AgamaRumah

Bantuan Kahwin Raja Sehari Sehingga RM1,000 Setiap Negeri

Bantuan Kewangan Bagi Pengantin Baru Untuk Setiap Negeri

Ramai tak tahu sebenarnya terdapat bantuan kahwin yang boleh dimohon bagi penduduk setiap negeri. Bila melangsungkan perkahwinan, pastinya pasangan raja sehari akan menggunakan banyak wang. Ye lah kalau pihak lelaki perlu sediakan mas kahwin, lepastu persalinan pakaian pengantin lelaki dan perempuan. Itu belum kira kos majlis jamuan yang akan diadakan. Paling-paling akan menelan kos sehingga beratus ataupun beribu ringgit.

Jadi macam mana nak dapatkan bantuan kewangan jika baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Sebenarnya ada banyak bantuan yang disediakan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan majlis agama negeri. Jadi sebagai rakyat setiap negeri haruslah peka terhadap bantuan yang diberikan agar tidak terlepas peluang. Jangan risau, di bawah ini disediakan bantuan yang disediakan setiap negeri.

Bantuan Kahwin Raja Sehari Sehingga RM1,000 Setiap Negeri

Berikut adalah bantuan raja sehari untuk setiap negeri yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Johor – RM1,000

Bagi pengantin baru di Johor, tidak kira sama ada anak jati Johor ataupun tidak, pasangan tersebut boleh mendapatkan bantuan sebanyak RM1000 daripada kerajaan Johor. Ianya adalah bantuan di bawah insentif Orang Muda Johor (OMJ)

RM6 juta telah diperuntukkan untuk pasangan Islam manakala RM4 juta pula untuk pasangan bukan Islam. Secara keseluruhannya, kerajaan Johor telah meluluskan dana berjumlah RM10 juta untuk manfaat semua masyarakat yang tinggal dan berkhidmat di Johor.

Syarat Kelayakan

  • Pasangan yang memohon hendaklah berumur 40 tahun ke bawah
  • Bermastautin di dalam negeri Johor melebihi 3 tahun
  • Perkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022
  • Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000 ke bawah
  • Permohonann dibuat mulai 1 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2022 sahaja
  • Pemohon (suami atau isteri) hendalah hadir sendiri menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah
  • Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini

Dokumen Sokongan 

  • Salinan kad pengenalan (lelaki & perempuan)
  • Salinan buku bank / penyata bank (lelaki & perempuan)
  • Salinan surat perakuan nikah (Sijil Nikah). Jika surat perakuan niah hilang hendaklah dapatkan salinan asal di Pejabat Kadi Daerah / Pejabat Agama Islam Daerah
  • Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu / Ketua Kampung
  • Slip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung / Penghulu

Info Lanjut: JAINJ

 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Untuk mereka yang menetap atau bekerja di Kuala Lumpur pula, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP ada menyediakan bantuan juga. Inisiatif ini adalah untuk membantu mereka yang mahu berkahwin bagi menyediakan wang yang cukup demi mendirikan rumah tangga masing-masing terutamanya golongan asnaf yang layak.

Syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Info lanjut: MAIWP

 

Selangor – RM300

Bagi negeri Selangor, kerajaan negeri telah memperkenalkan Insentif Generasi Muda atau IGEMS. Bantuan ini diberikan kepada mereka yang lahir atau telah tinggal menetap 10 tahun di negeri ini.

Info lanjut: YAWAS

 

Kelantan – RM300

Negeri Kelantan juga turut tidak ketinggalan dalam memberikan bantuan kepada rakyatnya. Justeru untuk mengurangkan beban kewangan yang dihadapi pasangan pengantin baru di Kelantan, bantuan yang diberi nama Gerbang Az Ziwaaj telah pun diperkenalkan.

  • Kadar Bantuan : RM1000 one off
  • Borang : Secara manual, tidak disediakan online

Bagi mereka yang berminat untuk memohon, borang permohonan secara online tidak disediakan. Justeru pemohon hendaklah pergi terus sama ada ke Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri / Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim / Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO.

Info Lanjut: Gerbang Az-Ziwaaj

 

Pahang – RM200

Pasangan pengantin negeri Pahang pula boleh juga mendapatkan bantuan kewangan berjumlah RM200 secara one-off yang diberikan di bawah Insentif Khas Pasangan Pengantin.

Info Lanjut: Jabatan Agama Islam Negeri Pahang

 

*Untuk negeri-negeri lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa

 

Baca Juga: Nafkah Wajib Disediakan Suami Kepada Isteri

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button