SemasaRumah

Senarai Bantuan Kewangan & Barangan Selepas Banjir Setiap Negeri

Senarai Bantuan Yang Boleh Didapatkan Selepas Banjir

Sumber Gambar Johorkini

Setiap kali hujung tahun, Malaysia lazimnya akan dilanda musim tengkujuh dan bencana banjir sering kali berlaku maka ramai memerlukan bantuan selepas banjir. Semakin banyak kawasan yang dilanda banjir bermakna semakin ramai orang yang terkesan dengannya. Banyak benda yang terpaksa dilalui oleh mangsa banjir selain pengalaman ngeri tersebut. Kerosakan harta-benda, terdedah kepada penyakit, dan kehilangan tempat berteduh juga antara yang terpaksa dihadapi.

Mangsa banjir hanya mampu bergantung harap pada bantuan yang diberikan untuk teruskan kehidupan sementara nak tunggu banjir surut dan sebelum dapat teruskan kehidupan yang normal semula. Kalau korang termasuk dalam antara yang terkesan dengan situasi banjir, dekat bawah ni kitorang senaraikan beberapa bantuan banjir yang korang boleh dapat dan mohon:

Sumber Gambar Berita Harian

Senarai Bantuan Banjir Yang Boleh Didapati

Bantuan Kerajaan Persekutuan

Lazimnya kerajaan persekutuan akan memperuntukkan bantuan khusus untuk banjir setiap tahun. Bantuan ini pula akan diberikan kepada setiap negeri yang terlibat. Ianya akan digunakan untuk pemberian makanan dan juga barang keperluan asas untuk pusat pemindahan sementara (pps) dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan untuk membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.

TERKINI: Pada 19 Disember 2021, Perdana menteri telah mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir. bantuan ini akan disalurkan selepas kesemua mangsa yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pulang ke rumah masing-masing. Bantuan tersebut akan diberikan kepada ketua isi rumah, bukan setiap individu. Berikut adalah bantuannya:

Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Bantuan yang diumumkan tempoh hari telah dikemaskini dan diberi nama Bantuan Wang Ihsan. Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  1. RM1,000 : Semua KIR mangsa yang terjejas
  2. RM5,000 : Bantuan pengurusan kematian kepada waris mangsa yang meninggal dunia

Syarat Kelayakan BWI

  • Merupakan Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan Diri (MyKad) yang sah
  • Mestilah merupakan mangsa bencana sewaktu bencana berlaku
  • Mangsa mendiami atau atau menduduki rumah persendirian
  • Mangsa bencana wajib mendaftarkan nama dengan maklumat lengkap menggunakan nama Ketua Isi Rumah; dan
  • Pendaftaran nama yang sah perlu dilakukan sepertimana berikut:
    1. Berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS):

    • Mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

    2. Tidak berpindah ke PPS:

    • Mendaftar dengan Jawantukasa Pembangunan dan Keselamatan JPKK / Majlis Pengurusan Komuniti MPKK / Ketua Komuniti / Ketua Kampung / Penghulu di tempat masing-masing

Soalan Lazim

  • Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan bencana Daerah (JPBD)
  • Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga
  • Penduduk yang menyewa rumah juga layak memohon. Namun hanya seorang sahaja isi rumah yang layak memohon. Tuan rumah adalah tidak layalk memohon jika penyewa telah memohon

Soalan Lazim BWI Kemaskini 24 Disember 2021

Antara bantuan lain kerajaan persekutuan boleh rujuk infografik berikut:

Sumber Gambar Bernama

Bantuan Kerajaan Negeri

Secara umumnya, setiap negeri pasti mempunyai peruntukan khas untuk bencana alam, lagi-lagi negeri yang setiap tahun akan mengalami banjir. Bantuan yang diberikan boleh jadi dalam bentuk makanan dan juga dalam bentuk duit. Antaranya adalah:

 

Kerajaan Negeri Selangor

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Selangor pada Disember 2021, kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan yang dipanggil Bantuan Selangor Bangkit (BSB). Bantuan adalah seperti berikut:

Jumlah Bantuan BSB:

  • RM1,000 : Setiap keluarga mangsa banjir
  • RM10,000 : Setiap keluarga mangsa banjir yang meninggal dunia di Selangor

Kategori Mangsa Banjir:

  • Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Awam
  • Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Swasta
  • Tidak pindah / pindah ke tempat selain PPS

Lokasi Pendaftaran / Penyerahan Bantuan:

  • One Stop Centre (OSC) di pusat pemindahan sementara (PPS)
  • OSC di Lokasi yang akan ditetapkan oleh pejabat daerah dan tanah
  • Rumah ke rumah
  • Dalam talian / online (pautan akan dikemaskini)

