RumahTips Jimat

Air Basuhan Beras Boleh Naikkan Seri Wajah? Ini Petua Tradisional Penjagaan Muka Semulajadi (DIY)

Tips Penjagaan Muka Semulajadi (DIY Masker)

Sumber Gambar Hellosehat

Muka ni adalah satu aset untuk kita jaga supaya lebih yakin dengan diri sendiri sebab itu penjagaan muka sangat penting. Bila tengok tips-tips beli produk penjagaan kulit dekat media sosial, mesti macam terbantut sekejap nak beli sebab bila tengok harga tu, terdetik dalam hati “Ni aku boleh beli makanan untuk tiga hari ni,” Maka tak jadi beli dan terus lah berangan dapat kulit yang cantik dan bersih depan cermin. 

Tak perlu risau, kalau tak mampu beli produk mahal-mahal untuk cantik tu, guna saja cara lain yang lebih mudah dan yang penting mesra poket atau tak mahal. Jadi, antara cara nak berjimat sambil menjaga muka untuk kekal sihat dan cantik ni adalah dengan buat bahan penjagaan muka sendiri di rumah.

Cara Buat Masker DIY Sendiri Di Rumah!

Banyak sebenarnya petua orang lama untuk jaga muka ni. Bahan-bahan yang digunakan pun kebanyakannya  memang dah tersedia dekat dapur. Kalau tak ada pun, kita beli dan kemudian boleh gunakan untuk memasak kan? Jadi tak rugi kan. 

Sumber Gambar Orami

Kunyit Dan Madu

Ya, kunyit yang berwarna kuning tu boleh dijadikan sebagai masker untuk muka korang. Kunyit ni berfungsi sebagai membaik pulih kulit dan juga mencerahkan kulit yang kelihatan kusam. Cara dia campurkan sedikit serbuk kunyit dan juga madu sehingga likat dan boleh melekat di muka.

Dah pakai nanti, jangan pula korang tinggalkan kunyit tu lama-lama di muka. Takut jadi macam penyakit kuning pulak. Tapi kalau basuh nanti masih ada kesan warna kuning, jangan risau dalam masa beberapa jam ia akan hilang. Tapi jangan pula buat waktu korang nak keluar pergi date ke… tak sempat hilang kuning tu nanti.

Air Basuhan Beras

Lepas korang dah basuh beras buat kali ketiga, simpan air basuhan tu. Korang boleh gunakan lebihan air tersebut sebagai pencuci muka. Walaupun tiada kesahihan dari segi saintifik tapi ini lah apa yang nenek-nenek kita dahulu gunakan untuk naikkan seri wajah mereka.

Kayu Manis

Ambil sebatang kayu manis dan celupkan hujung kayu manis tu dalam air. Lepas tu kikis kan hujungnya tu dekat atas lesung batu. Ambil serbuk yang dah dikikis tu kemudian sapukan dekat kawasan bintik hitam. Kayu manis ni berfungsi sebagai menghilangkan parut dan juga kaya dengan anti-oksidan. Kalau korang amalkan sentiasa, kesannya akan nampak dengan lebih cepat.

Tomato Yang Dilumat

Sebenarnya kalau makan sahaja pun boleh melembutkan kulit korang dah. Tapi ada lagi satu cara dimana korang lumatkan tomato kemudian sapukan pada muka. Kalau takpun korang buatkan sebagai jus tomato. Kesannya masih sama nanti iaitu dapat menyejukkan kulit di samping menyerap lebihan minyak pada wajah.

Lobak dan Tepung Jagung

Parutkan lobak yang korang dah basuh kemudian capurkan dengan sesudu tepung jagung dan juga sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan dan boleh lah sapukan pada kulit muka sekali sehari. Fungsinya adalah untuk merawat kedutan di wajah.

Tips Cantik Guna Bahan Semulajadi (Bonus)

Takkanlah kulit muka je yang perlu dijaga. Macam mana dengan bibir dan mata? Ada ke petua untuk dua anggota ni? Mestilah!

Lentikkan Bulu Mata

Sekarang makin famous dengan bulu mata yang melentik. Korang boleh buat sendiri dengan ambil lendir lidah buaya kemudian sapukan pada bulu mata. Boleh amalkan sampai bulu mata korang jadi lentik. Lakukan pada setiap malam.

Skrub Untuk Bibir

Sumber Gambar Beautynesia

Ramai petua orang lama-lama menyarankan untuk sapu madu asli pada bibir sebelum tidur. Ada juga yang memberi cadangan dengan menggunakan daun sirih. Ambil sekurangnya 3 helai daun sirih dan perah air merahnya. Korang boleh sapukan pada bibir setiap malam.

Untuk kesimpulan, kalau korang amalkan setiap hari akan terbuah lah hasil yang diinginkan. Tambahan, korang juga disarankan untuk tukar cadar katil dan sarung bantal sekurang-kurangnya seminggu sekali, Ini kerana banyak kuman, sel kulit mati, hama habuk, bakteria dan banyak lagi lah yang terkumpul dekat cadar katil korang tu. Kalau tak, sia-sia je cuba segala jenis petua kat atas ni. Kebersihan persekitaran terutamanya dalam bilik dan rumah pun kena jaga ya. 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button