RumahCara Mudah

Peti Ais, Mesin Basuh Kena Banjir Boleh Guna Lagi! Ini Tips Bersihkan Alatan Elektrik

Tips Alatan Elektrik Terkena Banjir, Apa Perlu Buat?

Alatan elektrik adalah antara barang yang sering mengalami kerosakan apabila berlaku banjir. Pasti ramai yang terkesan akibat banjir yang berlaku di negara kita khususnya pada hujung tahun di mana musim tengkujuh dan monsun sering berlaku. Jangan terkejut juga kawasan yang tidak pernah berlaku banjir sebelum ini barangkali boleh berlaku juga banjir kilat akibat taburan hujan yang banyak pada satu-satu masa.

Mungkin ramai dah buat persediaan apabila air mula naik seperti yang dinyatakan di SINI, seperti meletakkan barang elektrik di tempat tinggi, tapi ada beberapa tempat yang air naik hingga ke paras bumbung jadi memang tak dapat diselamatkan juga. Nak tak nak terpaksa akur juga dan berdepan dengan kesannya. Tapi jangan buang terus! Sebab masih boleh pakai lagi atau perlu baiki sedikit sebelum elok semula.

Tips Alatan Elektrik Tenggelam Banjir

Sebenarnya ada beberapa tips yang perlu korang lakukan untuk mengelakkan barang atau alat elektrik yang tenggelam akibat banjir daripada rosak. Ini antara perkongsian yang dikongsikan oleh beberapa individu di media sosial:

1. Bila banjir dah surut dan boleh kembali ke rumah, jangan sekali-kali cuba menghidupkan atau on alat elektrik termasuk suis untuk test adakah ia masih elok atau tidak

2. Ambil semua peralatan elektrik termasuklah peti sejuk, mesin basuh, dan lain-lain lalu cucikan lumpur yang ada di setiap bahagian. Boleh gunakan air tekanan tinggi (water jet) tetapi berhati-hati di bahagian elektrikal alatan tersebut.

3. Buka penutup belakang (back cover) atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan kemudian lalukan dengan air untuk membersihkan lumpur. Ingat jangan memberus di bahagian terebut! jika perlu boleh guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.

4. Bila tiada lagi lumpur atau dah rasa agak bersih, jemurkan alat elektrik tersebut di tengah panas 2 atau 3 hari sehingga tiada lagi air atau kelembapan pada bahagian komponen dalamannya.

5. Boleh juga guna pengering rambut (hair dryer) untuk mengeringkan bahagian yang sukar untuk dicapai agar betul-betul kering

6. Pasangkan semula penutup belakang (back cover)

7. Cuba hidupkan alatan elektrik tersebut untuk ketahui masih lagi boleh berfungsi atau tidak.

Sumber: Nur Izzati

 

Cara Selamatkan Peti Sejuk Tenggelam Banjir Daripada Rosak

Ini satu lagi perkongsian daripada pengguna media sosial mengenai peti sejuk yang tenggelam banjir:

1. Jangan terus On atau hidupkan peti sejuk selepas banjir

2. Biarkan dahulu seminggu atau 5 hari baru boleh On kan

3. PCB Board yang selalunya di bahagian belakang peti ais akan terendam dalam air ketika banjir, kalau boleh jangan usik dan biarkan selama seminggu, atau keringkan dahulu bahagian ini, selepas 3 hari baru boleh on kan.

4. Kadang-kadang ianya di bahagian bawah peti sejuk

Cara Selamatkan Mesin Basuh Tenggelam Banjir Daripada Rosak

Untuk mesin basuh pula begini:

1. Jangan On kan dulu elektrik mesin basuh tersebut.

2. Buka menggunakan pemutar skru bahagian atas board mesin basuh

3. Cuci dengan air semua bahagian termasuklah board tersebut dan bahagian bawah mesin basuh

4. Biarkan kering selama 3 hari barulah boleh On kan semula

Sumber :Halim

 

Mudah sahaja kan nak bersihkan alatan elektrik yang terkena banjir. Tak perlu hantar kedai pun buat sendiri je boleh. Dapat jimat banyak duit daripada beli baru. Kalau rosak sekalipun cuba tanya kedai dulu berapa kos baiki. Kalau jauh lebih murah daripada beli baru elok baiki sahaja dulu. Kalau nak tahu apa perlu buat selepas banjir surut boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button