KesihatanCara Mudah

Bahaya Kalau Gunakan Cotton Bud Korek Telinga! Jadi, Gunakan 4 Cara Ni…

Cara Mudah Korek Telinga Dengan Betul

Korang mesti pernah rasa kurang selesa di bahagian telinga kan lepastu nak korek telinga? Rasa gatal ataupun seperti ada sesuatu yang melekat di dalam telinga. Jadi jalan penyelesaian untuk hilangkan rasa tak selesa ni adalah untuk gunakan cotton bud untuk mencuci tahi telinga yang mungkin membuatkan korang rasa tak selesa tu.

Ramai yang menganggap, perasaan tak selesa yang dirasai di dalam telinga berpunca daripada tahi telinga dan kita juga diajar cara untuk membuang tahi telinga ni adalah dengan menggunakan cotton bud. Sebenarnya kalau gunakan cotton bud untuk mencuci telinga, ia boleh mengakibatkan gegendang telinga korang pecah!

Bahaya Kalau Korek Telinga dengan Cotton Bud Untuk Bersihkan

Sumber Gambar Remaja

Apabila korang menggunakan cotton bud untuk bersihkan telinga, ada 3 kemungkinan yang boleh berlaku, iaitu:

  • Tahi telinga akan ditolak lebih dalam oleh cotton bud dan membuatkannya berkumpul dengan banyaknya. Benda ni akan mengganggu sistem pendengaran korang.
  • Cotton bud akan membawa kuman dan bakteria dari luar, ke bahagian dalam telinga. Kuman dan bakteria ni akan menjangkiti bahagian dalam telinga dan akhirnya boleh menyebabkan keradangan di situ.
  • Cotton bud yang dimasukkan terlalu dalam akan mengoyakkan gegendangtelinga. Kalau cotton bud tak sengaja ditolak sehingga terlalu dalam, ia akan mengakibatkan pendarahan telinga dan kemungkinan akan kehilangan pendengaran!

Cara Nak Korek Telinga dengan Betul

Sebenarnya, tahi telinga ni bukanlah kotoran ataupun sisa yang dibuang oleh telinga. Ia sebenarnya adalah sejenis peluh yang terhasil, malah mempunyai fungsi antibiotik yang melindungi bahagian dalam telinga daripada jangkitan kuman.

Tahi telinga ni tak perlu dikorek pun, ia akan keluar dengan sendirinya. Tapi kalau masih rasa tak selesa di bahagian dalam telinga, korang boleh ikuti cara-cara di bawah ni untuk membersihkan telinga dengan betul:

1. Baking Soda

Sumber Gambar Medical News Today

Ya, selain digunakan untuk memasak, baking soda juga sesuai digunakan sebagai agen pencuci. Cara-cara untuk bersihkan telinga dengan baking soda adalah:

  • Larutkan setengah sudu teh baking soda ke dalam sesuku cawan air.
  • Masukkan larutan tadi ke dalam botol penitis untuk memudahkan kerja pembersihan. 
  • Sengetkan kepala anda, dan titiskan sebanyak 5 ke 10 titis dengan perlahan ke dalam telinga.
  • Biarkan larutan tersebut di dalam telinga selama sejam, sebelum disiram dengan air.

Lakukan cara ni sekali sehari untuk beberapa hari atau sehingga kotoran telinga hilang. Perlu diingatkan, jangan melakukan cara ni lebih daripada dua minggu.

2. Minyak

Sumber GambarSehatQ

Kotoran telinga adalah sesuatu yang menyerupai minyak. Jadi apabila ia bertembung dengan minyak yang lain, kotoran tadi akan larut dengan mudahnya. Beberapa jenis minyak yang sesuai untuk digunakan adalah:

  • Minyak bayi
  • Minyak kelapa
  • Minyak zaitun

Cara-caranya pula adalah:

  • Panaskan sedikit minyak yang mahu digunakan. Tunggu sehingga ia suam terlebih dulu sebelum digunakan.
  • Sengetkan kepala, dan titiskan minyak tadi ke dalam telinga.
  • Biarkan kepala dalam posisi begitu selama 5 minit sebelum menelengkan kepala di arah yang berlawanan untuk membiarkan minyak tadi mengalir keluar.

3. Air Garam

Sumber Gambar Grid ID

Air garam juga boleh membantu untuk membersihkan telinga. Malah, kebanyakan larutan yang digunakan oleh doktor untuk membersihkan telinga pesakit mempunyai khasiat yang sama dengan air garam.

Cara-caranya adalah:

  • Larutkan sesudu besar garam ke dalam secawan air.
  • Apabila dah sebati, rendamkan kapas ke dalam air garam tersebut.
  • Telengkan kepala, dan perah kapas tadi dengan perlahan-lahan, agar air garam tadi mengalir masuk ke dalam telinga.
  • Biarkan selama beberapa minit sebelum bilas dengan air biasa.

4. Minyak Bawang Putih

Sumber Gambar Trubus ID

Kandungan antibiotik di dalam minyak bawang putih bukan saja mampu membersihkan tahi telinga yang ada, tapi juga dapat membunuh kuman dan bakteria yang berkumpul di situ. Cara-caranya:

  • Gunakan 3 ke 4 ulas bawang putih dan panaskannya di dalam kuali dengan sedikit minyak masak. Pastikan api dapur kecil je.
  • Gaul-gaulkan bawang putih tadi sampailah ia bertukar warna perang. Pindahkan bawang putih dan minyaknya ke dalam mangkuk.
  • Di dalam mangkuk tadi, lenyekkan bawang putih tadi dan tapiskan minyak tu ke dalam bekas lain.
  • Titiskan minyak tadi ke dalam telinga dan biarkan beberapa minit sebelum dibilas dengan air. Disarankan untuk melakukan cara ni sebelum waktu tidur.

Jadi lepas ni, korang tak perlu nak gunakan cotton bud ataupun pengorek telinga yang diperbuat daripada besi lagi untuk korek telinga bagi membersihkan tahi telinga. Guna je cara-cara yang di atas ni. Kalau telinga masih gatal lagi, lebih baik kalau korang berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan. Takut ada masalah lain pula. Susah nak turun berat badan? Boleh baca tips mudah di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button