MakananCara Mudah

Potong Bawang Pedih Mata Sampai Menangis? Ini Cara Elakkannya Terjadi

Cara Elak Pedih Mata Ketika Memotong Bawang

‘Aduh, pedihnya mata potong bawang ni mak! Tolong!’ Korang mesti pernah kena macam ni masa pertama kali potong bawang atau awal-awal baru belajar memasak kan. Tapi ada je yang dah lama masak pun masih rasa pedih kadang-kadang. Ada ke cara untuk elakkan menangis waktu memotong, mengupas, atau menghiris bawang ni? Sebenarnya terdapat beberapa tips atau petua yang boleh kita buat untuk elak perkara ini terjadi.

Tak perlu pun korang menangis setiap kali nak masak lauk atau masakan korang yang guna bawang tu. Walaupun sekarang ni dah banyak alatan atau teknologi baru yang memudahkan urusan memasak seperti alat memotong sayur iaitu chopper ataupun mesin pengisar (blender) tapi ada juga kadangkala kita akan guna pisau sahaja untuk kupas dan potong bawang. Jangan risau ini ada beberapa tips dan cara potong bawang tanpa pedih mata

Cara Elak Pedih Mata Ketika Memotong Bawang

Kalau nak tahu, sebenarnya yang membuatkan mata berair ketika mengupas bawang adalah disebabkan enzim yang ada disetiap lapisan bawang yang terembes ke udara ketika memotongnya. Jadi kita akan senaraikan beberapa petua dan tips yang boleh digunakan untuk memotong bawang tanpa rasa pedih mata iaitu:

1. Rendam Bawang Dalam Air / Ais

Sumber Gambar Sahih

Ini selalu kita nampak kalau di kedai makan atau pasar. Mereka akan rendam dulu bawang-bawang dalam baldi berisi air sebelum mengupasnya. Boleh rendam lebih kurang 15 minit sahaja sebelum mengupas. Ianya juga dikatakan akan memudahkan proses mengupas kulit bawang. Hanya rendam yang bawang yang ingin dimasak pada ketika itu kalau tidak takut busuk pula bawang yang tak dipakai tu. Ada juga yang rendam bawang di dalam ais.

 

2. Kupas Dalam Air / Air Mengalir

Sumber Gambar Axello

Selain rendam dahulu sebelum potong, tips seterusnya adalah kupas terus bawang tersebut dalam air. Melalui cara ini enzim yang terdapat pada lapisan bawang tu akan merembes ke dalam air dan tidak akan berterbangan di udaras. Cara dia mudah je, rendam dalam bekas berisi air dan kupas bawang di bawah permukaan air tu.

 

3. Sejukkan Bawang Dalam Peti Sejuk

Sumber Gambar Womanpromax

Cara ni mungkin agak janggal tapi berkesan ya. Tak susah pun, sebelum nak mengupas atau memotong bawang tu ambil bawang tersebut dan masukkan dalam peti sejuk untuk beberapa minit. Selepas itu keluarkannya dan terus kupas atau potong. Keadaan yang sejuk tu akan melambatkan tindak balas kimia atau enzim yang ada pada bawang jadi akan kurang lah pedih atau mata berair

 

4. Gigit Sebatang Mancis

Sumber Gambar Twitter

Petua ni pula mungkin agak pelik tapi ramai yang kata ianya benar dan menjadi. Caranya mudah sahaja ambil satu batang mancis kayu dan gigit bahagian belakangnya dengan hujung gigi, jangan gigit bahagian belerangnya pula ya. Lepastu korang takkan menangis lagi waktu mengupas atau menghiris bawang.

 

5. Sapu Pisau Dengan Jus Lemon

Seperti yang dinyatakan bahawa bawang mempunyai enzim yang akan dirembeskan ke udara. Jadi dengan menyapu lemon yang bersifat asidik akan membantu membunuh atau mengurangkan kesan rembesan enzim tersebut. Justeru korang tak akan lagi pedih mata bila memotong bawang. Caranya mudah sahaja sebelum memotong bawang, sapukan jus lemon pada pisau.

 

6. Kunyah Gula-Gula Getah

Ini satu lagi cara yang mungkin agak pelik tetapi berkesan dalam mengurangkan mata jadi pedih ketika potong bawang. Ini kerana semasa mengunyah gula-gula getah atau chewing gum, otot-otot muka khususnya di bahagian mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar dan bertindak balas.

 

7. Sembur Cuka Makan

Cuka juga merupakan salah satu bahan yang berasidik. Jadi ianya amatlah sesuai untuk mengurangkan kesan pedih mata akibat rembesan enzim yang keluar daripada bawang. Tapi kalau letak banyak nanti habis pula rasa cuka bawang tu kan. Jadi caranya adalah semburkan cuka makanan ke atas papan pemotong yang hendak digunakan tu

 

8. Gunakan Kipas Angin

Disebabkan bawang mempunyai enzim yang akan dirembeskan ke udara apabila memotongnya, jadi salah satu cara untuk mengelakkannya adalah menggunakan kipas angin jenis berdiri atau meja. Tapi jangan pula halakan kipas tu ke arah korang nanti makin bertambah pedih lah jawabnya. Caranya adalah letakkan kipas angin dengan kedudukan bertentangan atau bukan menghal ke muka. Jadi angin tersebut akan menolak udara ke arah lain dan bukan ke mata.

 

9. Potong Di Tempat Terbuka

Sumber Gambar Mstar

Sekiranya korang tiada kipas angin untuk menghalakan angin potong bawang ni, jangan risau. Korang boleh je potong di tempat terbuka atau di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Sebagai contoh masa potong bawang pastikan tingkap dapur dibuka atau pintu dibuka sedikit. Kalau nak lagi senang potong saja di luar rumah macam orang-orang kenduri di kampung, pastinya angin yang bertiup di luar akan mengalihkan enzim yang terembes di udara malah akan bebas di udara dan tidak terperangkap menyebabkan pedihnya mata.

 

10. Pakai Cermin Mata 

Sumber Gambar Majalah Sains

Mungkin korang jenis malas nak buat tips-tips lain semua kan, jadi cara paling mudah nak buat juga adalah dengan pakai cermin mata. Ini dapat mengelakkan kontak secara langsung mata dengan udara yang membawa enzim daripada hasil potongan bawang tu. Kalau nak betul-betul tak pedih pakai lah cermin mata jenis goggle tu. Confirm tak pedih punya mata.

 

11. Jelir Lidah Waktu Memotong

Ini petua yang agak unik serta lain dari yang lain juga. Seperti dikatakan tadi enzim daripada bawang akan dirembeskan ke udara dan boleh pergi ke mata. Jadi untuk mengelakkan enzim tersebut pergi ke mata, jelirkan lidah semasa memotong bawang. Ini akan membuatkan enzim atau wap tersebut pergi ke bahagian lidah kita dahulu dan tidak akan naik ke mata.

 

Dah tahu kan cara atau tips untuk memotong bawang tanpa pedih mata, boleh lah buat lepasni. Tak ada lagi mata berair atau menangis masa sesi memotong bawang sebelum nak mula masak tu. Korang tahu tak bawang ni sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai lagi benda selain memasak? Boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button