AgamaInformasi

Senarai Syarikat Produk Sokong Israel & Senarai Jenama Barang Tempatan Sebagai Alternatif

Senarai Barangan Sokong Israel Yang Boleh Diboikot

Apa senarai barangan atau syarikat produk sokong Israel yang ada di pasaran untuk kita boikot? Kekejaman pihak rejim zionis Israel yang telah lama pun menindas penduduk asal tanah Palestin kini semakin melampaui batas apabila telah membuat serangan terhadap penduduk Palestin secara besar-besaran tanpa mengira tempat dan termasuklah baru-baru ini di Hospital. Tindakan ini pastinya telah mengundang kemarahan seluruh penduduk dunia atas tindakan tidak berperikemanusiaan ini sehingga menyebabkan kematian penduduk awam yang tidak bersenjata pun.

Justeru kebanyakan rakyat seluruh negara mengambil tindakan memboikot barangan atau produk sokong Israel sebagai salah satu cara membantah dan mengutuk tindakan yang dilakukan Israel terhadap Palestin. Ini juga merupakan salah satu jihad yang boleh dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia yang tidak dapat berjuang bersama mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Pastinya tindakan ini dapat sedikit sebanyak membantu melumpuhkan ekonomi Israel di mana kebanyakan produk sokong Israel ini secara tak langsung menyalurkan sumbangan secara terang-terangan mahupun tidak kepada pihak Israel untuk menyerang Palestin.

Senarai Syarikat Produk Sokong Israel Yang Boleh Diboikot Untuk Bantu Palestin

BDS Malaysia merupakan gabungan pelbagai badan bukan kerajaan (NGOs) kumpulan dan individu di Malaysia yang mempromosikan kebebasan, keadilan dan kesaksamaan terhadap Palestin melalui boikot (Boycott), lupus (Divestment) dan sekat (Sanctions). Berdasarkan BDS Malaysia, Jawantankuasa Kebangsaan BDS Palestin (BNC) menggalakkan tindakan boikot yang boleh disertai oleh orang awam adalah syarikat atau produk sokong israel seperti berikut:

1. HP (Hawlett-Packard)

Syarikat pembekal teknologi ini membantu menjalankan sistem ID biometrik yang digunakan Israel bagi menyekat pergerakan Palestin ditanahair yang dijajah. Berdasarkan Aqsa Syarif, HP juga dikatakan membekalkan aset-aset IT yang penting untuk tentera darat dan laut Zionis Israel untuk mengepung Gaza. Sistem kepungan ini menghadkan barangan masuk keluar di Gaza

HP juga turut memberi khidmat sistem sekuriti berteknologin kepada penjara-penjara Zionis Israel yang semua sedia maklum bahawa kanak-kanak dibawah umur juga turut dipenjara. Begitu juga dengan sistem teknologi di check point, tembok dan kad pengenalan apartheid dibekalkan HP. Sistem ini menyukarkan petani Palestin untuk ke ladang mereka, pelajar ke sekolah dan lain-lain.

2. Puma 

Puma merupakan syarikat pengeluar pakaian sukan yang popular. Boikot terhadapnya dibuat kerana Puma adalah penaja Persatuan Bola Sepak Israel yang merangkumi pasukan di penempatan haram Israel di tanah Palestin yang dijajah.

3. AirBNB

Airbnb adalah aplikasi penempahan rumah tumpangan atau homestay. Airbnb selayaknya diboikot kerana masih menyenaraikan dan mempromosikan hartanah di kawasan penempatan haram Israel di Jurusalem Timur yang dijajah, termasuk kota lama Jurusalem. Kesemua penempatan Israel di Wilayah Palestin (dan Syria) yang dijajah, termasuk Jurusalem Timur merupakan jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa.

4. AXA

AXA ialah sebuah syarikat insuran multinasional gergasi Perancis. AXA telah melabur hampir USD 6 Juta di dalam 4 buah bank Israel (Bank Hapoalim, Bank Leumi, Bank Mizeahi-Tefahot Dan Israeli Discount Bank). Keempat-empat Bank Israel ini telah membiayai penempatan haram Israel dan telah disenaraikan dalam Pengkalan Data PBB sebagai syarikat yang terlibat dalam akticiti penubuhan penempatan haram Israel.

5. Hyundai (Heavy Industries Co. Ltd) 

Hyundai membekalkan peralatan untuk digunakan oleh kerajaan Israel bagi memusnahkan rumah-rumah penduduk Palestin di Wilayah Asal Palestin dan juga di Tebing Barat dan oleh itu secara aktif terlibat dalam jenayah kemanusiaan.

6. Caterpillar

Caterpillar pula adalah syarikat pengeluar peralatan pembinaan terbesar dunia dan telah membekalkan jentera kepada angkatan tentera pertahanan Israel bagi memusnahkan kawasan perumahan, ladang dan harta benda penduduk Palestin.

