RumahInformasi

Cara Semak Cukai Tanah & Bayar Online Setiap Negeri, Tak Perlu Beratur Di Kaunter

Panduan Semakan & Bayaran Cukai Tanah / Cukai Petak Secara Online Untuk Setiap Negeri

Macam mana cara semakan & bayar cukai tanah atau cukai petak? Berita baik buat para pemilik rumah, kini bayaran cukai tanah atau cukai petak boleh dibuat secara online atau atas talian sahaja tanpa perlu bersusah beratur di kaunter. Jika sebelum ini juga bil cukai tanah akan dihantar secara pos ke rumah, kini semakan kadar cukai yang dikenakan untuk setiap negeri boleh dibuat secara online juga.

Sebenarnya Pejabat Tanah bagi setiap negeri telah pun menyediakan portal rasmi bagi negeri masing-masing untuk memudahkan urusan semakan dan bayaran cukai tanah ini. Selain itu terdapat juga cara bayaran menerusi perkhidmatan perbankan internet seperti Maybank2u, CIMBClicks dan lain lagi. Tak tahu macam mana cara nak buat? Tengok je panduan yang akan dikongsikan di bawah ni.

Cara Bayar Cukai Tanah & Semakan Cukai Petak Secara Online

Sebelum dijelaskan lebih lanjut cara membayar cukai tanah online, berikut dikongsikan juga maklumat lain yang berkaitan bagi memudahkan urusan semua.

Apa itu Cukai Tanah? 

Cukai tanah adalah cukai secara tahunan yang dikenakan ke atas hartanah persendirian di Malaysia. Cukai petak pula adalah cukai yang sama tetapi bagi hartanah jenis strata seperti rumah flat, apartment dan sebagainya. Kedua-dua ini perlu dibayar kepada pihak berkuasa negeri. Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) negeri akan menaksir dan menilai tanah tempat letaknya sesebuah hartanah dan mengenakan bayaran yang perlu dibayar setiap tahun

Ianya berbeza dengan cukai taksiran atau cukai pintu yang merupakan cukai tanah tempatan yang dikutip majlis perbandaran kawasan perumahan. Kutipan cukai jenis ini pula dibuat untuk kerja membangun, menyelenggara infrastuktur dan perkhidmatan tempatan.

Cara Kiraan & Kadar Bayaran 

Cukai tanah dikira dengan mendarabkan saiz hartanah yang dimiliki dalam kaki persegi atau meter persegi dengan kadar sewa tertentu. Contohnya:

  • Kadar RM0.035 setiap kaki persegi
  • Hartanah berkeluasan 2,000 kaki persegi
  • Cukai tanah adalah : (RM0.035 x 2000) = RM70

Kadar cukai yang dikenakan adalah tidak sama dan berbeza-beza bagi setiap negeri dan juga daerah. Selain itu, nilai cukai tanah juga tidak semestinya sama untuk kesemua hartanah yang bersaiz sama. Cukai yang dikenakan di kawasan luar bandar lazimnya adalah lebih murah berbanding hartanah di bandar. Maka adalah penting untuk merujuk kepada PTG masing-masing bagi mengetahui kadar yang dikenakan dan periksa dahulu butiran sebelum membuat bayaran.

Pautan Cukai Tanah Setiap Negeri

Untuk membuat semakan dan bayaran bagi setiap negeri, sila klik salah satu daripada pautan berikut yang berkenaan:

Caranya:

  1. Klik pautan Negeri yang ingin disemak atau dibayar
  2. Pastikan telah mendaftar terlebih dahulu dengan klik ‘Daftar’
  3. Setelah mendaftar akaun baharu, log masuk ke akaun
  4. Klik butang pilihan ‘Semakan dan Bayaran Cukai Tanah’
  5. Seterusnya pilih untuk membuat semakan atau bayaran
  6. Ada beberapa pilihan untuk cara membuat bayaran boleh dibuat
  7. Selesai bayaran boleh mencetak resit sebagai rekod dan rujukan

Semakan Cukai Tanah Menerusi SMS

  1. Taip : PTGS CUKAI (Masukkan No. Akaun)
  2. Hantar ke: 15888Contoh : PTGS CUKAI 5011291219219

Nota: Caj Penghantaran SMS RM0.15 dan Caj Penerimaan SMS RM0.20

Bayaran Cukai Tanah Menggunakan Perbankan Internet (Maybank2U)

1. Log masuk ke Maybank2U:

2. Klik butang menu Pay

3. Klik pilihan ‘New Payee’

4. Taipkan ‘Pejabat Tanah’ – Pilih negeri yang ingin dibayar:

  • Contoh: Pej Tanah & Galian Selangor, PPTG Terengganu

5. Taipkan No Akaun Cukai Tanah dan No. Telefon

6. Masukkan amaun bayaran

7. Klik ‘Confirm & Pay’

8. Lengkapkan Pengesahan TAC dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai

9. Simpan resit sebagai rujukan

Bayaran Cukai Tanah Secara Manual

Terdapat 4 cara membayar cukai tanah secara manual iaitu di:

1. Kaunter PTGS & Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT)

2. Kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

3. Kiosk

4. Pejabat Pos Malaysia

 

Mudah sahaja kan nak semak dan bayar cukai tanah ni? Banyak cara dah disediakan oleh pihak berkuasa untuk memudahkan urusan semua orang. Jika ada sebarang pertanyaan, terus rujuk kepada Pejabat Tanah Dan Galian negeri masing-masing. Kalau korang belum pernah lagi memiliki rumah dan ingin membelinya tetapi tak mampu, rujuk SINI untuk bantuan yang disediakan kerajaan dalam membeli rumah.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button