Dokumen yang diperlukan:

  • Kad Pengenalan Diri
  • Pengesahan oleh salah satu dari ketua kampung / penghulu / ahli majlis

*Untuk mereka yang tidak berpindah ke PPS Sahaja

Selain itu, kerajaan selangor turut menyediakan bantuan lain seperti infografik di bawah:

Sumber Gambar Amirudinshari

Lembaga Zakat Selangor (LZS Peduli) 

Bantuan kewangan akan disalurkan oleh Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM600 kepada ketua keluarga fakir dan miskin termasuk bukan asnaf yang terjejas akibar banjir di negeri Selangor. Pihak LZS akan menghantar SMS kepada mereka terbabit dalam banjir dan mereka akan meminta sedikit bukti seperti laporan polis serta gambar sebelum sumbangan disalurkan ke akaun bank mansing-masing. Panduan lanjut rujuk di SINI.

 

Kerajaan Negeri Pahang

Pada 23 Disember 2021, Kerajaan Pahang telah mengumumkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap ketua keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di Pahang. Bantuan ini meliputi kategori penerima iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan juga mangsa yang tidak berpindah ke PPS sebaliknya meumpang di rumah saudara mara. Ini termasuklah mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mangsa yang tidak berpindah ke mana-mana

 

Kerajaan Negeri Sembilan

Pada 21 Disember 2021, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 bagi ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir. Kerajaan negeri juga akan membantu dalam membina rumah baharu kepada mereka yang kehilangan rumah akibat banjir.

 

Kerajaan Negeri Terengganu
Bantuan sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off kepada ketua isi rumah (KIR) keluarga yang terkesan dengan banjir di Terengganu. Bantuan diberikan berdasarkan senarai nama mangsa yang telah berdaftar di pusat pemindahan sementara. Jadi mereka yang layak tak perlulah nak kena buat permohonan. Bantuan ni dianggarkan akan diberikan pada minggu ke-3 Januari.

 

MAIDAM
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu menyediakan bantuan kecemasan tambahan bencana alam. Korang boleh dapatkan borangnya di SINI. Pastikan dah siap-siap isi borang dan bawa sekali dokumen yang diperlukan semasa nak hantar borang permohonan nanti. MAIDAM juga menyediakan peruntukan membaik pulih kediaman mangsa banjir, terutamanya golongan asnaf.

 

*Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa

 

Insurans Takaful

Ada sesetengah loan rumah termasuk sekali dengan insurans takaful yang cover untuk bencana alam. Korang boleh hubungi hubungi bank untuk semak dengan diorang sama ada termasuk sekali tak insurans dalam pinjaman rumah yang dibuat. 

Sebelum nak pergi claim insurans, pastikan korang dah sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dekat bawah ni, supaya urusan tuntutan boleh dibuat dengan kadar segera dan tak perlu tunggu lama.

  • Salinan laporan polis
  • Gambar-gambar bukti keadaan rumah selepas banjir
  • Senarai harta-benda yang hilang ataupun rosak akibat banjir.

Kalau bank korang menggunakan Etiqa Takaful, proses claim akan jadi lebih senang sebab boleh buat tuntutan melalui WhatsApp je! Tak perlu nak sediakan apa-apa dokumen sokongan. Cuma hantar mesej, video, gambar atau rakaman suara mengenai situasi banjir yang sedang berlaku dan korang boleh buat tuntutan sehingga RM20,000 dengan kelulusan segera! Korang boleh rujuk gambar dekat bawah ni untuk mengetahui nombor telefon yang boleh dihubungi. Info lanjut di SINI

Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO

Selain kerajaan, ada banyak juga pihak NGO yang menyediakan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir. Banyak di antara mereka yang menyediakan bantuan dari segi makanan atau barang-barang keperluan. Terdapat lebih 150 NGO berdaftar di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang korang boleh dapatkan bantuan tambahan dari mereka. 

Bantuan akan diberikan dalam pelbagai bentuk seperti makanan dan keperluan asas. Boleh hubungi terus NGO yang ada untuk bertanya mengenai bantuan:

*Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Walaupun bantuan yang diberikan ni bukanlah sampai boleh buat kehidupan jadi selesa, tapi ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung. Kalau korang adalah salah satu mangsa banjir, apabila dah keluar daripada pusat pemindahan sementara nanti, ada beberapa perkara yang wajib dilakukan selepas banjir reda. Korang boleh baca di SINI untuk tahu dengan lebih lanjut.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button