MakananTips Jimat

Tips Jimat Minyak Masak Supaya Boleh Dipakai Semula Elak Membazir!

Cara Jimat Minyak Masak & Cara Betul Guna Semula Minyak

Harga minyak masak semakin lama semain menaik sehingga mencecah RM28 sehingga RM33  dengan berat 5kg sebotol. Ramai rakyat sudah mula menggaru kepala memikirkan bagaimana cara untuk mengurangkan perbelanjaan bagi barang basah. Dengan hidup di zaman ekonomi semakin mencabar ini, banyak perkara perlu difikirkan dari segi kewangan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Minyak masak pula adalah salah satu bahan masak asas yang diperlukan. Jadi nak taknak memang perlu ada minyak masak dekat rumah kalau tak memang susah. Jadi ada ke cara nak jimat minyak masak ni? Ada sebenarnya beberapa langkah yang kita boleh buat untuk jimatkan minyak masak.

Cara Jimat Minyak Masak & Cara Betul Guna Semula Minyak Masak

Cara Simpan Minyak Masak Supaya Tahan Lebih Lama & Tak Busuk

Untuk pastikan minyak masak boleh tahan lebih lama ada beberapa cara yang boleh digunakan buat orang yang sedang berjimat dalam perbelanjaan. Penggunaan minyak masak berulang kali adalah tidak digalakkan tetapi ada cara yang boleh diamalkan supaya minyak masak boleh disimpan dan tahan lama.

  • Apabila sedang menggoreng, jangan dibiarkan minyak masak itu terlalu panas tanpa ada bahan untuk digoreng di dalam minyak itu.
  • Jika korang membuat kaedah deep fry, pastikan suhu minyak itu mencapai suhu yang sesuai iaitu sekitar 180 sehingga 190 darjah celcius dengan api yang sederhana sahaja. Dengan cara ni hasil gorengan juga akan kelihatan lebih sempurna dan akan masak dengan lebih cepat.
  • Terus padamkan api selepas habis menggoreng.
  • Gunakan penapis untuk menapis keledak selepas habis menggoreng. Jenis penapis yang disarankan adalah penapis teh jenis kain dengan bentukkan dalam bentuk kon untuk menapis keledak. Antara punca utama minyak senang rosak dan tidak elok adalah keledak yang tersimpan di dalam minyak masak itu.
  • Gunakan bekas kedap udara untuk simpan minyak masak yang telah digunakan.
  • Boleh juga simpan minyak masak yang sudah dipakai di dalam peti sejuk sehingga membeku. Minyak masak akan cepat cair di dalam suhu bilik. Boleh dipakai semula.

 

Tips Mudah Untuk Jimatkan Minyak Masak Semasa Kaedah ‘Deep Frying’

Sumber Gambar My Recipes 

Kaedah ini selalu digunakan untuk menggoreng makanan seperti makanan sejuk beku, keropok ikan, bertepung dan berbagai lagi dengan menggunakan jumlah minyak yang agak banyak. Ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk menjimatkan lagi penggunaan minyak semasa menggoreng dengan kaedah ‘deep frying’.

  • Semasa hendak menggoreng, suhu minyak haruslah dalam 180-190 darjah C. Jika ada gorengan yang bersalut tepung, hendaklah dimasukkan ke dalam minyak yang panas supaya perisai (shiled) terbentuk dan minyak tak dapat meresap masuk ke dalam bahan yang digoreng dan juga makanan tidak akan jadi terlalu berminyak. Secara langsung ini boleh mengurangkan penggunaan minyak semasa menggoreng.
  • Jika minyak masak tidak mencapai suhu yang sepatutnya, perisai tepung itu tidak akan terbentuk maka minyak akan masuk ke dalam isi gorengan yang bersalut tepung itu. Maka penggunaan minyak masak semasa menggoreng akan bertambah.
  • Untuk gorengan yang menggunakan ‘bread crumb’, celupkan dahulu bahan goreng itu ke dalam telur yang dipukul ringan lalu digulingkan ke dalam ‘bread crumb’. Biarkan selama 15 sehingga 20 minit sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas. Ini untuk memastikan supaya ‘bread crumbs melekat pada bahan gorengan itu semasa proses menggoreng.
  • Untuk goreng kentang fries (French fries), seeloknya terus dimasukkan ke dalam minyak yang panas sejurus kentang itu dibawa keluar daripada peti sejuk (dimana keadaan fries itu masih keras beku). Ini akan mengurangkan minyak masak menyerap masuk ke dalam fries malah akan menjadikan fries itu lebih rangup.
  • Elakkan juga untuk menggoreng terlalu banyak. Ini boleh menyebabkan suhu minyak jatuh secara mendadak dan melambatkan lagi proses menggoreng itu.

Sumber: Rasa

Tanda-tanda Minyak Masak Dah Tak Elok Dan Tak Boleh Digunakan

Boleh ke minyak dipakai berkali-kali? Boleh tetapi ada cara tertentu untuk dipakai semula dan ada beberapa risiko jika cara penyimpan minyak yang telah digunakan itu dilakukan secara salah. Ianya boleh jadi racun berbahaya.

Jadi bila sepatutnya anda berhenti menggunakan minyak itu berkali kali?

Ianya bergantung kepada jenis minyak tersebut, suhu digunakan semasa dipanaskan dan juga tempoh utntuk memanaskan minyak. Jadi anda perlu berikan perhatian kepada beberapa perkara sebelum menggunakan minyak itu secara berulang kali. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan ada meletakkan 6 garis panduan untuk memastikan samada minyak masak anda masih boleh digunakan atau tidak:

Sumber Gambar Hello Doktor 

Dah tahu sedikit sebanyak tentang cara betul guna minyak masak kan? Jadi apa lagi lepasni boleh amalkan dan pastikan tak membazir minyak masak. Nak tahu tips jimat penjagaan muka guna bahan semulajadi sahaja? Boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button