Tambahan daripada NGO Aqsa Working Group, berikut pula antara produk produk popular Amerika Syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan sokongan terhadap Israel :

Makanan & Minuman

i. Coca-Cola

  • Coca Cola
  • Sprite
  • Minute Maid
  • Fanta
  • A&W
  • Nestea

ii. Pepsico

  • Pepsi
  • Mirinda
  • 7 Up
  • Gatorade
  • Cheetos
  • Lay’s
  • Lipton
  • Tropicana

iii. Kraft

  • Toblerone
  • Chips Ahoy!
  • Milka
  • Jacob’s
  • Belvita
  • Biskuta
  • All Time
  • Top One

iv. Nabisco

  • Oreo
  • Ritz

v. Unilever

  • Magnum
  • Solero
  • Wall’s
  • Cornettio

vi. Nestle 

  • Nescafe
  • Maggi
  • Kit Kat
  • Koko Krunch
  • Milo
  • Ovaltine
  • Carnation
  • Nespresso
  • Cerelac
  • Nestum

vii. Restoran

  • Starbucks
  • McDonald’s
  • Pizza Hut
  • Burger King
  • Dominos Pizza
  • KFC

viii. Penjagaan dan Kecantikan Diri

  • Colgate
  • Palmolive
  • Ajax
  • Dove
  • Kiehl’s
  • Shu eumura
  • MAC
  • Loreal
  • Maybelline
  • Garnier
  • Lancome
  • Revlon
  • Johnson-Johnson
  • Neutrogena
  • Victoria’s Secret
  • Olay
  • Clinique
  • The Ordinary
  • The Body Shop
  • Bath & Body Works
  • Estee Lauder

ix. Pakaian & Kasut

  • Marks & Spencer
  • Ralph Lauren
  • Levis
  • GAP
  • Nike
  • Converse
  • Calvin Klein
  • La Senza
  • Tommy Hilfinger

Sumber: MalaysiaGazette

Antara laman-laman web yang boleh diakses untuk menyemak sama ada barang-barang yang diboikot adalah barangan atau syarikat yang menyokong Israel:

Senarai Syarikat Produk Tempatan Buatan Malaysia Sebagai Alternatif

Jadi setelah memboikot produk-produk kegunaan harian kita yang menyokong Israel, apekah barangan alternatif yang ada untuk kita ganti dan gunakan? Ini antara syarikat atau produk tempatan buatan Malaysia sebagai alternatif:

i. Restoran:

  • Marrybrown
  • Sushi King
  • Zus Coffee
  • Richiamo Coffee
  • San Francisco Coffee
  • The Chicken Rice Shop
  • The Manhattan Fish market
  • Big Apple Donuts & Coffee
  • Secret Recipe
  • Oldtown White Coffee
  • Kopi Saigon

ii. Makanan & Minuman:

  • Adabi
  • Babas
  • BOH (teh)
  • Dutch Lady
  • Mister Potato
  • Beryl’s
  • Vochelle
  • Ramly
  • Kimball
  • Life
  • Jalen
  • Ayaman
  • Gardenia
  • F&N
  • Yeo’s
  • Hauboom
  • Snek Ku
  • Corntoz
  • Farm Fresh
  • Saji
  • Hausboom

iii. Stesyen Minyak

  • Petronas
  • BHP
  • Buraqoil
  • Five
  • Petros

iv. Pakaian

  • Padini
  • BritishIndia
  • Bonia
  • Fipper
  • Lewre
  • Mommg Hana
  • Baby Kiko
  • Anakku

v.  Penjagaan dan Kecantikan Diri

  • Halagel
  • Alha Alfa
  • Safi
  • Antabax
  • Bad Lab
  • Fruiser
  • Aiken
  • Kayman
  • Cosmoderm
  • Librese
  • Sofy
  • Oradex
  • Simply Siti
  • Nurraysa
  • Silkygirl
  • Pixy
  • Kuat
  • Good Maid
  • Pet pet
  • Drypers

Sumber:

Dan banyak lagi…

Perlu diketahui senarai syarikat dan produk sokong israel di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada perubahan atau pengumuman yang dibuat syarikat berkenaan. Apa yang penting di sini adalah usaha kita untuk sama-sama membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin dengan melakukan sekecil-kecil jihad iaitu dengan usaha boikot ini. Semoga kita bersama-sama dapat membantu membebaskan Palestin daripada penjajahan Israel. Jangan lupa juga berdoa pada Allah agar pertolongan dapat diberikan pada saudara kita di Palestin. Antara koleksi doa-doa para nabi yang boleh diamalkan boleh rujuk di SINI.

 

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button