RumahCara Mudah

Peti Sejuk Boleh Buat Jatuh Sakit! Ini 5 Cara Penggunaan Untuk Elak Bakteria Membiak dalam Peti Sejuk

Cara Guna Peti Sejuk Dengan Selamat Untuk Elak Bakteria Membiak

Percaya atau tak, peti sejuk ni tugas dia bukan untuk sejukkan bahan masakan korang je, tapi menurut pakar, ia juga boleh jadi lubuk untuk bakteria membiak kalau tak tahu cara elak bakteria membiak dalam peti sejuk. Walaupun tujuan asal peti sejuk adalah untuk melambatkan pembiakan bakteria, tapi kalau ia dilakukan dengan cara yang salah, bakteria akan membiak dengan cepat dan akan merosakkan makanan yang berada di dalam peti sejuk tu. Malah, kadang-kadang apa yang kita anggap hanya demam atau sakit perut biasa tu, sebenarnya adalah tanda-tanda keracunan makanan yang ringan, yang disebabkan oleh bakteria yang ada pada makanan.

Ada terdapat 2 jenis kuman atau bakteria yang membiak dalam peti sejuk, iaitu:

  • Bakteria penyebab jangkitan penyakit kepada manusia.
    • Antara bakteria yang boleh menyebabkan kita sakit adalah Salmonella yang selalu membiak pada telur dan susu.
    • Kalau seseorang tu memakan makanan yang mempunyai bakteria ni, selalunya diorang akan mengalami keracunan makanan ataupun lagi teruk, jangkitan usus.
  • Bakteria penyebab bau dan rasa makanan berubah.
    • Bakteria ni takkan membuatkan korang mendapat penyakit. Ia cuma mengubah rasa dan bau pada makanan.

5 Cara Gunakan Peti Ais Dengan Betul Untuk Elak Bakteria Membiak Dalam Peti Sejuk

Sebenarnya ada cara yang korang boleh lakukan untuk elakkan peti sejuk daripada menjadi tempat pembiakan bakteria ni. Apa yang korang perlu buat adalah:

1. Jangan Ubah-Ubah Suhu Peti Sejuk

Pastikan suhu peti sejuk berada kurang daripada 5 darjah Celcius, dan bahagian sejuk beku atau freezer pula -18 darjah Celcius dan suhu maksimumnya 0 darjah Celcius. Dan suhu ni mesti dikekalkan macam ni. Jangan gatal tangan nak tukar-tukar pula.

2. Elakkan daripada Selalu Buka-Tutup Pintu Peti Sejuk

Pintu peti sejuk tu jangan selalu dibuka-tutup sebab kalau korang buat macam ni, ia akan membuatkan suhu dalam peti sejuk ni tak stabil. Bila suhu tak stabil, bakteria pun jadi senang nak membiak.

3. Masukkan Makanan Basah ke Dalam Bekas

Sumber Gambar Mingguan Wanita

Ada beberapa jenis makanan yang menggalakkan pembiakan bakteria iaitu ayam, daging kambing, daging lembu, dan ikan. Air daripada protein ni adalah tempat subur untuk bakteria membiak. Jadi kalau air ni terkena sayur contohnya, dan sayur tu dimakan mentah pula, ia boleh membuatkan korang jatuh sakit.

Untuk mengelakkan benda ni dari terjadi, letakkan makanan basah di dalam bekas yang berpenutup supaya airnya tak mencemarkan makanan yang lain.

4. Bersihkan Peti Sejuk Sekali-Sekala

Kadang-kadang, korang sendiri tak perasan ada makanan yang dah basi atau tamat tarikh luput. Dan makanan-makanan nilah yang akan jadi tempat bakteria membiak. Jadi, dalam sebulan, ambil masa sehari untuk bersihkan dan kemas peti sejuk korang. Waktu ni korang bolehlah cek kalau ada makanan yang dah basi atau tamat tarikh luput untuk dibuang.

5. Nyahsejuk Beku Daging dalam Peti Sejuk

Sumber Gambar Says

Ramai orang kalau nak nyahsejuk beku daging yang baru dikeluarkan daripada freezer akan rendam dan biarkan untuk mencair dalam suhu bilik. Sebenarnya, cara ni adalah cara yang paling salah sebab bakteria akan lebih cepat membiak dalam suhu bilik dan pada permukaan yang lembab. Makin lama korang biarkan dalam suhu bilik, makin banyak bakteria yang membiak pada daging tu.

Kalau korang nak nyahsejuk bekukan daging, pindah je daripada bahagian freezer, kepada bahagian peti sejuk biasa bahagian bawah sekali, supaya air daging tu takkan mengalir dan jatuh pada makanan lain.

Ternyata, peti sejuk adalah tempat yang paling ideal untuk pembiakan bakteria. Jadi, amalkan cara penggunaan peti sejuk yang betul supaya keluarga korang tak ada yang jatuh sakit disebabkan tak tahu cara elak bakteria membiak dalam peti sejuk ni. Selain jadi tempat bakteria membiak, kalau salah guna peti sejuk juga boleh menyebabkan kerosakan, baca lanjut di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button