KenderaanCara Mudah

7 Tips Cuci Kereta Yang Mungkin Korang Tak Tahu Sebelum Ini. Antaranya Lap Guna Kain Chamois Ni!

Cara Mudah Cuci Kereta & Penjagaaan Kenderaan

Ramai dalam kalangan kita yang memilih untuk cuci kereta sendiri kerana dua faktor iaitu menjimatkan duit dan lebih puas berbanding cuci kereta di kedai kerana pemilik kereta akan lebih cermat dan teliti bila menjaga dan mencuci kereta mereka sendiri. Waktu PKP 3.0 ni pun memang car wash tutup so tak ada pilihan selain cuci sendiri.

Bagi korang yang baru memiliki kereta, korang perlu ikut cara yang betul bila mencuci kereta bagi mengelakkan calar atau kerosakan yang mungkin berlaku semasa korang mencuci kereta. Dari nak berjimat, korang terpaksa lagi keluar duit lebih untuk baiki balik kereta tu. Cuci kereta ini tak susah, asalkan cara yang korang guna itu betul. Kalau betul caranya, kereta korang bukan setakat akan lebih bersih, tetapi warna cat kereta pun akan tahan lebih lama.

Di Malaysia, ada tiga pilihan untuk mencuci kereta iaitu

  • Cucian Manual
  • Cucian Tanpa Air
  • Cucian Automatik

Cucian Manual Pilihan Mencuci Kereta Di Rumah

Sumber Gambar BrightonCarWash

Cucian manual biasanya menjadi pilihan apabila hendak mencuci kereta di rumah kerana cucian tanpa air atau cucian automatik hanya dapat dilakukan di kedai cuci kereta. Cucian manual juga merupakan pilihan paling selamat untuk mencuci kereta korang kerana:

  • Mengurangkan risiko terjadinya kesan calar
  • Menanggalkan kotoran degil kereta dengan lebih selamat dan berkesan
  • Risiko untuk warna cat kereta rosak ketiak proses mencuci rendah

Pilihan ini biasanya dilakukan dengan membilas kereta menggunakan air bersih sebelum disimbah atau disembur dengan air bercampur sabun cucian. Kemudian korang boleh sental sebarang kekotoran pada kereta menggunakan kain, kain pilihan terbaik yang boleh digunakan ialah jenis mikrofiber (baca lanjut di bawah).

Bila korang cuci kereta secara manual di rumah, ini 7 tips cuci kereta yang korang wajib tahu untuk memastikan kereta korang bersih dan tak mengalami sebarang calar atau kerosakan.

1. Nak Cat Kereta Tahan Lama? Cuci Kereta Di Tempat Teduh

Sumber Gambar anarmnet

Ada amalan dalam kalangan pemilik kereta, untuk mencuci kereta ketika cuaca panas terik kerana mereka ingin kereta mereka cepat kering setelah dicuci. Kalau korang sayang dengan cat kereta korang, jangan buat macam ni. Ini kerana bahang daripada cahaya matahari akan menyebabkan sisa sabun dan kotoran kering dengan lebih cepat sekali gus meninggalkan tompokan air (waterspot) yang boleh menjejaskan dan memudarkan warna asal cat kereta.

Jadi kalau korang nak cuci kereta pastikan di tempat teduh. Jika tiada tempat teduh kereta di rumah, cuci kereta pada awal pagi atau lewat petang ketika cuaca lebih redup dan sejuk.

2. Basuh Dan Bilas Kereta Dengan Kaedah Yang Betul. Jangan Lepas Cuci, Kereta Masih Kotor.

Sumber Gambar LAMag

Untuk pastikan kereta korang betul-betul bersih selepas dicuci, kaedah basuh dan bilas yang korang guna mestilah betul. Kalau kaedahnya salah, tetap akan ada kotoran tertinggal pada kereta korang walaupun lepas dicuci.

  • Cuci kereta bermula dari bahagian atas ke bahagian bawah kereta untu mengelakkan sir sisa kotoran mengalir ke bawah dan melekat pada bahagian kereta yang sudah dicuci.
  • Teknik yang sama juga herus digunakan ketika membilas kereta, bermula dari bahagian bumbung kereta, ke bahagian but dan pintu, kemudian bahagian tayar bawah sekali.

3. Jangan Guna Sabun Cuci Baju Atau Cuci Pinggan! Cat Kereta Boleh Pudar

Pilih sabun cuci kereta yang sesuai bagi memastikan kotoran pada kereta dapat ditanggalkan dan pada masa yang sama dapat menjaga warna cat kereta. Untuk memastikan sabun cuci kereta yang dipilih tidak merosakkan warna cat kereta, pastikan nilai pH sabun tersebut seimbang. Elakkan sabun pencuci pinggan atau baju kerana boleh memudarkan warna cat kereta korang. 

