TeknologiTips Jimat

Memori Telefon Asyik Penuh Je? Ikuti 5 Tips Ni untuk Jimat Storage Telefon!

Cara Mudah Jimat Memori Telefon Bimbit

Sumber Gambar CNet

Antara benda yang menjengkelkan dalam hidup adalah bila kita tak boleh nak update telefon sebab storage dah penuh. Nak delete gambar atau apps lain, sayang pula. Jadi terpaksalah tangguhkan update telefon tu dulu sebab tak cukup memori. Macam yang kita selalu dengar, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya, dan nasib baiklah isu tak cukup memori telefon ni boleh diselesaikan dengan mudah.

Video Tips Jimat Storage Telefon

Tips Jimat Storage Telefon Android

Bila memori telefon tak cukup ni bukan je menyebabkan kita tak boleh update operating system yang paling terkini, tapi ia juga akan buat banyak kerja jadi leceh dan tertangguh, lagi-lagi kalau telefon tu digunakan untuk tujuan yang penting seperti gajet untuk anak muat turun segala nota dan kerja sekolah. Bila memori dah terlalu penuh, anak-anak pun jadi susah nak buat kerja sekolah atau rujuk nota yang diberi cikgu semasa sesi belajar dari rumah.

Bagi mengatasi masalah ni, korang boleh ikut 5 tips dekat bawah ni!

1. Padam Data Cache pada Setiap Apps

Kalau godek-godek telefon bahagian setting, korang akan perasan yang setiap apps akan mempunyai data cache masing-masing, yang kadang-kadang data ni boleh memenuhkan ruang memori dalaman telefon. Data cache ni korang boleh padam je sebab ia hanyalah data sampah yang takkan beri kesan kepada apa-apa yang disimpan melalui apps tu.

Cara untuk padam data cache adalah:

  • Buka Setting dan pergi ke bahagian Storage.

Sumber Gambar Business Insider

  • Kemudian pilih Internal Storage, sebelum tap pada Cache Data.
  • Pilih OK untuk padam data cache dalam telefon.

2. Google Chrome Pun Banyak Guna Memori Kalau Tak Dijaga

Setiap kali korang layari laman web di Google Chrome atau mana-mana webbrowser, ia akan menyimpan sedikit data dalam telefon supaya pencarian tu dapat dilakukan dengan lebih cepat. Bayangkanlah kalau dah berapa banyak tab yang kita buka dalam Chrome kita, berapa banyak pula ruang memori yang telah digunakan? Sebab tu kena rajin padam cache di web browser yang kita gunakan. Caranya:

  • Buka Google Chrome, dan tap pada tiga titik di bahagian atas.

Sumber Gambar Business Insider

  • Pilih History dan kemudian Clear Browsing Data.
  • Klik Cached Image and Files, dan klik Clear Data untuk padam.

3. Tutup Fungsi Auto-Download pada WhatsApp dan Telegram

Kadang-kadang memori telefon kita ni penuh sebab WhatsApp akan automatik muat turun gambar dan video ke dalam album. Gambar dan video yang dimuat turun tu pun bukannya penting pun. Selalu banyak dapat gambar yang mempunyai tulisan Selamat Pagi dengan background matahari atau bunga, yang selalu dapat dalam group kan? Sebenarnya korang boleh je tutup fungsi auto-download gambar ni pada WhatsApp atau Telegram, caranya:

  • Buka WhatsApp dan pergi ke bahagian Setting. Pilih Data and Storage Usage.
  • Klik pada Media Auto-Download.

Sumber Gambar The Next Web

  • Pilih When Using Mobile Data, dan hilangkan tick pada semua kotak sebelum klik OK.
  • Ulang langkah yang sama pada bahagian When Connected to Wi-Fi dan When Roaming.

4. Simpan Gambar dalam Google Photos

Korang jenis yang suka selfie dan tangkap gambar? Mesti album telefon korang banyak makan memori dalaman kan? Kalau nak jimat memori telefon tapi tak nak buang gambar-gambar yang ditangkap, korang bolehlah gunakan apps Google Photos. Apps Google Photos ni best sebab gambar korang akan dimuat naik dan disimpan ke dalam akaun Google secara automatik. Lepas dah disimpan dalam Google Photos, korang boleh padam dan kosongkan album gambar. Bolehlah isi dengan lebih banyak gambar lagi! Bolehlah muat turun apps ni di Google Play Store dan Apple App Store secara percuma!

5. Gunakan SD Card ataupun OTG

Sumber GambarRaihan Jalaludin

Kebanyakan telefon Android yang berada di pasaran mempunyai slot untuk masukkan SD Card atau kad memori untuk menambah kapasiti memori yang sedia ada. Jadi dengan tambahan beberapa ringgit, korang boleh upgrade memori telefon sebanyak yang boleh. Selain daripada SD Card, korang juga boleh gunakan USB On-The-Go (OTG). OTG, macam dalam gambar dekat atas ni, boleh digunakan seperti pen drive, tapi untuk kegunaan telefon. 

Jadi dengan mengikuti tips-tips di atas ni, tak adalah korang sentiasa nak kena padam apps dan gambar setiap kali nak muat turun fail atau apps baru. Anak-anak pun dapat menjalani sesi belajar dari rumah dengan selesa. Kalau nak bagi anak lagi selesa belajar dari rumah, sambungkan je telefon dengan TV supaya skrin jadi lagi besar. Barulah best nak belajar! Cara-caranya, korang boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button