ResepiMakanan

10 Resepi Ayam Sedap & Simple. Ada Yang 10 Minit Je Boleh Siap!

Resepi Masakan Ayam Mudah Dan Ringkas Tapi Lazat

Mesti ramai nak tahu resepi ayam sedap & simple untuk menjadi juadah makan tengah hari, makan malam, mahupun berbuka puasa atau bersahur. Ayam merupakan sumber protein yang paling popular dalam masyarakat Malaysia. Ini kerana ia antara daging protein yang paling mudah untuk didapati di samping pilihan yang paling murah ada di pasaran. Nak memasaknya juga tidaklah serumit daging protein yang lain seperti perlu disiang dan sebagainya.

Ayam juga merupakan antara lauk yang paling banyak jenis masakan atau resepi yang ada di negara kita, malah di seluruh dunia. Baik masakan ayam yang pedas, yang manis, yang sihat, semuanya boleh menggunakan ayam. Senang cakap ada pelbagai variasi lah masakan ayam ni. Ada resepi yang guna ayam seekor, ayam yang dipotong ataupun ayam bahagian isi sahaja. Untuk yang nak masak resepi ayam tapi nak mudah dan tetap sedap boleh baca lanjut di artikel ini.

Resepi Masakan Ayam Mudah Dan Ringkas Tapi Lazat

Antara resepi masakan ayam yang mudah dan ringkas tetapi sedap adalah:

1. Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan

  • 1 Mangkuk Isi Ayam (Potong Dadu)
  • Serbuk Kunyit (secukupnya)
  • Garam
  • 1 Bawang Holland (potong wedges)
  • 3 Batang kacang panjang
  • 4 biji cili api (hiris serong)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Minyak

Cara-caranya

  1. Gaul sebati ayam bersama garam dan kunyit, dan perapkan seketika
  2. Panaskan minyak (guna sedikit sahaja). Goreng ayam sehingga masak tetapi jangan sehingga garing
  3. Masukkan bawang holland, kacang panjang, cili api dan sos tiram
  4. Gaul rata dan masak sehingga kacang panjang lembut

Kredit: Shazrina

 

2. Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan

  • Isi ayam (digoreng dengan kunyit & garam)
  • 3 ulas bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 1 batang cili merah
  • 1/2 bawang besar dihiris
  • Kicap
  • Air

Cara-caranya

  1. Goreng isi ayam dan ketepikan
  2. Kurangkan sedikit minyak goreng ayam dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia
  3. Setelah naik bau, masukkan cili besar yang dihiris, tuangkan kicap dan sedikit air. Masukkan bawang besar dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat dan bawang sedikit layu.
  4. Masukkan Ayam goreng tadi dan kacau sebentar dan siap

Kredit: Azie Ramlee

 

3. Ayam Masak Sos

Bahan-bahan

  • 7 Ketul isi ayam digoreng dengan garam dan kunyit
  • 1 inci halia dihiris
  • 3 ulas bawang kecil dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 labu bawang besar dihiris kasar
  • 3 sudu besar penuh sos cili
  • 3 sudu besar penuh sos tomato
  • 1 sudu besar penuh sos tiram
  • Air, garam, gula

Cara-caranya

  1. Goreng ayam dan ketepikan. Kurangkan sedikit minyak dan tumis halia, bawang kecil dan bawang putih
  2. Setelah naik bau, masukkan semua sos dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai
  3. Masukkan bawang besar dan biarkan kuah mendidih dan pekat
  4. Padam api, perisakan dengan garam dan gula
  5. Bila dah okay semua, masukkan ayam tadi dan gaul sebati. Siap!

Kredit: Azie Ramlee

 

4. Sup Ayam

Bahan-bahan

  • 500 gram ayam
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 sup bunjut + 4 sekawan
  • 1/3 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil Rasa Sifu
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 liter air
  • Daun sup
  • Daun bawang

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan sup bunjut hingga wangi
  2. Masukkan lobak merah dan separuh air. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ayam dan lebihan air. Biarkan mendidih.
  4. Matikan api. Masukkan garam, perasa, daun sup dan daun bawang. Siap!

Kredit: Cempaka Putih

 

5. Ayam Buttermilk

Bahan-bahan

  •  350 gram fillet ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 sudu besar butter
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 biji cili api merah
  • 3 biji cili api hijau
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-caranya

  1. Selepas potong dan bersihkan isi ayam, celup ke dalam tepung. Goreng hingga masak dan kekuningan. Angkat dan toskan.
  2. Hiris bawang putih dan cili api. Panaskan kuali dan masukkan butter. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan cili api merah dan hijau serta daun kari. Kemudian masukkan susu, lada sulah dan garam.
  4. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Masak seketika hingga kuahnya pekat sedikit.

