InformasiSemasa

Apa Yang Golongan B40 Dapat Dalam Bajet 2022?

Bantuan Bagi Golongan B40 Dalam Bajet 2022

Setiap hujung tahun, antara perkara yang dinanti-nantikan oleh rakyat dah semestinya pembentangan bajet untuk tahun yang seterusnya. Selalunya, kita nak tengok apa strategi kerajaan dari sudut ekonomi dan berapa besar dana yang akan diperuntukkan. Paling penting, bantuan apa yang kerajaan akan berikan kepada kita. Justeru, Bajet 2022 yang telah dibentangkan tempoh hari sememangnya menjadi harapan setiap rakyat.

Bajet 2021: Apa Bantuan yang B40 Dapat?

Kita sebagai golongan B40 mestilah nak tahu juga apa faedah dan bantuan yang kita bakal terima melalui bajet 2022 ni. Bagi korang yang tak sempat untuk menonton siaran langsung bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, berikut adalah ringkasan kepada bajet 2022, yang khusus untuk golongan B40:

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 

BKM adalah bantuan kewangan secara bersasar yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat. Kadar bantuan dan kategori pendapatan yang layak untuk menerima bantuan ni adalah seperti berikut:

a. Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM2,000 : Lebih 3 Anak
  • RM1,500 : 1- 2 Anak
  • RM1,000 : Tiada Anak

b. Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan

  • RM800 : Lebih 3 Anak
  • RM600 : 1- 2 Anak
  • RM400 : Tiada Anak
Tambahan Kadar Isi Rumah:
  • RM300 : Warga Emas
  • RM500 : Ibu / Bapa Tunggal Dengan Tanggungan
c. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan : Kurang Daripada RM5,000
  • RM600

d. Bujang : Kurang Daripada RM2,500

  • RM350

Panduan Lanjut BPR : Bantuan Keluarga Malaysia

 

2. Skim Jaminan Kredit Perumahan

Dalam Belanjawan 2022, Kerajaan menyediakan jaminan kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap

 

3. Program e-Start

Program pemberian kredit e-wallet percuma ini adalah untuk meringankan beban kewangan dan menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi

  • RM 150 akan dikreditkan secara sekali bayar ke dalam akaun e-dompet para belia

 

4. Bantuan Awal Persekolahan

Seperti setiap tahun, kerajaan akan memberikan Bantuan Awal Persekolahan. Ianya akan mengurangkan beban ibu bapa / penjaga bagi tujuan persediaan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka pada tahun depan. Bantuan tahun 2022 telah dinaikkan sebanyak RM50 berbanding RM100 sebelum ini, menjadikannya berjumlah RM150 secara one-off.

 

5. Pas Pejalanan Pengangkutan Awam My50

Seperti sebelum ini juga, kerajaan masih meneruskan pemberian pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam. Pas perjalanan bas dan rel tanpa had dengan harga RM50 sebulan ini adalah untuk pengguna terutamanya di Lembah Klang

 

6. Lanjutan Tempoh Pengurangan Kadar Caruman Minimum KWSP

Seperti tahun sebelum ini, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11% kepada 9% akan diteruskan sehingga Jun 2022. Ini bermakna pekerja akan mempunyai lebih banyak gaji kerana peratusan caruman KWSP adalah kurang.

 

7. Pemberian Khas Sekali Bayar Sebanyak RM500 kepada Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA.

Untuk tahun 2022, pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 kepada 70,000 orang Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA akan disalurkan.

 

8. Program Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli

Kerajaan akan menaikkan kadar wang saku murid sekolah menengah Orang Asli kepada RM4 sehari berbanding RM2 sehari sebelum ini

 

9. Bantuan Tunai Langsung dan Kebajikan JKM

 

10. Elaun Mencari Pekerjaan

Bagi tahun 2022, kerajaan akan meneruskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada:

  • Pencarum PERKESO – elaun 80% bagi gaji bulan pertama, 50% bagi gaji bulan kedua hingga keenam dan 30% bagi gaji tiga bulan terakhir
  • Bukan pencarum PERKESO – elaun RM300 untuk tempoh 3 bulan

 

11. Insentif Penggajian JaminKerja

Peluang pekerjaan melalui inisiatif insentif penggajian yang merangkumi kategori berikut:

  • Pencari Kerja / Ganti Pekerja Asing: 20% bagi 6 bulan pertama dan 30% daripada gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
  • Golongan Rentan / Wanita / Sektor ICT / Sektor Pelancongan: 30% bagi 6 bulan pertama dan 40% daripada gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
  • Perantis: Elaun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan
  • Pekerja Gig: Insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh 6 bulan

Panduan lanjut:https://www.mysumber.com/myfuturejobs-perkeso.html

 

12. Program Baucar Perlindungan Tenang

Di bawah program ni, setiap bantuan B40 layak menerima baucar RM75 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri. Baucar juga boleh digunakan untuk membeli polisi insuran komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022

13. Program Rumah Mesra Rakyat

Program Rumah Mesra Rakyat diwujudkan bagi membantu golongan yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri

  • Membiayai subsidi sebanyak RM20,000 seunit, di samping kemudahan pembiayaan serta yuran pengurusan kepada pemohon
  • Pemilikan rumah kediaman untuk 3,000 unit rumah

 

14. Program mySalam

Skim Perlindungan Masyarakat mySalam akan diperluas kepada semua penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak

 

15. Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Kerajaan mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022

  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual

 

16. PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Untuk program ini, kerajaan akan membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar golongan B40 di institusi pengajian tinggi

 

17. Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan

Dalam Bajet 2022, kerajaan mengumumkan pemberian subsidi sebanyak 50% atau sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak keluarga B40

 

18. Kit Asas Kebersihan Wanita

Kerajaan juga telah mengumumkan pemberian Kit asas kebersihan diri percuma setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40

 

Jadi, itulah sedikit sebanyak manfaat buat kita, golongan B40 boleh dapat daripada Bajet 2022 yang dibentangkan. Sekarang, semuanya bergantung kepada dewan parlimen untuk meluluskan bajet ini ataupun tidak. Apa komen korang dengan bajet untuk tahun ni? Kalau bukan golongan B40 boleh tengok bantuan lain dalam Belanjawan 2022 di sini 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button