InformasiCara Mudah

Cara Selesaikan Masalah MySejahtera Invalid ID / Reset Password

Panduan Betulkan Masalah MySejahtera Tak Boleh Masuk Login

MySejahtera ni memang dah tak asing lagi dalam kehidupan rakyat Malaysia. Nak masuk kedai kena imbas kod MySejahtera, nak tempah temujanji klinik pun guna MySejahtera. Jadi memang tak sah kalau kita tak ada MySejahtera. Ramai juga sebenarnya hadapi masalah dengan MySejahtera ni termasuklah masalah “Invalid user ID or password”. Ini cara selesaikan masalah MySejahtera sebegini

Memandangkan ramai yang bertanya mengenai masalah ini, berikut adalah perkongsian orang ramai mengenai cara yang perlu dibuat sekiranya korang mengalami masalah seperti yang dinyatakan. Ini adalah pengalaman mereka sendiri, jadi mungkin keberkesanan atau boleh jadi guna cara ni adalah tinggi. Apa kata cuba je buat dulu tengok jadi ke tak

Cara Betulkan Masalah MySejahtera Invalid User ID or Password

Mudah je sebenarnya nak selesaikan masalah ini. ikut je langkah yang dikongsikan pengguna di Facebook ini seperti di bawah:

1. Sila minta untuk tetapkan semula kata laluan atau reset password melalui link berikut:

2. PENTING: Pastikan masukkan nombor MYSJID (Nombor telefon) dengan format 601xxxxxxxx (Ada nombor 6 di hadapan sebelum nombor telefon)

  • Hanya ID Berdaftar akan terima link reset melalui SMS

*Nota: Buka pautan URL di atas dengan pelayar internet atau browser dan bukan melalui aplikasi MySejahtera.

Request Reset Password Tak Berjaya

Sekiranya masih gagal atau tak berjaya, sila ikut langkah berikut;

Sila padamkan ID Email melalui helpdesk di pautan di bawah:

  1. https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
  2. Tekan pilihan C
  3. Tekan Pilihan  G (Padam Akaun)
  4. Pilih registered ID Email

Jika helpdesk mengalami masalah atau down, boleh mohon padam akaun secara manual iaitu:

1. Buka Facebook atau Twitter MySejahtera:

2. Hantarkan mesej atau Direct Message untuk padam akaun. Boleh guna ayat di bawah:

Bantuan MySejahtera : PADAM AKAUN

Hi Team MySejahtera,
ID pengguna berdaftar saya adalah emel.
Alamat e-mel:

User ID: xxxx@gmail.com
No KP/Passport:

Nota: Akan mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 hari.

Mudah je kan nak betulkan masalah invalid user ID or password ni. Tapi perlu ingat bukan kita seorang yang hadapi masalah ni, ramai berjuta rakyat Malaysia ni mungkin hadapi masalah sama juga. Jadi bersabarlah dalam menunggu proses tindakan diambil oleh pasukan MySejahtera. Kalau nak tahu cara padam akaun sejahtera lama boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button