MakananInformasi

Apa Boleh Buat Dengan Bawang Selain Memasak? Macam-macam Boleh Buat Rupanya Termasuk Hilangkan Jerawat!

7 Kegunaan Bawang Selain Memasak

7 Kegunaan Bawang Selain Memasak Yang Ramai Tak Tahu

Semua orang pun tahu, bawang adalah bahan yang paling penting dalam apa-apa jenis masakan. Memang tak lengkap lah makanan tu kalau takde perkara asas macam bawang, lagi-lagi masakan Melayu. Jadi pastinya setiap rumah ada bawang kan. Tapi korang nak tahu tak, sebenarnya bawang bukan setakat boleh guna untuk memasak je. Ia juga boleh digunakan untuk banyak benda lain jugak!

1. Elak Buah Lebam

Sumber gambar Empowered Sustenance

Pernah tak korang potong atau makan buah, tapi tak habis, jadi korang letak dalam peti sejuk untuk dimakan nanti. Tapi bila korang buka peti sejuk nak ambil buah tadi, bahagian isi yang terdedah tu jadi lebam. Benda ni boleh dielak dengan cara letakkan bawang besar yang dah dipotong dalam bekas yang sama dengan buah yang dah dipotong.

2. Hilangkan Bau Cat

Dalam zaman moden ni, semua benda dah boleh buat sendiri termasuklah cat rumah atau bilik. Bukan dapat ikut citarasa sendiri je malah lebih jimat! Tapi kadang-kadang, bau cat tu boleh buat sesak nafas dan ambil masa dua tiga hari untuk hilang. Masalah ni boleh selesai dengan guna bawang je! Potong bawang besar dan letakkan di setiap penjuru bilik. Bawang ni akan meresap bau cat dan korang tak perlulah tunggu lama nak guna bilik tu.

3. Legakan Sengatan Lebah

Sumber gambar 5-Minute Crafts

Kalau korang tiba-tiba disengat lebah masa korang tengah seronok berbarbeku dekat tepi sungai, cepat-cepat ambil bawang yang dipotong separuh dan letakkan dekat tempat yang korang kena sengat tu. Bawang tu akan legakan kesakitan korang. Tapi korang kena ingat, bawang ni fungsi dia untuk legakan rasa sakit je. Kalau korang alergik dengan sengatan lebah, korang kena cepat-cepat pergi hospital sebelum makin parah.

4. Bersihkan Gril Barbeku

Sumber gambar Simplemost

Sambung situasi barbeku di tepi sungai tadi, korang dah habis dah bakar ikan atau ayam perap dan sekarang gril barbeku penuh dengan sisa ayam yang melekat. Walaupun dah puas gosok dengan dawai besi, masih tak hilang juga. Petuanya, gunakan bawang! Potong bawang besar kepada dua dan cucukkan bahagian lengkung tu dengan garfu. Lepas tu korang gosokkan je bahagian bawang yang dipotong tu pada gril yang masih panas. Nanti sisa-sisa makanan akan tertanggal dengan mudah.

5. Merawat Jerawat

Ya, betul! Korang dah tak perlu nak beli barang-barang skincare yang mahal-mahal dah lepasni. Cukup dengan bawang, korang dah boleh rawat jerawat yang tumbuh dekat muka tu. Caranya, masukkan bawang, oat, dan madu dalam blender dan kisarkan. Setelah itu, lumurkan pada bahagian muka yang berjerawat atau berparut. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air. Boleh lakukan sampailah jerawat tu hilang.

6. Hilangkan Karat pada Pisau

Sumber gambar 5-Minute Crafts

Tak perlu lagi habiskan duit nak beli pencuci karat yang diperbuat daripada bahan kimia, ataupun bersusah-payah menyental karat dengan berus besi. Sebenarnya korang boleh guna bawang je. Potong bawang besar kepada dua, kemudian sapukan bahagian bawang yang dipotong tu pada pisau yang berkarat. Cecair daripada bawang tu akan tolong menghakis karat yang ada pada pisau tu.

7. Merawat Kesan Lecur

Bawang juga bagus kalau korang nak rawat kesan lecur, tapi hanya untuk kesan lecur yang tak teruk je seperti terkena percikan kecil minyak panas. Ambil bawang yang dah dibelah dua, dan tekapkan bahagian bawang yang dipotong tu pada kesan lecur. Serta-merta korang akan rasa lebih lega.

Ternyata, bawang bukan je boleh guna untuk buat masakan korang jadi lagi sedap, tapi ia juga mempunyai kebolehan dan kegunaan lain juga! Bagus kan guna barang semula jadi je, dah lah murah, berkesan pulak tu. Jadi dah tahu banyak kegunaan bawang selain memasak ni boleh lah cuba ya. Lepasni tak perlu lagi dah beli macam-macam benda untuk buat sesuatu. Guna bawang je pun dah boleh kan! Kalau nak tahu kegunaan lain beras boleh tengok kat SINI

Sumber Rujukan: Reader’s Digest Canada

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button