InformasiCara Mudah

5 Kegunaan Beras Selain Makanan. Antaranya Boleh Elak Alatan Besi Karat!

Manfaat Lain Beras Selain Daripada Menjadi Makanan

Beras ialah bahan makanan yang boleh dikatakan pasti ada di setiap rumah di Malaysia tapi tahu tak kegunaan beras selain makanan? Selalunya beras ini akan dimasak menjadi nasi ataupun bubur. Selain itu ada juga yang menggunakan beras untuk membuat kuih seperti apam nasi ataupun yang moden sikit buat jadi sushi makanan orang Jepun tu. Pelbagai jenis makanan sebenarnya boleh dibuat daripada beras ni.

Namun, mesti ramai yang tak tahu, kegunaan beras di rumah bukanlah semata-mata untuk dimasak menjadi makanan sahaja tau. Banyak benda yang korang boleh buat dengan menggunakan beras ni sebenarnya. Pastinya, ia akan membantu memudahkan kerja harian korang semua. Ini 5 kegunaan lain beras yang korang boleh cuba buat di rumah

Kegunaan Beras Selain Makanan Yang Ramai Masih Tak Tahu

1. Bilah Pengisar Tumpul? Cukup Ada Beras Untuk Asah Balik

Sumber Gambar Pinterest

Bilah pengisar di rumah kita selalunya akan mula tumpul kalau sudah digunakan terlalu lama. Tapi korang tahu tak korang boleh asah balik mata bilah pengisar korang di rumah dengan mudah, hanya dengan menggunakan beras?

Mungkin ada yang tak percaya tetapi tips atau cara ini telah dikongsi oleh ramai orang melalui pengalaman mereka. Caranya mudah:

  1. Masukkkan secawan atau secawan setengah beras di dalam pengisar
  2. Hidupkan pengisar dan setkan pada kelajuan paling rendah, kemudian paling tinggi.
  3. Biarkan pengisar berpusing selama 2-3 minit.

Sekarang korang cuba periksa bilah pengisar korang, dan cuba kisar benda lain. Pasti akan lebih tajam dari yang sebelumnya.

 

2. Masukkan Telefon Yang Basah Dalam Beras. Mesti Ramai Pernah Cuba!

Sumber Gambar Expert Home Tips

Rasanya ramai di antara kita yang pernah cuba tips ini. Kalau telefon korang terjatuh di dalam air, jangan berlengah, segera masukkan di dalam beras. Cara paling efektif kalau korang cari beg ‘zip-lock‘, isi dengan beras dan masukkan telefon korang di dalamnya.

Beg zip-lock bersifat kedap udara dan beras mempunyai sifat menarik kelembapan dan menyerap air. Biarkan selama 2-3 hari untuk air yang terkandung dalam telefon korang diserap oleh beras tersebut. Tips ini berbaloi untuk korang cuba untuk selamatkan telefon korang dari terpaksa membeli yang baru. Mungkin ada yang kata tak berkesan pun, mungkin cara buat tu salah macam tak letak dalam bekas kedap udara ke dan sebagainya.

 

3. Beli Buah Kat Pasar Tapi Belum Masak? Boleh Cuba Guna Beras

Sumber Gambar The Kitchn

Korang pernah tak beli buah di pasar, sampai rumah baru sedar buah yang korang beli tu sebenarnya belum masak. Kita ambil contoh buah mangga, kulit nampak kuning, tapi bawa balik rumah, isi masih keras. Ada penyelesaian untuk masalah ini.

Masukkan buah tersebut di dalam bekas kedap udara, isi bekas tersebut dengan beras. Pastikan beras betul-betul meliputi buah tersebut. Beras membantu untuk memerangkap gas ethylene yang dilepaskan buah tersebut, membantu buah tersebut untuk masak dengan lebih cepat. Bekas kedap udara pula menghalang gas tersebut dari terlepas keluar. Korang boleh periksa buah tersebut kebiasannya selepas 3-4 hari.

 

4. Guna Beras Untuk Elak Alatan Bertukang Berkarat!

Sumber Gambar Bob Vila

Kebanyakan peralatan bertukang seperti tukul, pemutar skru, spanar dan sebagainya diperbuat daripada besi. Besi pula cenderung untuk mudah berkarat. Apabila alat bertukang korang terdedah dengan udara yang mempunyai lembap, kerana mempunyai wap air, ini yang menyebabkan alat bertukang korang mudah untuk berkarat.

Beras boleh digunakan untuk mengelak alat bertukang korang dari berkarat. Caranya ialah masukkan secawan atau setengah cawan beras di dalam kotak alatan, sebelum korang simpan alatan bertukang di dalamnya.

Beras di dalam kotak alatan tersebut akan menyerap lembapan dan alatan bertukang korang dari berkarat. Pastikan juga korang sentiasa tutup kotak tersebut bila tidak menggunakan sebarang alatan bagi menghalang sebarang alatan korang terdedah dengan lembapan secara terus.

 

5. Otot Lenguh Atau Ada Lebam Pada Badan? Boleh Guna Beras Jadi Pad Haba Atau Pad Sejuk

Sumber Gambar The Spruce Craft

Bagi korang yang selalu mempunyai lenuh otot atau sendi terutamanya di bahagian leher, antara cara yang boleh korang gunakan untuk mengurangkan rasa lenguh ialah dengan tuam menggunakan pad haba. Kalau korang ada kesan lebam yang masih di bahagian badan badan korang pula, korang boleh tuam menggunakan pad sejuk bagi mengurangkan kesan lebam tersebut. Cukup dengan menggunakan beras, korang boleh buat pad haba dan pad ais sendiri.

PAD HABA

  1. Masukkan beras sebanyak 2-3 cawan di dalam stoking bersih dan ikat bahagian atas stoking tersebut seperti di dalam gambar di atas
  2. Masukkan di dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 atau 2 minit.
  3. Pad haba tersedia dan boleh tuam di bahagian yang diinginkan. Kebiasaanya boleh bertahan sehingga sejam.

PAD SEJUK

  1. Masukkan beras sebanyak 2-3 cawan di dalam stoking bersih dan ikat bahagian atas stoking tersebut seperti di dalam gambar di atas
  2. Masukkan di dalam peti ais sehingga beku
  3. Pad sejuk tersedia dan boleh tuam di bahagian yang diinginkan. Kebiasaanya boleh bertahan sehingga sejam.

 

Banyak kegunaan beras selain makanan yang korang boleh guna terutamanya kalau di waktu kecemasan seperti telefon masuk dalam air. Tapi dalam korang mencuba tips ini, jangan sampai membazir, sebab beras tu pun rezeki yang kita makan setiap hari. Nak tahu cara jimat masak nasi bila duduk seorang atau berdua? Boleh baca lanjut di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button