PermohonanCara Mudah

Nak Dapatkan Penyata Bank? Tak Perlu Pergi Bank Buat Online Pun Boleh

Cara Mudah Dapatkan Penyata Bank Maybank, CIMB, Bank Islam, Public Bank, RHB Bank

Macam mana cara nak dapatkan penyata bank? Baru-baru ni, keputusan permohonan untuk i-Sinar Kategori 1 telah keluar. Ada permohonan yang berjaya dan tengah tunggu duit masuk ke dalam akaun, tapi ramai juga yang tak berjaya. Bagi yang tak berjaya tu, janganlah bersedih sebab korang masih boleh mohon untuk Kategori 2 pula. 

Syarat-syarat untuk tergolong dalam i-Sinar Kategori 2 adalah korang mestilah berumur 55 tahun ke bawah dan mengalami pengurangan gaji sebanyak 30% ke atas. Kalau i-Sinar Kategori 1 tak perlukan apa-apa dokumen sokongan, Kategori 2 pula perlu ada beberapa dokumen sokongan, antaranya adalah penyata bank.

Cara Dapatkan Penyata Bank atau eStatement Secara Online

Ramai orang ingat kalau nak penyata bank kena pergi ke bank baru boleh dapatkannya. Korang boleh je buat macam tu, kalau sanggup beratur lama dan terdedah dengan risiko Covid19 lah. Sebenarnya nak dapatkan penyata bank boleh buat dekat rumah sendiri je. Dekat bawah ni dikongsikan cara-cara untuk print atau save ke telefon atau komputer penyata bank untuk beberapa bank:

1. Maybank

  • Log masuk ke akaun Maybank2U korang.

  • Di laman utama Maybank2U, korang boleh klik di bahagian Savings Account.

  • Dan akan keluar paparan di bawah. Korang kekalkan bahagian All Transaction History tu. Korang juga boleh pilih sama ada nak transaksi 30 hari lepas, 60 hari lepas ataupun 90 hari lepas. Kemudian klik View Statement.

  • Bila dah keluar penyata bank, bolehlah tekan simbol Save dan secara automatik ia dimuat turun ke dalam komputer.

Sumber Gambar Medium

2. CIMB

  • Lepas korang dah log masuk ke akaun CIMBClicks, di paparan utama, pilih My Account. Nanti di sebelah nombor akaun, korang akan nampak tiga titik ni. Klik dan pilih View/Download eStatement.

  • Bila dah keluar paparan eStatement korang, pilih bulan mana yang nak dimuat turun dan klik simbol Save.

Sumber Gambar Akaunbank.xyz

3. Bank Islam

  • Pergi ke laman web Bank Islam Internet Banking, dan log masuk ke akaun dengan ID dan kata laluan yang betul.
  • Di bahagian Menu, pilih My Accounts -> E-Statement -> Download.

  • Pilih akaun bank mana yang korang mahukan penyatanya dan klik Submit.

  • Nanti penyata bank korang akan terpapar. Boleh pilih dari tarikh apa ke tarikh apa sebelum klik Download.

Sumber Gambar Akaunbank.xyz

4. Public Bank

  • Log masuk ke akaun PBEBank korang.
  • Klik pada Account.

  • Kemudian pilih nombor akaun yang korang mahu penyata banknya dan klik View Transaction History.

  • Boleh pilih dari bulan apa yang korang mahu untuk penyata bank dan klik Select Option.

  • Klik Request E-Statement dan korang boleh download penyata banknya. Nanti penyata bank akan terpapar transaksi untuk enam bulan ke belakang.

Sumber GambarAffendi.com

5. RHB Bank

  • Log masuk ke dalam akaun RHB Online.

  • Pada paparan menu di tepi, korang pergi ke bahagian My Account dan pilih eStatement Management.

  • Pilih jenis akaun, biasanya Savings.

  • Kemudian pilih nombor akaun yang korang mahukan penyata banknya.

  • Dan korang boleh pilih penyata pada bulan berapa yang mahu dimuat turun.

Sumber Gambar iSaham

Jadi, lepas ni dah tak perlu nak ke bank untuk print atau dapatkan penyata bank korang. Buat dekat rumah je pun dah boleh. Untuk permohonan iSinar Kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari nanti. Jadi tandakan pada kalendar korang dan siap-siap muat turun penyata bank untuk dijadikan sebagai dokumen sokongan nanti! Kalau tiada dokumen sokongan juga tapi nak mohon i-Sinar macam mana? Boleh baca sini.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button