4. Sebaik-baiknya Cuci Kereta Guna Kain Mikrofiber. Kotoran Hilang, Calar Pun Boleh Dielakkan.

Sumber Gambar wilkinslinen

Kadang-kadang kita fikir penggunaan kain mikrofiber ni tak ada memberi kesan sangat dalam mencuci kereta. Tapi korang kena tahu, penggunaan kain biasa tidak digalakkan untuk mencuci kereta kereta berbanding kain mikrofiber. Kain jenis mikrofiber lebih lembut dan menarik kotoran degil pada kereta dengan lebih berkesan. Risiko untuk kereta korang calar ketika menyental kotoran degil juga lebih rendah. Penggunaan kain mikrofiber adalah disyorkan kerana ia mudah menyerap air sekali gus menjadikan hasil cucian lebih kemas dan bersih.

Sumber Gambar Healthy Home Cleaning

4. Cuci Kereta Guna Kaedah Two Bucket System. Lebih Efisien dan Selamat.

Sumber Gambar DetailingWiki

Kaedah two bucket system ini ialah di mana korang guna dua badi untuk mencuci kereta:

  • Satu baldi untuk mengisi air sabun atau air basuhan
  • Satu baldi untuk mengisi air bilasan

Ada sesetengah mereka yang mencuci kereta menggunakan baldi yang sama untuk mencuci dan membilas kereta. Ini perkara yang korang mesti elakkan ketika mencuci kereta kerana terdapat kemungkinan pasir, batu-batu halus dan sisa kotoran yang bercampur dalam air basuhan tadi masih melekat dalam baldi. Kotoran ini boleh menyebabkan kereta korang calar dan mengotorkan kereta korang semula ketika membilas jika menggunakan baldi yang sama.

5. Keringkan, Polish dan Wax Kereta. Barulah Nampak Baru!

Ini antara lengkah terakhir yang korang perlu buat bila cuci kereta. Keringkan, polish dan wax kereta korang terus.

a) Keringkan Kereta

  • Jangan biarkan air bilasan kering sendiri kerana boleh menyebabkan kesan tompokan air pada kereta dan boleh merosakkkan warna cat kereta untuk jangka masa panjang. Lap air bilasan setelah selesai membilas kereta sehingga kering.
  • Bila korang lap air bilasan untuk keringkan kereta korang, elakkan guna kain atau tuala, termasuklah kain mikrofiber. Guna material seperti chamois leather kerana chamois leather ini mampu menyerap kelembapan yang tinggi tanpa menjejaskan warna cat kereta. Chamois skin ini ada dijual di kedai cuci kereta atau stor seperti Mr DIY.

Sumber Gambar Chamois Company

b) Kenapa Perlu Polish Kereta?

  • Fungsi polish kereta ialah untuk mengilatkan kereta korang. Terdapat juga jenish bahan polish kereta yang mampu menghilangkan calar-calar halus pada kereta. Untuk menjaga warna cat kereta, korang seharusnya polish kereta korang sekurang-kurangnya dua tahun sekali. Polish kereta ini dilakukan setelah korang mengeringkan kereta korang.

c) Wax Kereta Perlu Berapa Kali?

  • Lepas dah polish kereta, korang seharusnya wax pula kereta korang. Wax kereta ialah menambah lapisan ‘lilin’ pada kereta korang sebagai perlindungan tambahan dari sinaran UV, pengumpulan debu dan kotoran lain. Lapisan ‘lilin’ ini juga mampu mengurangkan risiko hakisan atau karat pada badan kereta. Korang disarankan untuk wax kereta korang sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

6. Macam Mana Nak Cuci Bahagian Dalam Kereta? Perlu Ke Nak Cuci Kusyen?

Sumber Gambar Speedy Car Grooming

Kebersihan bahagian dalam kereta sama pentingnya dengan kebersihan luar kereta. Ini kerana korang yang memandu berada dalam kereta dan bukannya luar kereta. Ini langkah-langkah yang korang boleh ambil untuk menjaga kebersihan bahagian dalam kereta:

  • Tanggalkan karpet kereta, bawa keluar dan cuci dengan air sabun dan keringkan bawah matahari
  • Vacuum bahagian dalam kereta korang termasuklah bahagian lantai kereta, celah-celah kusyen, dashboard dan sebagainya.
  • Lap bahagian dashboard, stereng, gear dan bahagian dalam pintu kereta dengan kain mikrofiber yang basah, kemudian lapkan dengan kain mikrofiber yang kering untuk keringkan bahagian-bahagian kereta tadi.
  • Untuk kusyen kereta, kedai cuci kereta biasanya menyediakan khidmat cuci kusyen kereta serendah RM 150. Adakah perlu cuci kusyen kereta? Ya, perlu sekurang-kurangnya dua tahun sekali atau sekiranya berlaku tumpahan air atau kekotoran pada kusyen tersebut.
  • Korang juga boleh cuci sendiri kusyen kereta namun prosesnya agak rumit di mana korang perlu buka kusyen korang, cuci dan bilas dan perlu jemur sekurang-kurangnya dua hari jika korang tak mempunyai alat dan kelengkapan seperti di kedai cuci kereta, contohnya water filtration vacuum cleaner.

Bila kita ada kereta, penjagaan kereta itu wajib kita lakukan dari masa ke semasa. Kalau nak jimat, kita boleh buat sendiri, namun perlu betul pada cara. Takut dari nak berjimat, nanti terpaksa berbelanja lagi banyak. Nak tahu tips jimat minyak boleh baca di SINI

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button