Kredit: Mastar Jamal

 

6. Ayam Paprik

Bahan-bahan

  • * Sebiji bawang besar
    * 2 biji bawang putih
    * Sebatang serai
    * 5-6 biji cili padi (adjust ikut kepedasan masing2)
    * 3-4 helai daun limau
    * Lobak merah dipotong panjang
    * Sos tiram
    * Sos cili
    * Sedikit air

Cara-caranya

  1. Isi ayam dipotong kecil dan digoreng
  2. Goreng lobak sehingga lembut. Kemudian Tumis bawang merah, bawang putih, serai, cili padi
  3. Setelah semua masak dan naik bau, masukkan sos tiram dan sos cili
  4. Tambahkan air. Perasakan dengan sedikit gula dan garam.
  5. Masukkan ayam dan daun limau. Biarkan seketika sehingga sebati
  6. Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi panas. Sedapp ui

Kredit: Anies Joe

 

7. Ayam Mentega

Bahan-bahan

  • Peha ayam / isi ayam
  • 2 sudu Mentega
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Black peper kisar / serbuk

Cara-caranya

  1. Hiris peha / isi ayam jadi dadu or jejari.. ikut citarasa masing2.. Perapkan isi ayam tadi dengan black pepper serbuk or yg dah dikisar
  2. Panaskan mentega di dalam kuali.. Masukkan ayam yg telah diperap tadi. Saute ayam sehingga masak
  3. Masukkan bawang putih & bawang holland.. Gaul hingga naik bau
  4. Kemudian, masukkan kicap & sos tiram. Part ni sy main agak2 je kicap & sos tiram tu..
  5. Kacau sampai semua rata ye. Last masukkan garam & cukup rasa. DAH SIAPP !

Kredit: Dibb

 

8. Ayam Kukus Halia

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk Ayam Isi
  • 3 inci halia..nak.lebih pun ok
  • 2-3 ulas bawang putih cincang
  • 1/2-1 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu besar minyak bijan
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada putih
  • Daun bawang

Cara-caranya

  1. Potong kuib ayam, hiris halus halia dan cincang bawang putih
  2. Satukan semua bahan kecuali daun bawang. Gaul sebati dan perap dalam 30 minit
  3. Kukus selama 20 -30 minit bergantung kepada banyak mana ayam tersebut
  4. Dah masak.taburkan daun bawang. Siap untuk dihidang

Kredit : Anur Musa

 

9. Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan

  • 250 g Ayam (12 Ketul Ayam Dipotong Kecil)
  • 2 Biji Bawang Besar
  • 5 Biji Bawang Putih
  • 7 Tangkai Cili Padi
  • Serbuk Perencah Maggi Lada Hitam
  • 1 SK Air Tepung Beras/Jagung
  • Serbuk Perasa
  • Garam

Cara-caranya

  1. Goreng Ayam yang digaul dengan kunyit bersama garam, separuh masak sahaja
  2. Ketepikan ayam, kemudian tumiskan bawang besar, cili padi & bawang putih sehingga garing
  3. Kemudian masukan air serbuk perencah maggi lada hitam (buatkan jadi air dahulu serbuk tu) baru campak masuk ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau
  4. Akhir sekali, masukkan ayam, garam dan serbuk perasa dan kacau sebati, kemudian masukkan air tepung beras untuk memberi kepekatan dalam masakan
  5. Selesai siap untuk dihidang

 

10. Ayam Pandan AirFryer

Bahan-bahan

  • 500gm dada ayam (potong ketul) boleh dapat dlm 25 ketul.
  • 2 bungkus perencah bihun goreng adabi
  • 2 sudu besar minyak
  • Daun pandan
  • Lidi sate / pencungkil gigi

Cara-caranya

  1. Perap ayam dengan perencah bihun goreng adabi dan minyak selama 3 jam
  2. Potong daun pandan
  3. Gulung ayam dengan daun pandan
  4. Cucuk dgn lidi / pencungkil gigi
  5. Susun dalam air fryer
  6. Masak 20 minit dgn suhu 180°C
  7. Lepas 10 minit, pusing ayam
  8. Siap untuk dihidang

Kredit: Adie Sya

 

Banyak kan resepi mudah untuk masak ayam ni, nanti boleh lah cuba. Nak guna bahan-bahan yang ringkas je pun ada resepinya, pilih saja. Jadi lepasni dah tak payah pening nak masak apa atau asyik order makanan dekat luar je. Jimat duit sikit kan, boleh makan sekeluarga lagi. Kalau nak beli ayam tu, pastikan beli ayam yang segar, baru lah sedap masakannya nanti. Tak tahu macam mana nak pilih ayam segar? Tengok tips di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button