantan

Pahang

JPJ Raub

Km. 4, Jalan Cheroh, 27600 Raub

Pahang

JPJ Temerloh

Taman Perindustrian Temerloh,28400 Mentakab

Pahang

JPJ Bentong

Taman Datuk Shah Bandar Hussin, 28700 Bentong

Pahang

UTC Pahang

2-19, Bangunan UTC Pahang,Jalan Stadium,25200 Kuantan

Kelantan

JPJ Kota Bharu

Taman JPJ Panji, 16100 Kota Bahru

Melaka

JPJ Melaka Tengah

Kompleks JPJ, 75990 Melaka Tengah

Melaka

UTC Melaka

Tingkat 2, Wisma UTC, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka

Kedah

JPJ Alor Setar

 Jalan Suka Menanti, 05150 Alor Setar

Kedah

JPJ Sg. Petani

Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sungai Petani KM 6, Jalan Kuala Ketil 08000 Sungai Petani

Kedah

JPJ Kulim

Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kulim Lot 301 Jalan Sungai Ular 09000 Kulim

Kedah

UTC Sg. Petani

Aras 2, UTC Sungai Petani Jalan Petri 08000 Sungai Petani Kedah

P. Pinang

JPJ Seberang Prai

Bandar Seberang Jaya 13700 Seberang Perai

P. Pinang

JPJ  Batu Uban

Jalan Sultan Azlan Shah 10510 Pulau Pinang

N. Sembilan

JPJ Seremban

KM. 5.5, Jalan Seremban – Tampin, 70990 Seremban

Perlis

JPJ Arau

Jalan Jejawi Permatang 02600 Arau, Perlis

Terengganu

JPJ K. Terengganu

Jalan Kemajuan Bukit Kecil 21100 Kuala Terengganu

Perak

JPJ Ipoh

Jalan Kompleks Sukan 30620 Ipoh

Perak

JPJ Taiping

Jalan Kg. Dew  34700 Simpang

Perak

JPJ Manjung

Jalan Dato Seri Kamarudin 32040 Seri Manjung

Perak

UTC Ipoh

Off Jalan Dato’ Onn Jaafar 30300 Ipoh

Putrajaya

Bangunan Galeria

Unit 11, Aras Bawah Bangunan Komersil PJH, Persiaran Perdana, Presint 4 62100 Putrajaya

Putrajaya

Bangunan MOT

Lobi, Kementerian Pengangkutan Malaysia, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4 Putrajaya

 

Jadi lepasni dah tahu dekat mana lokasi Kiosk Layan Diri JPJ mudah lah nak selesaikan urusan JPJ seperti renew Roadtax, cetak geran kereta dan sebagainya. Kalau nak buat dahulu online di MySikap pun boleh lagi mudah, lepastu hanya perlu ambil sahaja di JPJ berdekatan yang dipilih. Boleh rujuk panduan lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button