KenderaanCara Mudah

Sekarang Ni Selalu Hujan Lebat & Ribut, Ini Tips Memandu & Bawa Motor Dalam Hujan Agar Lebih Selamat

Cara Memandu Dengan Selamat Waktu Hujan Lebat

Sejak kebelakangan ni, cuaca di Malaysia makin tak menentu. Lima minit yang lalu boleh jadi panas terik, nanti tiba-tiba cuaca berubah mendung dan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi yang menunggang motosikal, diorang terpaksalah tunggu hujan reda dulu. Yang memandu kereta pula, diorang masih boleh teruskan perjalanan.

Mungkin korang ada terfikir, memandu kereta sewaktu hujan ni sebenarnya selamat je dan takkan kemalangan pun sebab ciri-ciri keselamatan kereta jauh lebih banyak daripada motosikal. Tapi sebenarnya, kalau korang tak ambil langkah-langkah yang betul dan ambil mudah je tentang hujan lebat, risiko untuk kemalangan berlaku akan meningkat!

Info Terkini: Permulaan Fasa Peralihan Monsun 

Tips Memandu Selamat Sewaktu Musim Hujan

Jadi untuk mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang tak diingini, korang mestilah ikuti 6 tips keselamatan memandu semasa hujan di bawah ni:

1. Pandu Perlahan – Kereta Boleh Terapung, Motor Boleh Tergelincir!

Hujan yang turun akan menyebabkan air berkumpul di jalan lalu menghasilkan lopak-lopak air yang boleh menyebabkan fenomena hydoplane berlaku. Hydroplane adalah satu keadaan di mana kereta menjadi ‘terapung’ untuk sesuatu tempoh. Disebabkan tayar kita berisi angin, apabila ia melalui kawasan berair, secara tak langsung akan menyebabkan permukaan tayar terpisah dengan jalan dan ‘terapung’.

Menurut JPJ, jika memandu dengan kelajuan melebihi 80km/j akan menyebabkan kenderaan meluncur kerana tayar tidak mencengkam permukaan jalan. Ia boleh jadi cuma dalam beberapa saat, tapi dalam beberapa saat tu lah kereta boleh hilang kawalan. Buat penunggang motosikal pun sama jugak, jika terlalu laju motor korang boleh tergelincir. Jadi untuk elakkan benda ni daripada terjadi, perlahankan kenderaan korang semasa hujan.

Sumber Gambar Sally Ramly

2. Nyalakan Lampu Kenderaan- Tapi Bukan Foglight!

Bila hujan lebat, kadang-kadang suasana menjadi gelap dan kita pun susah nak nampak apa yang berada di hadapan kita. Sama juga dengan orang belakang. Bila nyalakan lampu, kita boleh nampak dengan lebih jelas dan orang belakang pun boleh nampak kita melalui lampu belakang kereta yang turut menyala.

Kalau kenderaan korang mempunyai foglight, jangan nyalakannya. Korang tak digalakkan untuk menyalakan foglight sebab akan menyilaukan orang yang memandu di belakang dan diorang akan ingat yang korang sedang menekan brek. Cukup sekadar lampu biasa.

3. Kekalkan Jarak Selamat – Jangan Rapat Sangat!

Sebenarnya langkah yang ni, waktu tak hujan pun korang kena buat. Tapi kalau dah hujan, jarak dengan kereta depan lagilah kena berjaga. Waktu hujan ni, kalau kita brek kenderaan secara mengejut, ia boleh menyebabkan kenderaan tergelincir. 

Jadi kalau korang memandu rapat dengan kereta depan, secara automatik kemalangan boleh berlaku. Pastikan jarak dengan kereta depan adalah jarak selamat iaitu beza 5 saat atau sehinga nampak kereta depan punya tayar dan jalan raya di hadapan kereta kita.

4. Gunakan GPS atau Radio – Boleh Elak Kawasan Banjir!

Kita tak tahu apa keadaan jalan sepanjang perjalanan di hadapan. Boleh jadi banjir berlaku ataupun ada tanah runtuh. Sebab tu kalau nak memandu waktu hujan, digalakkan untuk memasang alat GPS seperti Google Maps ataupun Waze supaya kita dapat tahu keadaan trafik semasa dan boleh ambil jalan alternatif kalau ada apa-apa kecelakaan yang berlaku. Kalau bateri telefon habis ataupun tak ada alat GPS, boleh je tunggu siaran trafik di radio.

Sumber Gambar I Love Borneo

5. Jauhi Takungan Air – Kereta Tenggelam Sia-Sia Je!

Kalau nampak ada kawasan yang bertakung dengan air, korang jangan main redah je pula. Tak kiralah walau tinggi mana pun badan kereta daripada jalan, meredah kawasan bertakung dengan laju boleh menyebabkan air masuk ke bahagian enjin dan boleh menyebabkannya rosak. 

Ingat, kereta korang bukannya jet ski! Pastikan pandu dengan perlahan di kawasan bertakung sebab takut juga kalau ada lubang yang kita tak nampak dan membahayakan. Kalau nak jugak redah banjir tu boleh baca tips redah banjir di SINI

Sumber Gambar Kosmo

6. Jangan Nyalakan Lampu Kecemasan – Buat Orang Confuse!

Yang ni ramai sangat orang buat: nyalakan lampu kecemasan sewaktu hujan lebat. Sebenarnya lampu kecemasan hanya dihidupkan semasa kenderaan tak bergerak, sama ada disebabkan rosak ataupun ada masalah lain. Kalau korang hidupkan lampu kecemasan semasa kereta sedang bergerak, ia boleh mengelirukan pemandu yang lain. Contohnya, pemandu lain takkan tahu korang nak tukar lorong disebabkan kedua-dua lampu signal menyala serentak. Jadi ia boleh menyebabkan kemalangan berlaku.

Sumber Gambar Accuweather

7. Kalau Kilat Tengah Sambar Menyambar, Berteduh Bawah Bangunan!

Kalau hujan lebat sangat dan kilat sambar menyambar, korang memang dinasihatkan tangguh je dulu perjalanan tu. Tak kira lah naik kereta ke atau motor memang lebih selamat untuk berteduh dahulu. Berteduh pun sebaiknya di bawah bangunan konkrit bukan di bawah atap yang boleh melayang akibat angin kuat dan juga pokok yang boleh tumbang kalau angin kencang ataupun dipanah petir.

Dengan mengambil langkah yang berhati-hati, korang bukan je boleh elakkan kemudaratan daripada berlaku pada diri sendiri, tapi kepada orang lain juga. Tapi kadang-kadang, kemalangan memang tak boleh dielakkan.

Kemalangan kecil selalunya akan membuatkan badan kereta kemik, dan sebenarnya ada cara untuk mengelakkan daripada membayar lebih pada bengkel untuk membetulkan kemik tu. Buat sendiri dekat rumah je pun boleh, kalau korang ikut cara-caranya di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button