KewanganCara Mudah

Cara Transfer Duit Di ATM Ke Bank-Bank Lain & Cara Pindah Wang Online

Cara Buat Pindahan Duit Di Mesin ATM Maybank Ke Bank-Bank Lain & Secara Online

Mungkin masih ada yang belum tahu cara transfer duit di ATM ke bank-bank lain. Sebenarnya sekarang ini mudah je nak bagi duit atau bayar duit pada akaun bank orang lain. Boleh buat secara manual di mesin ATM ataupun secara online menggunakan telefon. Untuk ibu-bapa atau atuk nenek di kampung tu mesti tak biasa lagi buat online ni dan mereka lebih selesa buat secara manual di mesin ATM. Jangan risau, mudah sahaja langkah untuk buat pindahan duit di bank.

Lepasni tak perlu minta tolong anak buatkan ataupun orang lain di bank. Bahaya juga kalau atuk nenek kita minta tolong orang entah siapa-siapa dekat bank tu kan. Kalau pegawai bank tak apa juga tapi tak boleh juga sebenarnya. Kalau dah pandai nanti boleh belajar transfer online je lebih mudah juga pada mereka, tak perlu ke bank lagi. Jadi tunjuklah dekat mereka cara mudah ni dan boleh simpan untuk masa akan datang.

Cara Transfer Duit Di Mesin ATM Maybank Ke Bank-Bank Lain

Untuk transfer duit di mesin ATM, berikut adalah perkongsian Kaftan Aaz Empire mengenai cara buat pindahan wang menggunakan mesin ATM Maybank:

1. Masukkan Kad di mesin ATM dan Isikan No. Pin.

2. Tiba di Menu Utama pilih Lain-lain Urusniaga

3. Di halaman seterusnya pilih Pindahan

4. Untuk pindahan ke bank lain, pilih Pindahan Antara Bank MEPS

5. Pilih jenis pindahan Pindahan Interbank Segera 

6. Pilih bank penerima dan masukkan kod bank seperti yang tertera dan klik Ya

7. Masukkan No Akaun Penerima dan klik Ya

8. Seterusnya klik Ya untuk bersetuju benarkan nama didedahkan kepada penerima jika diminta

9. Paparan Nama & No Akaun Penerima serta jumlah pindahan wang akan ditunjukkan. Pastikan nama penerima adalah betul.

10. Klik Ya untuk selesaikan transaksi. Pastikan simpan resit untuk bukti transaksi.

 

Cara Transfer Duit Kepada Orang Lain Secara Online

Berikut adalah cara untuk buat pindahan wang secara online kepada orang lain ataupun cara bayar online pada akaun orang lain:

1. Login ke aplikasi Maybank2U dan klik Transfer

2. Untuk pindahan wang ke bank lain, klik Transfer to Other Accounts 

3. Klik New Transfer 

4. Pilih Bank yang ingin di pindahkan wang

5. Masukkan no. akaun penerima dan klik Continue

6. Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan

7. Pilih jenis pindahan iaitu Fund Transfer

8. Pilih Mod Pindahan iaitu Duitnow Transfer dan klik Proceed

9. Semak dengan betul No. Akaun dan Nama Penerima yang dipaparkan sebelum Klik Confirm & Transfer

10. Masukkan kod TAC yang dihantar ke telefon dan pindahan wang telah berjaya

11. Pastikan simpan resit sebagai bukti pindahan wang.

Mudah sahaja kan nak transfer duit di ATM dan juga secara online. Kalau ada kawan yang tak tahu buat tu pun boleh share je artikel ni dekat diorang. Untuk bank-bank lain, langkah dia mungkin lebih kurang sama cuma perlu cari bahagian transfer dan buat pindahan mengikut proses yang disediakan. Tapi harus diingat jangan tersalah transfer duit pula, nanti banyak benda kena buat untuk dapatkan balik duit tu. Kalau tersalah transfer nak buat macam mana? Boleh tengok lanjut di panduan SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button